CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 31, 2010

blog saya banyak bintang~~

bismillahirrahmanirrahim

salam.
oh disebabkan hari ini sangat bosan dan tak taw nak buat ape2...maka terciptalah layout baru untuk blog aku. siyes dah bosan dengan layout lama. so, kali ini aku tukar. berjam2 jugalah nak memuaskan hati sendiri dengan layout2 yang ada. google sana sini last2 amik layout yang dah sedia ada dalam blogger design ni je lah. not bad la...

lagu suma dah tukar. kali ini aku amik instrumental dari movie sountract je la. rasa macam dah malas nak dengar suara orang melalak. bosan dowh.

oh ye, layout baru ini aku wat transparent. so, mungkin ada kesukaran dalam post2 yang lepas kalau font colour tu tak boleh nampak ke hape ke...pandai2 korang la nak bagi nampak. highlight kan je kalau tak nampak. faham?

dah save and apply untuk blog, baru perasan layout nih banyak bintang la...ha3. =DD. so, lepas ni hari2 aku akan nampak bintang. =)

p/s:- bintangku hilang, langit semakin kelam...

Friday, July 30, 2010

kelebihan membaca surah Yassin~~

Bismillahirrahmanirrahim.

salam.
hari ini agak bosan. taktaw nak buat ape. so, aku google la apa2 yang patut...then aku jumpe satu artikel nih...kelebihan membaca surah yassin. aku just repost je dalam blog aku nih. tak ingat la kat mana aku copy artikel nih. ish bebel lak...jom bace ape kelebihan membaca surah yassin. semoga ia akan menjadi renungan bersama dan sama2lah kita mendapat taufik & hidayah dari-Nya.

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Qurana itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quransebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan
jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

i'm happy for you dear~~


bismillahirrahmanirrahim

salam.
kali ini aku nak bercerita tentang Pn. Baiti. heh.

hari ini masa dalam class TAPI aku dapat call dari a'an.
2 missed call.
pehhh~~ hati meronta2 nak jawab call a'an.
tapi lecturer kat depan...tak berani aku nak menjawab. *heh. aku kan budak baik*
hanan kat sebelah pok-pek2. dia story ape entah. minda cakap abaikan.
then, aku perasan ade 2 massage received.
minda aku wat telahan..may be dari a'an.
aku tak reply massage dia tu sebab dia call agaknya.
but...its not from her.
its from Pn.Baiti..
then i read the massage...gila babeng terkejut.
surprise gile babeng.
tapi aku suka. happy gila. =))))

"wei hampa dh nk jd makcik woi!! hahahahaha"

erkk...minda aku macam blank sekejap.
apekah? mengapekah?

korang faham tak maksud massage tu?
message tu bermaksud...
aku akan dapat anak angkat tak lama lagi, yea.~~
lepas je bace terus aku reply massage bett. nak dapatkan kepastian.
dan...Alhamdulillah. benar la telahan aku.
Pn.Baiti pregnant.
oh. aku betul2 happy bila dapat berita ni.
seronok sangat2. sangat seronok yer.
oh..lagi 8 bulan...cepat la berlalu.
aku tak sabar nak tengok baby tu.

bett,
congrats. i'm happy for you.
take a good care of yourself yer.
don't work really hard.
remember that.
may god bless u, dear.
=)


p/s:- orang lain yang nak dapat anak aku pulak yang happy melampau. hah-ha.

Wednesday, July 28, 2010

terlajak kata membawa bahagia~~

bismillahirrahmanirrahim

salam.
heh-he. korang pernah dengar kan pepatah nih...
"terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata badan binasa"
tapi, kalau terlajak send massage kat oranng camne?
hah-ha. tentulah membawa bahagia...lalalala~~
itu ape yang berlaku kat aku hari ini.
nasib baik membawa bahagia..kalau membawa derita?
ringkas je jawapan aku..."i deserve it la..=("

he2. hari ini aku happy sangat. sangat2 happy.
sebab? sebab aku terlebih semangat.
sampai hantar massage yang agak laser kat orang.

dan hari ini juga first time dia...
he3. aku happy. seronok gila. =DDDD
aku nak senyum sampai telinga hari ini, boleh?


p/s: siyes aku happy. happy sgt2. kan best kalau hari2 ade bintang yang bersinar. yea!!~~

Sunday, July 25, 2010

oh, maaf teman. saya terlupa. part 2 ~~

Bismillahirrahmanirrahim

salam.
ketemu lagi dibahagian 2. he2. maaflah. lewat lagi nak post. almaklumlah sekarang sudah minggu ke 4 pengajian semester ni start. so, agak busy sikit la. ok, mukadimah kali ini sikit sudah la, kan? kita teruskan ke point2 penting entry ini di'post'kan. entry kali ini aku nak cerita pasal majlis bersanding di rumah Pn. Baiti. ha3. sangat happening. sangat2.

