CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 9, 2010

deeper conversation~~

tak tahu kenapa...lately aku agak down. lepas satu, satu perkara yang berlaku. tapi semuanya melibatkan insan2 yang aku panggil teman. mungkin sekarang ni fasa teman2 untuk membuat aku down agaknya. lepas fasa2 assignment, fasa mid exam take over. sekarang, fasa teman2 pulak yang bikin hidup aku tunggang terbalik. lepas ni mesti fasa kewangan pulak yang menyusul. cinta?? fasa tu masih belum mampu masuk dalam hidup aku. bak kata minda dan hati aku... sekarang bukan masa untuk cinta tapi masa untuk mencapai cita2 dan mencari duit. so, cinta tak kan aku masukkan dalam kamus hidup aku lagi. mungkin nanti aku akan post kan pasal fasa cinta pulak.

ok. dah terlalu banyak mengarut. back to the title.

hari ini. malam ini. lepas isyak aku duduk bertafakur sekejap. mengenang masalah2 yang tengah menghujani hati aku. but, then i cried. and keep crying until...

Tidur malam terbayang...Teringat kamu seorang...Membikin hati pemuda...Menjadi bimbang....Oh Azizah....

me: hello. ma...
abah: abah ni. ada ape?
me: nothing. abah, is mama there? i want to speak with her...
abah: ok. hold on.

after a few second....

me: ma....*with slow voice*
mama: kenape ni??? hey, whats going on??
me: ma...orang sedih ni...kenapa dia wat orang cam nie? ape salah orang ma???*crying*
mama: kakak, stop crying. cerita kat mama ape dah jadi?

bla...bla..bla..and still crying.

mama: brenti la menangis. mama tak faham kakak cakap ape.
me: ma...dia...dia wat cerita pasal orang...dia buruk2 kan orang kat member2 lain.
mama: who?
me: dia la. you know her.
mama: she??
me: yup.
mama: tell me.

2 DAYS BEFORE.

location: lab FPP2.
time: 1.55pm

lab still kosong. tak ramai yang dah sampai. hari ini aku masuk lab awal dari kebiasaan. azam baru. tak nak jadi student paling lambat masuk lab. padahal tu la last session masuk lab. he3.

si dia tak masuk lagi. lambat lagi. aku pergi port aku dengan teman2 selalu lepak. row pertama meja pertama. mengeluarkan segala nota2 dan juga data2 yang akan dia gunakan hari ini.

5 minit berlalu. busan mula melanda diri. lapar. perut mula melagukan rentak2 Aerosmith. mengeluh. aku tongkat kepala dengan lengan. berangan. aku kembali bersandar di kerusi. mata ternampak si dia di pintu lab. senyuman mula terukir di bibir.

me: you..ingat lambat lagi. busan dah ni.
dia: *senyum* awal sikit kan hari ni? you, dah makan?
me: belum. lapar la. *sambil menepuk2 perut*
dia: tak pe. i ada bawak roti untuk you.
me: you dah makan ke?? tak tunggu pon...
dia: belum la. i bawak roti untuk you dengan i la.*sambil mengeluarkan roti dari dalam beg*
me: hehe.. thanks dear.

makan dan makan. walaupun tahu dalam lab makanan dan minuman dilarang bawa masuk.

dia: you...i dengar rumours pasal you.
me: what??? rumours?? 'bout what? *teruja jer nak tau*
dia: i takut you marah. janji jangan tanya orang tu kalau i story kat you.
me: ok. janji. ape dia??
dia: semalam key-ra *bukan nama sebenar* datang bilik. dia cerita pasal prob dia dengan Eve. but then she told me that N******** cakap kat Eve yang you...
me: what she said 'bout me??
dia: you tak buat kerja. assignment sem ni semua dia yang buat sorang2.
me: HaHaHa. *gelak. lagi dan lagi. sampai classmate2 lain pandang pelik*
dia: sihat ke tak ni?? gelak pulak...

aku berenti ketawa. lucu seyh.

me: ok je. sihat la.*still senyum2*
dia: orang buat fitnah pasal you la. gelak kenapa?
me: ok2. stop gelak.*tarik nafas dalam2* dia cakap ape lagi?
dia: key-ra bagitau tu je. dia cakap eve yang cerita. yang lain dia cerita sal prob dia dengan Eve.
me: key-ra percaya ke??
dia: tak la. dia kan tau you camne. dia kan ada masa you struggle sorang2 buat assignment SM dulu.
me: good. who else knows about this?
dia: don't know.*jungkit bahu* asl you gelak??
me: funny.
dia: its not funny la. tak kan tak marah kot? geram ke? kan orang mengata you??
me: no need to worry. people around me know who i am. terpulang orang nak percaya atau tak.
dia: ye ke? tak takut orang mengata you?
me: tak. lagi banyak diorang kata i...lagi banyak pahala yang i dapat dan lagi berat bahu kiri diorang.
dia: good. thats my girl.but...are you sure you ok? ish ...i pulak yang sakit hati dia kata you camtu. you asal rilex je?? buat la...

