CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 30, 2010

:::Welcome 2011, Good Bye 2010:::


Bismillahirrahmanirrahim

salam. 
Ermmm... sekejap je dah nak masuk tahun 2011. tahun 2010, banyak kenangan yang aii dapat. samada yang manis mahupun buruk. azam 2010..jangan tanya. azam tu masih belum terlaksana. okay, postpone untuk 2011. hehehe.  mungkin akan terlaksana pada 2011 ni. insyaALLAH. okay la, dikesempatan ini aii nak ucapkan selamat tahun baru. semoga tahun 2011 ini akan memberi sejuta kerahmatan pada kita. semoga tahun baru ini segala apa yang kita azamkan akan tercapai dan mampu dilaksanakan. sama2lah kita menempuhi cabaran dimasa hadapan dengan penuh kesabaran. amin. selamat tahun baru semua. =D

::: my FB status for year 2010 :::

bismillahirrahmanirrahim

salam. haHAHa. aku try application 'mt status in year, 2010' ni kat FB last week. serius. aku gelak guling2 bila bace balik ape yang aku post kt FB tu. haila...banyaknye yang aku merapu sepanjang tahun 2010 nih ye. marah, suka, benci semua ade. bila fikir2 balik...betul ke aku yang post semua status tu??? hermmmm....


























p/s:- tahun depan nak tengok ape plak yang aku post kat FB tu. 



Wednesday, December 22, 2010

::: teknik dan tip memikat hati wanita melalui senyuman :::

Bismillahirrahmanirrahim

salam. entry aku kali ini macam sengal sikit, kan? owh, nih aku jumpe kat satu blog nih TubeLawak. MiaHaHA. mamat nih memang sengal. plus, extreme lawak la dia nih. banyak entry2 dia aku bace memang aku histeria. gila sengal. lawak tahap dewa dah. ni salah satu video yang aku cari kat youtube lepas aku tengok video dalam entry dia. banyak lagi...tapi yang ini memang menggelikan aku. hahaha. so, guys yang rasa2 nak mengamalkan teknik dan tip dari video nih silalah amalkan. tapi korang tanggung la akibat dan kesan2 yang akan korang hadapi sekiranya korang amalkan teknik2 tu. heHEHe. tapi bagi kaum2 hawa, aku nasihatkan korang jangan tergoda kalau tengok vid ni. hahaha. dan, silalah sediakan bantai atau apa2 je yang boleh buat korang tutup mulut masa tengok vid nih. seelok2nya buanglah segala sisa2 buangan yang masih ada dalam tubuh korang terlebih dahulu. dah la, malas nak buat pesanan penaja banyak2. enjoy je lah. =D 





p/s :- siyes aku histeria lepas tengok vid nih. geli seyh. melampau2. 

Wednesday, December 15, 2010

:::cool, huh??::

bismillahirrahmanirrahim

salam. owh hari ini aii nak membicarakan tentang superbike. actually, takder la banyak sangat ilmu tentang superbike ni. sikit2 tu adelah. itu pun selepas one of my bestie, mr. syahrul, yang sangat2 gila dengan superbike nih banyak bercerita tentang superbike nih. dah orang cerita aii dengar je la. dan selepas mendengar cerita2 dia, aii pulak yang gila dengan benda ni. dan, tetibe je masa tengah membuang masa tadi terberangan. sangat cool kalau bawak benda nih laju2kan? muahahah. eh, lebih2 lagi...kalau girl yg bwk superbike tu. sgt cool. actually, itu impian aii. sungguh. sangat2 teringin nak bawak superbike sendiri. serius kalau seorang perempuan bawak superbike bagi aii sangat la cool. nak pulak meredah highway. berdezup je...walaaa..sangat cool. tapi entah bila aii mampu nak buat macam tu. aii nk bawak superbike laju2. tolong2. tolong sponsor motobike satu kat aii. janji aii tak bagi korangnye bike tu tergolek. janji!!


*tengok makcik nih. sangat macho, kan?*

*cool,kan??*
*dulu masa kecik2 aii suka moto nih. sekarang?? entah.*
*korang tengok awek dari transformer nih. sangat best,kan?*
*ni aktiviti yang akan aii buat dengan lelaki simpanan aii*



p/s:- agak2 encik syahrul tu nak bagi tak aii bawak superbike dia? berani la tak bagi...gua belasah tak makan laksam mama gua. huahuahua.

