CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 30, 2011

::: Happy?? :::

Bismillahirrahmanirrahim

salam.

bile perlu kita merasa gembira kenapa rasa kecewa yang hadir?
bila seharusnya kita merelakan kenapa aku tak mampu untuk berbuat sedemikian?
sungguh...seharusnya aku gembira dengan perkhabaran tu..tapi hanya rasa kecewa dan sedih je yang hadir.
tak ade rasa gembira langsung.
sebab?
entah..aku sendiri tak ada reason untuk rasa tu hadir.



p/s:- my encik bintang mana awak pergi? marah?

Saturday, October 15, 2011

::: Real Steel, the best movie :::

salam semua....

okay okay... ni nak cerita tentang filem Real Steel yang baru je ditayangkan kat pasaran Malaysia semalam, 13 Oktober...seriously *tak tipu korang okay* pergilah tengok filem tu. sangat sangat best. and quite funny la. 


tadi lepas je office hour terus mesej Cik Bella pergi tengok filem tu. sebab semalam tak sempat nak tengok. masing masing balik kerja lambat. malam baru sampai rumah. and, thank god... nasib baik ticket untuk tayangan pukul 8 malam ada lagi. tu pun seat dah hampir penuh. yang belakang tak payah carilah..memang confirm penuh. nak tak nak terpaksalah amik seat depan. row number 4. HaHahA. silalah melangutkan kepala anda ya. 

okay okay nak cerita sikit pasal sinopsis nye...cerita nih berlatar belakangkan tahun 2020 kat mana time tu manusia time 2020 ni dah tak layan kickboxing or wrestling yang melibatkan manusia tapi time tu aktiviti aktiviti tu kickboxer nye adalah robot robot berteknologi tinggi yag dikawal oleh manusia. dan Charles Kenton ( Hugh Jackman) adalah salah seorang peninju yang tak berapa nak berjaya masa zaman dia dan bila dia jadi trainer robot pun dia asyik kalah je...setiap perlawanan yang dia join semua kalah...plus dah kalah tentulah banyak hutang, kan? sampailah satu hari tu ex-girl dia meninggal dan dia terpaksa menjadi penjaga Max (Dakota Goyo) yang sangat cute dan akan menjadi seorang yang handsome bila besar nanti  disebabkan Max tu anak kandung dia. 


Max ni pun sama macam bapak dia...suka kickboxing dan dia sangat berpengetahuan tinggilah tentang robot kickboxing *bagi budak yang berumur sebelas tahun*. so, masa bapak dia dapat robot baru and nak join game...jadi dia ikut bapak dia dan dari situlah bermulanye cerita bagaimana dia jumpe sebuah robot lama yang dihasilkan pada tahun 2014 yang diberi nama Gen-2. function robot ni masa diawal kemunculannya hanya digunakan untuk latihan je...tapi si Max ni trained dan upgrade kan lagi robot tu supaya dia jadi lagi hebat. dia sangat bijak dan lebih matang dari bapak dia...satu demi satu perlawanan diorang menang sampailah....dah la sampai sini je aku cerita...kalau cerita lebih lebih sampai ending tak surprise dah la kan...rugi je korang bayar harga tiket kalau dah tau jalan cerita dia, kan? HehEHe. =)



pada aku Hugh Jackman sangat handsome. HahHA. yer silalah sepak aku laju laju sebab tak sedar diri kalau dah tengok fav actor aku tu. walaupun dah early 40s tapi dia tetap handsome taw. dah la tough giler. HehEHe. selalu tengok dalam XMen dia serius je tapi kali ni takdelah macam filem filem yang lepas. macam Sherlock Holmes tu...macam Xmen tu..ape lagi eh filem dia..lupe dah.



dan, Dakota Goyo tu sangat cute. aku sangat suka tengok masa dia menari dalam filem ni dengan robot dia si Atom tu. sangat best. masa tengok dalam cinema tadi rasa macam nak menari sekali je. kecik kecik dah pandai menari..aku ni dah besar panjang pun menari keras je. heHEhe.

layankan lagi beberapa gambar dari filem Real Steel  ni. =]






and a movie trailer kalau masih tak puas hati dengan gambar gambar kat atas ni.



p/s:- macam nak tengok lagi sekali je filem ni..melampau tak???

Monday, October 10, 2011

::: Graduation Day :::

bismillahirrahmanirrahim

salam.

Tanggal 5 October 2011 merupakan hari graduasi aku. Secara rasminya kini aku adalah pemegang ijazah Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dengan Kepujian. heheheh. Finally, hari yang hampir setahun dinanti tiba juga. Gembira tak payah cakap la. Gedik lagilah. Angan-angan dah tahap dewa. Macam-macam main dalam kepala. Nak beli baju yang lawalah, kasut yang cantiklah...nak pakai shawl lilit sana lilit sinilah...make-up macam opera cina lah...macam macam....tapi siapalah kita nak merancang melebihi kehendak-Nya, kan? Akhirnya...aku pakai baju masa hari raya yang lalu je..yang beli pun cuma kasut je. Itu pun sebab takde kasut hitam dan bersarung. Terpaksalah beli...Kalau ikot hati dan difiki fikir balik...buat ape nak bergaya sakan? Pakai tak sampai sehari pun tapi duit berabis ratus ringgit. Tak ke membazir? Parents aku nak la sponsor tapi aku cakap tak payah sebab bukan nak pakai selalu pon. Shawl pulak takde lah lilit sana sini. Biasa biasa aja. Apa apa pun hari itu tetap yang terbaik. Penat lelah selama tiga tahun sangat berbaloi. malas dah nak merapu layankan aje gambar gambar kenangan pada hari itu... =]

 * peace!!*

 *berkumpul sebelum ke dewan utama. saat bertemu teman teman yang dah lama tak jumpe*

 *a family of Capt. Rosli. Adik gwa sorang lagi takde*

 * senyuman harus lebar untuk kekal awet muda. wahahaha*

 *so, taw dah kan aku graduan dari uni mana?*

 *with Miss Nazirah*

 * syok sangat la tu dah grad*

 *.w.e.*

 *hati tengah dupdapdupdap nak naik stage*

 *terapi ketenangan. bergambar bersama teman teman*

 *with my love. mama & abah*

 *my ex-roomie, junior.*

*Congrats All*



p/s- nanti kalau rajin gwa cite pasal course gwa.banyak sangat yang nak taw ape itu BIBM. kalau rajinlah. InsyaALLAH =)

Saturday, October 1, 2011

::: waiting for half big day :::

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah
finally its comes
for almost 10 months
now, just a few days 
it'll be my turn
syukur ya Allah
also
congrats for my course mate who will graduate in the same day
congrats all
HAPPY GRADUATION DAY


=]

p/s:- doakan semuanya berjalan dengan lancar ye... dan dipermudahkan ALLAH.