then the conversation end like that when Dr. Thi enter the lab.

geram?? memang la geram. sakit hati lagi la. tapi seriously aku tak terasa nak marah pon. kenapa? entah. aku sendiri pun tak taw. bila tak ada perasaan nak marah mula la hati pon tak senang. siapa cakap marah2 tak elok?? bagi aku dengan memarahi sesorang kita mampu manghilangkan beban di minda. kalau tak camni la. down berterusan. 2 hari aku fikir motif dia buat fitnah macam tu.minda aku tak fikir lain. hal yang tu je. dan hari2 terpaksa menjadi drama queen. berpura2 takde apa2 yang berlaku. senyum sentiasa terukir. padahal hati pedih nak mati. minda pulak tak mampu berkembang. asyik fikir motif cerita yang sedang disiarkan kat radio2 swasta. sampai satu tahap aku rasa kecewa sangat2 sebab aku berteman dengan dia. kenapa aku tak mampu melihat sifat dia dari sem 1 sepertimana aku melihat sifat eve dan sofy?? kenapa aku tak rasa tak nak berteman terlalu rapat seperti mana aku tak nak berteman dengan sofy?? kenapa ya?

susahnye nak percaya bila teman sendiri buat macam tu. mungkin anda semua akan kata jangan mudah percaya. berdosa kalau tuduh dia buat camtu padahal dia tak buat pun. ye. aku tau berdosa menuduh orang bukan2. tapi kepercayaan aku kat dia dah lama terhapus bila aku terima mesej itu. ya mesej yang termasuk dalam inbox hp aku. mesej yang tersalah hantar itu. mesej yang mengata aku. kerana mesej itu kepercayaan itu terhapus.

hmm...tak per la mungkin ada hikmah disebaliknya. aku terima segala ujian Allah dengan hati terbuka. DIA takkan menguji kita melain kan DIA yakin yang kita mampu menghadapi segala ujiannya.

bak kata mama. bertindak bagaimana matangnya minda kita. bertindak setinggi mana pendidikan kita. tak perlu marah. tak perlu cepat melatah. hadapi dengan tenang. biar saja dia menjadi penglipur lara di bumi ini. untuk membuatkan kita gembira dengan setiap butir bicaranya.

well, after a deep conversation with mama. i feels more rilex. dah takde lagi rasa sakit hati.dah takde lagi rasa nak sepak sampai mati. semoga diri ini kuat dan tabah untuk menghadapi segalanya. aku harap minda ini sentiasa bertindak rasional bukan bertindak seperti budak2.

kamu. ye kamu. kamu yang layak aku gelar pokerface. ingatlah hukum itu takkan pernah lari dari mengejar kamu. bersyukur saja andai waktu itu kamu manghadapi perkara yang sama seperti aku.


p/s:- thanx ma for always be by my side. for always listen to my problem. love you.

Monday, April 5, 2010

......

semalam aku menangis. tapi dalam hati je. hari ni menangis lagi. lagi. dan lagi. tapi kali ni bukan lagi dalam hati. menangis macam mana budak2 menangis. menangis macam seseorang yang kita sayang sangat2 dah tinggalkan kita buat selamanya. menangis yang ada air mata. mesti korang faham kan?

kelakar? memang kelakar. sebabnya aku menangis untuk manusia2 yang aku sendiri tak pasti sama ada diorang akan menangis untuk aku atau pun tidak. agak2 korang, korang nangis tak kalau aku dah takde??

membuang masa kan menangis untuk manusia2 yang tak berapa menghargai kita. maaf kamu semua. selepas ini aku tak akan bazirkan air mata aku untuk kamu semua. tak kisah la korang nak kata aku hati batu atau apa saja. kata la apa saja. aku tak mungkin kan terasa lagi. hati ini dah kebal. hati ini sudah keras. hati ini tak mungkin lagi lembut. diri ini juga tak mungkin akan lemah. seperti dulu2. maaf.~~

Sunday, April 4, 2010

hukum itu~~

kat sini hujan. lebat sangat2. sama lebat dalam hati aku. tak taw kenapa. hanya hati yang mampu menangis. menangis tanpa ada air yang mengalir. aku tak taw kenapa jadi cam ni?

korang mungkin nampak aku okay. hari2 senyum bergelak bagai. tapi korang tak taw betapa sakit hati aku. korang tak nampak betapa tak okay nye aku. korang tak mampu melihat apa yang aku rasa. dan korang juga mungkin tak akan mampu merasa sakit yang aku tanggung. layak ke aku panggil diorang sahabat?? betulkan orang cakap kawan ketika senang banyak sangat tapi bila kita menangis kawan tu hilang. macam angin. cepat je berlalu. tak taw samada ke barat atau timur. mungkin juga ke selatan atau utara. hanya diorang yang tawu kat mana diorang hilang kan diri.