Monday, December 13, 2010

:::sampai hati yu!!::;

bismillahirrahmanirrahim

salam.
korang...sob..sob..kekasih hati aii sakit. waaa... kenapa dia sakit bila aii dah habis study? kenapa? harapnya jangan la dia mati terus. kalau dia tak ade...macam mana dengan hidup aii? mesti hidup aii bosan tanpa dia disisi. selama ni dia yang sentiasa menemani aii. ketika sedih dan gembira. ketika emergency dia sentiasa ada. dia dah banyak membantu aii. tolonglah jangan mati. tolonglah. aii tak mampu merawat dia. aii belum berkerjaya. takkan aii nak mintak mama dengan abah tolong bayar kos perubatan dia. mahal. malu la aii nanti. macam mana ni??

dear yu,
kenapa yu tinggalkan aii?? kenapa yu buat macam ni kat aii? apa salah aii? sampai hati yu. selama ni yu tak pernah jatuh sakit macam ni. selama ni yu sentiasa teman aii. siang dan malam. aii tak boleh hidup tanpa yu. aii boleh gila tanpa yu. tolonglah jangan buat aii risau macam ni. kalau yu tak ade sape nak jadi pengikat hubungan aii dengan lelaki2 simpanan aii? yu kejam. sangat kejam. sampai hati jatuh sakit time2 sekarang.

yu, taw tak aii dah banyak berhabis duit sebab nak merawat yu. setiap kali yu jatuh sakit aii hantar yu pergi 1st class hospital taw. selama ni aii jaga yu elok2 supaya yu tak sakit teruk macam ni. yu ni memang tak pandai jaga diri la. yu sakit la dulu. nanti dapat allowance dari ayahanda baru aii hantar yu pergi hospital. okay? bersabarlah.



*inilah kekasih hati aii yang sakit tu. mr. acer.*

mr . acer ni dah jadi kekasih aii sejak 4 tahun yang lalu. aii beli dia guna duit sendiri taw. tak guna duit my parents sikit pun. sekarang dia dah jatuh sakit...dan aii sangat sedih. waaaa... sampai hati yu , mr. acer, jatuh sakit time2 aii bosan tahap dewa nih. menyampah taw!!





:::home:::

bismillahirrahmanirrahim

salam.
well, finally i'm home. lepas ni dah tak balik uni lagi dah. aii akan stay kat rumah buat selama2nya. semalam merupakan hari terakhir aii kat uni. masa nak tinggalkan uni rasa sangat syahdu. banyak kenangan wooo kat situ. abah macam faham2 je. siap bawak pusing satu uni lagi. haish...

eh, bosan pulak dah balik rumah. tak taw nak buat ape. orang tak ade. budak2 nih cuti sekolah memang bercuti sungguh. merantau kerumah2 auntie aii. waaa..sungguh bosan. mama dengan aktiviti dia. tak kan nak join kan. makcik2. karang ada yang berkenan jadikan menantu pulak. tak nak la...abah confirm la hari2 pergi kerja. bosannya. sungguh la aii bosan. ini baru sehari. hari2 mendatang macam mana??





Friday, December 10, 2010

:::minggu terakhir aku disini, cabaran masa hadapan:::


bismillahirrahmanirrahim

salam.
okay. tajuk entry ntah ape2 ntah. tapi serius...sekarang aii tengah melawan perasan dalam diri ini. serius aii tak taw sekarang ni nak rasa gembira atau sedih. gembira sebab lagi dua hari aii akan terus keluar dari hutan ini. sedih sebab akan meninggalkan semua kawan2, roomate2 dan memori2 yang ada disini. baik yang manis mahupun pahit. baik mahupun buruk. hampir empat tahun disini banyak kenangan yang tersimpan. berbagai manusia yang aii kenal dan lihat. berbagai ragam. sangat banyak kenangan manis disini. serius. sangat sedih.

lepas ini tiada lagi presentation. tiada lagi assignment. tiada lagi discussion. tiada lagi exam. tiada lagi PTPTN. tiada lagi ponteng class. tiada lagi turun naik library. tiada lagi tutorial. tiada lagi study sampai pagi. tiada lagi bangun lewat. tiada lagi berebut bilik mandi. tiada lagi sakit hati dengan group mate. oh, mesti aii akan merindui memori2 ini.

kalau dulu masa mula2 pengajian, sangat2 rasa nak blah dari sini cepat2. sekarang? rasa tak mahu tinggalkan tempat ni. rasa tak mahu tamatkan pengajian. walau sudah tiba masanya untuk aii melangkah ke alam baru. lepas ni dah takde title sebagai student. lepas ni lebih banyak rintangan. lebih banyak soalan2 yang akan diajukan. lebih banyak tanggungjawab yang perlu ditanggung. lebih perlu berfikiran matang. teman2 juga mungkin takde lagi yang sebaya dan yang sepemikiran. sungguh aku berharap agar aku terus bergelar student. tapi sampai hati ke nak membebankan parents demi kepuasan sendiri? sangat tak bertanggungjawab, kan?