untuk majlis bersanding ni...kami satu gang plan pakai baju warna merah. tak kira la merah ang2. macam cina sambut tahun baru atau merah darah sekalipun. janji merah. dan seperti yang telah dirancang kami pakai baju warna merah. except Pn. Baiti la. dia kalau pakai merah...nanti tetamu tak kenal pengantin pulak. kan? owh, kat bawah ni lah gambar kami berlima yang berbaju merah. sesungguhnya akulah yang paling hensem diantara kami berlima. hah-ha. =)

*carpet pon merah taw*

oh, sebelum itu aku nak bercerita kejadian drama melayu yang telah dilakonkan oleh a'an dengan begitu jayanya di gas station. dan sudah semestinya drama sebabak tu berjaya mengundang perhatian umum yang tengah pump gas kat station tu. ha3. hadoi...alkisahnya begini...kami terpaksa berhenti di gas station sebab nak bagi barang kat abang nuar *abang kandung Pn. Baiti. masih single but not available la* entah macam mana lepas a'an pass barang tu kat abang nuar betty call then dia suruh a'an panggil abang dia... she's want to speak with her brother la..and *part ni yang paling best* tak semena2 a'an jerit panggil nama abang nuar sambil kejar abang nuar *sebab masa tu abang nuar dah berlalu meninggalkan kami* untuk dia nak pas handphone tu. erkkk, aku agak terkedu sekejap dengan aksi a'an tu. jeritan a'an yang macam kena tinggal dek kekasih hati telah menyebabkan pengguna2 gas station tu semua menumpukan sepenuh perhatian terhadap kami. aduss...aku agak malu masa tu sebab menjadi perhatian. ha3. a'an lagi la malu...abang nuar aku tak taw la malu ke tak..entah2 dia pon malu tapi still under control lagi la kot. ha3. habis je abang nuar cakap dengan betty kami terus blah dari situ. malu weih...dah la sebelum sampai kat gas station tu a'an tanye aku nak panggil abang nuar ape? abang ke abang nuar? aku just suruh dia panggil abang nuar je. nasib baik kami discuss tentang panggilan tu kalau tak aku tak taw a'an panggil ape. ha2. okeh2. sambung2. dan destinasi seterusnya adalah rumah wan dan seterusnya ke rumah gee. sebabnye a'an bakal disolek oleh gee memandangkan a'an menjadi pengapit pada hari tersebut. hah-ha. sebbaek bukan aku. malu woh nak diri depan orang ramai walaupun subjek utamanya bukan sipengapit...tapi malu tetap ada. dan aku berjaya mengelakkan diri aku dari menjadi pengapit. yeahhh!!~~ sampai je rumah betty kami terus masuk bilik Pn. Baiti...teman minah tu yang tengah nebes tahap dewa tunggu sultan dia sampai. he3.


*takde rupe orang nebes pun pengantin ni kan?*

tak lama lepas tu *adala dalam 30minit pastu* sultan dari negeri pasir berdengung tu pun sampai. ha3. lagi la nebes si Pn. Baiti tu. time tu kelakar habis kalau tengok muka dia. teringat dowh time dia nak bertunang dulu. masa mak mertua dia nak sarung cincin tu. malangnya time dia nebes ni takde siapa2 pulak diantara kami yang shoot muka nebes dia. rugi dowh.tapi tak pe aku sempat la shoot muka mamu yang mengetuai rombongan pengantin lelaki tu. ha3. tengok2. korang tengok la gambar bawah ni. masam gila muka mamu tu. ha2. aku taktaw la nape. dia pon nebes gak kot. pehhh, gaya macam dia pulak raja sehari. ha2. aku pun taktaw la camne aku boleh shoot muka dia. okeh, usha2 la dulu gambar masa pasangan raja sehari ni berarak ke pelamin.

*see...mamu nih masam ja. nana muka bahagia je kat blakang*

*a'an pun sengih je*

kat bawah ni pulak masa raja sehari ni tengah bersanding dan di tepung tawar oleh keluarga kedua2 belah pihak. time nieh kami hanya mampu menjadi photographer je la. ha3. time ni la aku menunjukkan skill aku. *walaupun tak la pro pun* tapi korang layankan je la pics yang aku shoot.