aku tak taw kenapa aku semakin rapuh. aku tak taw kenapa aku semakin sensetif. aku sendiri tak faham kenapa aku suka simpan sorang2. dan akhirnya aku sendiri yang akan sakit. kenapa aku tak boleh jadi macam dia?? berterus terang bila tak suka. meluahkan apa2 saja tanpa mengira perasaan orang disekeliling. kenapa ye??sebab..aku adalah aku. aku bukan dia atau sesiapa sahaja. aku tak mampu melukakan perasaan orang macam dia. aku tak reti buat orang benci dengan aku. dan aku tak suka bila ada orang benci aku.

kamu. kamu yang mengaku kawan, teman dan yang paling hebat mengaku kamu adalah sahabat. kenapa perlu layan aku macam ni?? kenapa hanya aku yang ingatkan korang?? kenapa hanya aku yang pentingkan perasaan korang? dan kenapa hanya aku yang perlu jaga hati korang? korang tawu tak...sekarang aku rasa macam aku je yang sayangkan hubungan kita. korang?? korang macam rileks je kan. yer, mungkin korang tak kesah kalau aku ada atau pun tidak. sebab korang ada insan lain yang korang sayang dan menyayangi korang. aku?? aku hanya ada korang yang aku gelar sahabat. kadang2 terasa macam melukut di tepi gantang pulak.

dan kamu. kamu yang sentiasa menyakitkan hati aku. hanya satu mampu aku peringatkan. sila jaga hati dan perasaan aku seperti mana aku jaga hati dan perasaan kamu. aku tak mungkin mampu bersabar dengan apa yang kamu lakukan. aku takut bila kesabaran aku hanya tinggal senipis kulit bawang kamu akan terasa sakitnya nanti. dan aku. aku tak mahu itu terjadi. aku tidak suka orang membenci aku. ingatlah, kita manusia. tak mungkin mampu lari dari apa yang kita pernah lakukan. what goes around comes around. hukum itu perlu kamu ingat.

kepada kamu. tolong lah cepat pulang. aku perlukan kamu. aku perlukan kamu untuk kuatkan semangat aku kembali. aku perlukan nasihat dari kamu. aku pelukan kamu untuk mendengar rasa sakit hatiku. aku perlukan kamu untuk tenangkan aku walaupun aku selalu menyakiti kamu. dan sejujurnya aku tidak malu untuk mengaku bahawa hukum itu kini mengejar aku...

kenapa harus begini??~~

haishhh~~
kali nih dah kali ke 8 aku rasa untuk sem ni aku pegi class yang terang2 lagik dah di cancel kan oleh lecturer2 kesayangan aku.
kenapa la slalu je jadi cam ni??
sampai bila nak jadi pelupa cam ni?
huh~~
penat tau tak..pergi class dengan penuh semangat...sampai kat class..gelap gelita je.
telinga letak kat tapak kaki ke hape?? hadoi...
balik lak terpaksa mengharung hujan.
naseb baik la bawak payung. kalau tak free2 je mandi hujan.

wei..sampai bila harus jadi seorang yang pelupa????
buat reminder pon x guna sebab nye aku tak akan ingat reminder yang aku tulis tu..
tapi yang paling teruk bile aku tengok reminder tu elok jer aku stick kan kat board aku.
depan mata je. hari2 lak tu dok ngadap. haila...
ape sudah jadik dengan otak saya??
huwaaa...~~

Saturday, April 3, 2010

Grand Dinner IBMS~~

Dengan tema dinner "A Night of Glorious and Appreciation with Malaysian Corporate" berserta tema warna biru, semua tetamu harus mengenakan pakaian berwarna biru. tak kisah la even neck tie yang warna biru. as long as ada something berwarna biru kat badan.

So, malam tu aku pakai semua biru. except beg and wedges aku jer. tak kan semua nak warna biru kan? pelik pulak kang. karang orang kata aku over excited lak. my attire just simple. baju kurung yang aku sendiri tak ingat tahun bila aku beli. tak silap la dua tahun lepas. masa raya aidilfitri. ha3. lantak la kan. janji ikut tema. baru atau lama bukan masalah. lagipun kan tak baik membazir. asal selesa sudah. tak nak cite banyak2. just enjoy the pics. have fun.~~

*
*
*
*
*
*
*

* V for Vio*

* HoHo. cam nak celeb chrismast je.*

* ira. aku. aien*

*kami memang begini*

*dan mereka memang begitu*

*love this pic*

*maziah. hawa. aien. aku*

*aku. aien. hani*

* ntah siape yang snap pic ni.*

* the place for the dinner. EDC.*

*mama saya kata jangan main mata*

*mendengar dia menyanyi lagu yuna. dan sebenarnya.*

*biru. biru lagi. dan lagi.*

*meja paling hebat ketika makan. paling banyak pinggan. dan paling havoc.*

*candid lagik.*

*jom minummmm.*

* masih lagi di candid kan.*

*with Dr. Sabariah & family.*

*aku. dan. hani.*

*meja no.6*

* tetamu yang sememangnye hottt.*

*sebahagian daripada tetamu yang hadir.*