CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 14, 2009

~~ Juz Read~~

~~aku x sure aku dpt dr sapa artikel nie.. * slalu jer x ingat dpt dr mn* tp x slap aku dr akak rumate aku dulu..jng tnye aku dr mn dia dpt..aku x sndr pon x tanye dia..so aku xtaw..mmg x taw. Korang bce la kalo sudi..kalo x sudi pon heran ape aku..lantak korang la..x sentap pon..tp lagik bagus kalo korang bce..dpt gak pahala..ilmu lagik tue..tp da bce tue jng x di amalkan lak..x guna gak kn kalo bce tapi x diamalkan..so, juz enjoy it…daaa.. ;D

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad.Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali

Membaca
surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota:

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat' Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wednesday, November 4, 2009

~~Lelaki Acuan al-Quran~~


ermm~~ kali nie aku post sumthing yg kite sebagai kaum hawa perlu tahu ttg lelaki...slalu aku post ttg wanita jer kn?? artikel nie pon aku x sure dpt dr blog mn..taw2 jer da ader dlm lappy aku..aku pon da lupa..so, mintak di halal kn kalo tuan empunya artikel nie terbace aper aku post kn nie, eh...i really appreciate it.. ;-)



Lelaki acuan al-quran ialah seorang lelaki yang

beriman:

-Yang hatinya disaluti rasa takwa kepada Allah s.w.t
-Yang sentiasa haus dengan ilmu
-Yang sentiasa dahaga dengan pahala
-Yang solatnya adalah maruah dirinya
-Yang tidak pernah takut berkata benar
-Yang tidak gentar melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menjaga

tutur katanya:

-Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimiliki
-Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicari
-Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya penyayang.
-Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang

menghormati ibunya:

-Yang sentiasa berbakti kepada org tuanya dan keluarga
-Yang bakal menjaga keharmonian rumah tangga.
-Yang akan mendidik anak mendalami agama islam.
-Yang mengamalkan hidup dengan kesederhanaan kerana dunia baginya rumah sementara menunggu akhirat.

Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk

agamanya:

-Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat saiyidina ali k.w.j
-Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.
-Yang sujudnya dengan penuh kesyukuran dengan rahmat Allah s.w.t

Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan

masa:

-Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca.
-Yang suaranya lesu kerana penat mengalun ayat al-Quran dan berzikir.
-Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
-Yang bangun subuh dengan kesyukuran dan rahmat Allah s.w.t Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kemalangan.

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati:

-Yang baginya di dunia adalah lading akhirat.
-Yang mana buah kehidupan ini perlu dibaja dan dijaga.
-Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak

terpesona dengan buaian dunia..
Yang kerana dia mengimpikan Syurga di situlah
rumah impiannya.. Dialah lelaki acuan al-Quran."


-mengharap cinta sejati..
mendamba kasih Ilahi-



so, what do you think after you read this article?? *wink2*