*bahagia je muka diorang kan?*

dan ini part masa pengantin nak makan beradab. ha2. part nih paling lawak. sebabnya kami berempat dipaksa makan dengan pengantin bagi mewakili keluarga pengantin perempuan. *a'an tak termasuk la. sebab dia memang wajib makan sekali.* aku pon tak taw ape sebabnya kami yang dipaksa duduk kat situ. ha2. kompem cun dowh..sebab lima2 pakai baju merah. tapi, siyes la aku cakap makan beradab ni bukan best..lauk je sedap and lain daripada tetamu lain..tapi makan tak kenyang sebabnya anda akan malu bila menjadi tatapan orang ramai walaupun *sekali lagi ye* subjeknye bukan anda. tapi malu tu still under control sebab kami satu gang. kalo sorang2 kompem pengsan terus kot. ha2. dan bermulalah acara kami makan tak hengat dunia. buat tak malu. makan tak kenyang pon..tapi terpaksa berhenti la bila semua orang dah berhenti makan tapi kami berlima je yang belum habis makan. sayang wooo...siyes aku lapar gila time tu. buah pon tak sempat makan. =(



*see...itukan kami berlima.hah-ha*

lepas makan bermulalah acara photo shoot. ha3. yang pasti gambar ini bukan aku yang amik. tapi okeh la kan.semua tak tengok camera sebab tengah bagi full attention kat camera abang ejat. fotografer profesional yang diupah oleh Pn. Baiti.


*posing2*

*tengok Pn.Baiti beraksi. da penat wat gaya formal la tu*

hoh yeah. gambar2 kat bawah ni adalah hasil skill aku dengan wan. heh. okeh tak shoot kiteorang? walaupun hanye menggunakan camera biasa dan bukan dengan menggunakan SLR yang sentiasa dibanggakan anak2 muda sekarang... kiteorang tetap boleh dapat shoot yang baik2 belaka. selagi ada camera selagi itulah kita boleh jadi penangkap gambar... bukan tangkap gambar. tak kira la guna camera handphone skalipun. janji kreatif and pandai cari angle yang terbaek untuk dapat shoot yang terbaek. heh, tunggu la aku angkat SLR sebijik nanti...hump!!~~

*nana control macho dowh*

*bahagia je tengok diorang dua nih*

*owh aku suka pic ni. terbaek dari ladanglah*


* dua gambar kat atas ni buatkan aku desperate gile bak kawen. ha3. gatai*

*creadit to wan for this pic. nice shoot n edit*

*hoh, time ni tak taw erni hilang kemana dan lela jadi pengganti*

* gee dengan aksi sailormoon. hah-ha*

*cubaan untuk meruntuhkan pelamin. but unsuccessfull*

*Cik Vio dengan Pn. Baiti*

*ha3. romantik kan?*

*tu dia...shoot nya pasai laki tak taw hilang mana*

oh yer kat bawah ni gambar masa kat rumah nana. nih masa majlis bertandang di balik pulau. ha3. she's looked different right? may be its because the dress colour yang agak gelap. tapi Pn. Baiti tetap nampak cantik. =)

majlis kat balik pulau ni cuma aku dengan a'an je yang attend. sebabnya wan, gee and erni terpaksa pulang ke KL. sebab cuti diorang dah tamat. walaupun aku dengan a'an je tapi kami tetap buat havoc. ha3.

hermm....aku rasa cukup la kot sampai sini je entry aku kali ini. nanti2 aku post new entry. biasa la awal2 sem ni busy sikit. macam2 keje nak kena buat. cerita banyak2 tentang wedding ni bukan boleh..nanti gatai aku datang. mula la sibuk berangan nak kawen gak. ha2. =)


Saturday, July 24, 2010

oh, maaf teman. saya terlupa. part 1 ~~

bismillahirrahmanirrahim.

salam.
entry kali ini saya tujukan khas untuk Pn. Baiti a.k.a Betty. he3. maaf sangat2 sebab terlupa terus nak post pasal your wedding in my blog. huh, my bad. really sorry. ini semua bukan disebabkan kekangan waktu atau tiada idea untuk berbicara. tapi ini semua disebabkan ketiadaan broadband. plus, sikap sering menangguhkan kerja. he3.

sedar tak sedar sudah hampir dua bulan usia perkahwinan sahabat baik saya. sedikit sebanyak..perkahwinan Pn. Baiti memberi efek kepada saya. ini kerana saya sendiri tak tahu bila tarikh perkahwinan saya walaupun saya teramat teringin untuk berkahwin. ha3. *tengok orang kawen, aku pon teringin nak kawen. tapi tanggungjawab tak selesai lagi...so postpone dulu angan2 nak kawen.ha3. eh, boleh ke macam tu??* sound desperate, right?