lepas ni aii kena kuatkan mental dan harus menajamkan lidah demi menghadapi soalan2 maut dari ibu2 tetangga dan juga si sempit pemikiran. dah habis study kan mesti banyak yang akan ditanya. biasalah, soalan2 umum yang confirm akan membuat kesabaran aii senipis kulit bawang. hoh, sangat benci. serius.

oh, jangan tak tahu..aii sangat famous di kalangan ibu tetangga taman perumahan aii. susah jadi orang famous nih. terasa nak lempang aii laju2 tak sekarang? silakan. aii bukan riak tapi itu kenyataan. dan aii sangat tidak suka jadi orang famous. serius. bosan tahu. setiap kali balik cuti mesti ada berbagai2 soalan. setiap kali ada kenduri kahwin mesti tempias kat aii sekali. setiap kali anak orang tu anak orang ni tamat pengajian mesti ada kutukan. tak dengan kurang pujian. perbandingan? usah dipersoalkan. mesti wujud. anak orang itu kerja kat international company. anak orang ini dah beli kereta besar. anak orang ini masih belum kerja. oh, itu mesti sebab amik course ntah hape2. itulah kerja ibu2 yang terlalu banyak masa terluang. dan harap sangat aii tidak termasuk dalam topik dewan undangan perumahan tersebut. kesian mama kalau ibu2 tu jadi wartawan melodi. mesti berbagai2 soalan yang diajukan. hailah...mama, jom kita pergi holiday. setahun lagi baru kita balik kerumah.

aii harap sangat2 dalam masa terdekat ni aii dapat kerja. wah...wish me luck. =]

Wednesday, December 8, 2010

:::bila besar saya nak jadi...:::

bismillahirrahmanirrahim


salam all...dulu masa kecik2kan..erk, maksud aii time kite sekolah2 dulu...*pehh...gaya sekarang macam aii dah besar sangat je,kan??* cita2 aii terlampau banyak. haHAhA. tiap2 tahun mesti berubah. bila cikgu tanya untuk isi dalam buku...erk, aii lupa la nama buku tu..tapi yu ols mesti taw kan buku tu...ala yang cikgu akan tanya kite punye hobi, cita2 tu semua la..taw kan? taw kan? heHEhE. buku tu la...mesti aii akan bagi taw cita2 yang berbeza. mostly cita2 aii tu semua influence dari movie2 and drama dalam tv tu. okay2, jom tengok cita2 yang aii angan2 kan masa kecik2 dulu sampai la aii masuk sekolah menengah...jom2.

doktor
- masa sekolah tadika bila cikgu tadika tanya apa cita2 aii..aii cakap nak jadi doctor...waaa..sangat sucikan cita2 aii masa tadika dulu? heHEhe. tujuan utama aii nak jadi doctor sebab coat putih tu..nampak sangat best dan hebat kalau pakai coat tu.HahAha.tapi serius cakap la..aii memang seorang yng tak sedar diri. cita2 untuk jadi doctor tak kesampaian sebab aii seorang yang takutkan darah. ini semua telah aii warisi daripada ayahanda aii. nak siang ikan pon aii dah geli kalau tengok darah ikan tu...lagi mau tengok darah dalam badan manusia???so, secara rasminya cita2 ini telah digugurkan dari senarai masa aii darjah 6.

ahli forensik
- masa tingkatan 1 aii suka sangat tengok csi. woh...sangat best. bermula dari situ aii bercita2 nak jadi salah seorang ahli forensik. he...bila cakap kat my parents yang aii nak jadi ahli forensik diorang akan tanya camni "kan kakak takut darah...berani ke nak jadi ahli forensik?" aii hanya mampu senyum je. ahli forensik bukannya nak bedah mayat je kan...banyak cabang nye. aii amik la bahagian kimia ke, bahagian senjata ke...kan?kan? so, every year aii akan pastikan subjek sains aii akan sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang. betapa tingginya semangat aii masa tu. tapi cita2 ni pon tetap tak mampu tercapai.tapikan, aii pernah malukan diri aii depan cikgu kelas aii masa sekolah dulu. masa nak isi buku tu cikgu tanya aii cita2 nak jadi apa. aii cakap nak jadi lawyer, engineer and csi. pastu cikgu tu cakap "csi?? awak nak jadi pelakon ke?" aku cakap la aku nak jadi kerja macam pelakon2 csi tu...last2 dia cakap "owh...nak jadi ahli forensik ke??" miHahaha. aku malu sendiri weih. sumpah time tu aku tak ingat ape nama kerja tu. jam terus otak aku. sampai sekarang kalau jumpe cikgu tu dia mesti tanya..."dah jadi csi ke?" malu mak nyahhh!!