majlis akad nikah telah berlangsung pada 11 jun 2010 bertempat di masjid maimun, kg pinang. jam 3.30pm. ha3. ada kisah di majlis pernikahan tersebut dimana a'an telah menyebabkan kami membuat tangisan berantai ketika ijab dan kabul selamat dilafazkan. ha3. seriously, i can't forget that. a'an menangis macam pakwe dia dipaksa menikah tanpa rela. oh ya, dan tangisan tersebut disambut oleh wan kemudian disambung pula oleh gee...saya? oh, saya cuba menahan godaan tersebut namun...tertewas juga.*oh-ho, atleast aku yang paling last menangis kn?* Pn. Baiti rilexs je...tak menangis pon...kiteorang pulak yang syahdu dan penuh penghayatan dengan lafaz ijab dan kabul tu. adeh. hampeh betty. tetamu2 yang hadir *terdiri daripada keluarga2 pasangan lain yang menikah di masjid tersebut. erk, 8 pasangan tak silap aku. hmmm, ramaikan?* mula melaksanakan sesi mengutuk dan mengumpat bila tengok kiteorang menangis. oh, jatuh kredibiliti macho lagi hensem aku bila menangis di khalayak ramai. ah, peduli hape aku kan. its my bff wedding ye. bff yg 1st pulak tu menamatkan zaman bujang dia dalam gang kiteorang. so, mestila menangis kegembiraan. =) selesai majlis pernikahan kami ke rumah keluarga Pn. Baiti bagi sesi mengisi perut yang kosong dan sesi fotografi yang di kendalikan oleh fotografer profesional dan amatur. ha3.

oh ya, kalau diperhatikan gambar2 dibawah mesti ada yang tertanya mana perginya seorang lagi teman...iaitu erni. cik erni terpaksa bekerja pada hari jumaat tersebut dan tak dapat nak join kiteorang. oh ye..dia baru kerja so, tak boleh cuti lama. majlis bersanding kompem la di wajib ada. kalau takde tak cukup korum main mahjung la kiteorang..and maybe it will be quite gloomy. siapa yang nak gloomy wedding ceremony untuk wedding bff sendiri kan?

baca banyak2 pon tak guna kan. sebab itu la saya letak entry kali ini sebagai part 1. entry untuk majlis bersanding akan disambung dalam part 2. bila ia akan di post...saya sendiri pon tak tahu. he3. insyaAllah. mungkin sehari selepas entry kali ini. so, baik kita layan gambar2 yang telah di shoot oleh fotografer amatur a.k.a. KAMI. heee. enjoy!!!~~


*
*
*
*
*
*
*


* oh-ho betty bajet cute wat mulut camtu.*

*tengok statement betty. ha3.=)*

*dari kerana mata*



*betty ngan mas kawennye*



*ini namaya KAMI.*


*saje nak show off camera ni*

*kenapa blur? sebab acara selanjutnya hanya untuk tontonan 18sx sahaja. hua3. juz kidin*

Friday, July 23, 2010

no idea

bismillahirrahmanirrahim

salam.
sungguh aku tak ade idea untuk blog post aku kali ini.
bukan je takde idea..tapi aku gak takde mood nak update blog ni.
kenapa entah.
kebosanan lebih menguasai diri.
membuang masa tanpa perkara berfaedah lebih menjadi pilihan hati.
oh tuhan..kenapa aku harus hanyut dengan perkara2 sebegini..

ya Allah...kau kuatkanlah semangatku.
kau jauhkanlah aku dari perkara sebegini...
kau tabahkanlah hati aku...amin.

Sunday, July 11, 2010

kau sebenarnye...

bismillahirrahmanirrahim

ha...dah lama pulak aku tak merapu. so, kali ni aku nak merapu sekejap. erk...bukan merapu..tapi nak mengata sekejap.

alkisahnye begini. hari ini aku dapat satu tambahan baru dalam friend list aku kat fb. hu3. someone yang aku kenal. dan... yang paling best dan bangang la bagi aku tentang dia ni adalah...dia cuba untuk memperbodohkan aku dengan menyamar sebagai orang lain. tapi dia agak bangang sebab aku boleh tengok info dia. ha3. stupid. ah. itu aku tak kesah lagi la. dah taw sangat dengan perangai dia yang suka memperbodohkan orang dan perasan dia yang terbaik. dan yang paling baik punye bangang...*part ni yang buat aku nak mengata dia nih* dalam fb dia..dia ada letak website dia. hua3. dan aku menziarah jap la kan. nk tengok ape yang best kat situ. dan aku jumpe...gambar2 dia yg half naked. muahaha. dosa sekejap aku sebab tengok gambar2 tu. terkejut sebenarnye. ah, biar la dia nak letak gambar ape pon. itu hak dia. bukan itu yang aku nak mengata..tapi pasal lain. pasal dia mengata and mencaci maki orang lain. someone yang aku rasa boleh digelar sebagai teman dia kot...mungkin. seriously, dia mengutuk budak tu..baik punye ayat. takde budi bahasa langsung. sume ayat18sx. aku tak heran pon dia wat camtu...dan teman2 lain yang kenal dia pon mesti dah tak heran...tapi sebenarnye...ayat2 caci maki tu aku rasa lebih sesuai untuk mengambarkan diri dia.hu3. itu kenyataan. dan sebenarnye...kau la moron. bukan insan yang kau caci tu.