lawyer
- hoh, cita2 ni bukan aii nak sangat. tapi orang2 disekeliling aii selalu cakap aii ni layak jadi lawyer bila dah besar. sebab apa diorang kata macam tu? sebab kan aii masa kecik2 dulu sampai la aii dah masuk sekolah menengah aii suka sangat melawan cakap orang. kalau orang marah2 aii akan lawan sampai diorang speechless. kalau berbahas dengan my auntie pon aii akan lawan sampai diorang dah takde idea nak balas kata2 aii. sebab tu diorang kata aii layak jadi lawyer. tapi aii bukan la pembahas masa kat sekolah dulu. tak minat. lepastu kan tengok pulak kan cita p.ramlee, ibu mertuaku tu membuatkan aii nak jadi lawyer..sebab lepas tengok movie tu aii rasa lawyer ni sangat hebat. bila mak mertua kasim selamat tu sebut dialog ni "siapa kassim selamat? lawyer? majistret?..blablabla" muHAhaHa. gila tak gila aii masa tu. aii bukanlah seorang yang berani berhujah depan orang ramai. nervous. so, sekali lagi cita2 untuk menjadi lawyer pon tak kesampaian.

engineer
- ha....ni cita2 masa aii dah masuk sekolah teknik. woh, masa apply tu abah aii beria2 suruh apply course civil engineering. sebab? konon boleh join dia la kalau dah keje nanti. wahahahaha. aii apply je sebab aii sendiri telah dipengaruhi oleh watak2 hero dalam novel yang aii baca. tup2 dapat yu...cita2 menjadi lawyer dan ahli forensik aii tinggalkan macamtu je. so, aii mulalah belajar tentang civil engineering. well, not bad la...i got new knowledge. sangat best rupanya civil engineering ni. aii belajar everything about building, road, traffic light calculation, beam, roof, road,etc. memang banyak pengetahuan yanga aii dapat. sampai kaedah2 buat jalan raya pon aii belajar dan barulah aii taw susahnye orang nak buat jalan raya tu. kalau tak dok merungut je kalau jalan raya tak elok la...owh, paling best bila buat kerja amali. sangat best. time2 nih kaum2 adam sangat berguna untuk bawak barang2 yang maha berat tu. hahaha. semua buku2 civil engineering abah, aii amik buat rujukan. gilakan? aii terlalu obses untuk menjadi engineer. sampai la habis spm aii dapat offer sambung study kat poly. still stuck with civil...tapi aii tolak offer tu..sebab..aii dah masuk ke tempat lain...sob2. sedih sangat. tapi takpe...cita2 untuk sambung dalam civil ini masih kuat. maybe aii akan amik 2nd degree dalam civil engineering. insyaALLAH. =]

architech
- hoh, cita2 nih pon tetap tak kesampaian. dulu2 aii berangan nak jadi architech sebab aii nak plan mansion aii sendiri. hahaha. plus,my fav actor time tu, azhar sulaiman tu seorang architech. heHEHhe. tapi disebabkan subject lukisan kejuruteraan aii sangatlah tidak memberangsangkan...so, terpaksalah aii buang dari senarai cita2 aii. time spm pon resul LK aii sangat2 la setakat lulus sahaja. so, aii tak layak pon untuk sambung course ni ke peringkat yang lebih tinggi. hampa hati mak time tu nyah....

photographer
- ini cita2 semasa aii. hahaha. aii nak menjadi seorang photograper. bukan full la...just freelance photographer je. sekarang aii tengah memantapkan lagi skill2 aii. he3..insyaALLAh akan berjaya. dulu2 tak pernah terpikir pon nak jadi photographer. sebab? entah. dulu2 amik gambar saja suka2. buat koleksi sendiri. tapi sekarang nih macam best pulak. dan yang selalu menjadi mangsa aii adalah kawan2, adik2, cousin2, kucing2 aii dan anak2 sedara aii.

tapi percaya tak apa yang kita cita2kan tak semestinya menjadi kenyataan. dan tak semestinya menjadi yang terbaik buat kita. kan? nak2 pulak sekarang ni tak boleh memilih kerja. ermmmm...lepas ni nak jadi ape eh??? nak kawen la...wah, gatal nye ko vio...meh sepak aii laju2 meh..

Monday, December 6, 2010

:::Salam Maal Hijrah:::


bismillahirrahmanirrahim

salam,
hye all..
waaahhh...pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru, kan?
sungguh tak sangka.
cepat je masa berlalu.

okay lah di kesempatan ini aii nak mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432 H kat yu ols.
Kullu Aam Wa Antum Bikhair to all muslim.

semoga dengan kedatangan tahun baru ni kita mendapat rahmat-Nya.
semoga tahun ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya.
semoga kehadiran tahun baru ni kita dapat memperbaiki amalan2 kita agar menjadi lebih baik dari sebelum ini.

SALAM MAAL HIJRAH 1432 H semua =]



p/s:- saya nak berhijrah. semoga saya mendapat berkat dah rahmat dari penghijrahan yang bakal saya lakukan. peace.