CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 7, 2011

::: Kenapa Remaja Sekarang Lebih Suka Bawa BF/GF ke Majlis Perkahwinan Berbanding Ahli Keluarga? :::


Bismillahirrahmanirrahim

Syukur Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk terus menikmati keindahan dunia. =)


well, last month my family dapat la a few invitation cards. semua pada hari yang sama 3 July 2011. one of them was come from my ex-schoolmate. hurm...masa dapat card tu fikir juga..nak attend ke tak event tu? mula mula I ask my parents to accompany me but they can't. they need to attend 3 receptions on that day. terkejar kejar pulak nanti. dah la semua bukan satu tempat. kalau pergi majlis kawan aku tadi makanya jadi 4 lah. so, terpaksalah pergi sendiri.

*oh, ini bukanlah kad jemputan yg saya dapat yer. creadit tu Mr. G*


on that day, masa kat majlis tu aku tengok la 4-5 orang kawan kawan aku datang. ErMmM...masing masing datang dengan BF and GF diorang. aku ada sedikit dengki disitu. haHahHaha. orang lain datang dengan pasangan masing masing... aku datang dengan seorang diri. tapi takde masalah la bagi aku. yang bagi masalahnya bila diorang mula tanya "ko apesal datang sorang? pakwe mana?"  aku jawab "pakwe aku kat golok. kawen lagi satu" . HahahHA. jaws drop eh? padan muka. lain kali jangan tanya soalan luar alam macam tu. menyampah tahu.

sekarang ni aku nak tahulah. kenapa remaja sekarang lebih suka bawa BF/GF diorang instead they attend the event with their family? datang dengan family tak best eh? ke nak show off BF/GF korang? ke suka sangat dengan soalan soalan ala ala MELODI "korang bila lagi?" "ko bila nak hantar kad?". macam tu ke? haHAHahHA. sungguhlah gila soalan kalau macam tu. why not datang je majlis dengan mak ayah korang ke? dengan adik beradik korang ke. kalau diorang tak available datang je sorang sorang. tak pun pakat ramai ramai dengan kawan kawan yang dijemput...konvoi sama sama. kan senang. 

pErgh~~ cara aku meluahkan rasa ni nampak sangat ke macam aku gila bengang dengan diorang yang datang dengan GF/BF memasing? nampak sangat? actually aku takdelah dengki ke apa. just kurang senang. sekarang ni aku tengok perkara ni macam dah jadi satu trend. kalau ke mana mana majlis perkahwinan mesti nak datang berdua. dulu dulu masa takde teman lagi kawan kawan la yang dicari. tak ke kesian kat kawan yang masih solo tu sebab takde partner? salah seorangnya aku lah. keHkehKEh. kenapa tak bawak family je datang sekali. sedangkan dah terang lagikan bersuluh dalam kad jemputan tu print ...

...............................................
suami, isteri serta keluarga ke majlis perkahwinan ...

kan?kan? tak percaya pergilah tengok kad kahwin yang korang pernah dapat. aku tak pernah la lagi dapat kad kahwin yang state kat situ ...

...................................................
suami isteri, pakwe makwe serta keluarga ke majlis perkahwinan ...

pernah ke dapat kad jemputan yang print statement macam tu? kalau ada sila tunjuk kat aku. kot kot lah kad jemputan yang aku dapat buat masa ni semua tak up to date lagi. kot la masih belum ikut trend. mana nak tahu kan....



p/s:- saya cuma meluahkan rasa.... 


Wednesday, July 6, 2011

::: when it is my turn to feel...down. :::

Bismillahirrahmanirrahim




I dont understand it...
how could I deny this feeling?
its strong...very strong inside me

when I know that I really really need him
how could I still deny it?

it hurt...maybe
tears...hurmm

and now...I have made a choice...
hope it will heal that hurt...






Dear Hati,

 move on. it's just a chapter in the past. but don't close the book. just turn the page. InsyaALLAH. there's the rahmat. he was not destined to be more than a friends.




p/s:- don't know why i keep thinking about him. our memories that we create. our chit chat. everything that we went through together. and, his word.

::: I Believe :::


Be sure and have no doubt...

He's always close to you...

He's the one who knows you best...

He knows what's in your heart...

Sesungguhnya Dia Maha Besar & Maha Mengetahui. 



p/s:- i hope...no, really really hope he know what I feel right now~~

Monday, July 4, 2011

::: Selepas Sebulan 5 Hari :::

Bismillahirahmanirrahim

Hari ni cukup sebulan 5 hari aku dan family aku keluar dari rumah yang aku dah stay almost 17 years. dari aku sekolah rendah sampailah aku dah habis belajar kat uni. sedih? memang la sedih. masa mula mula angkut barang keluar dari rumah tu agak sedih jugak. bukan setakat sedih lagi dah...hampir nak keluar air mata dah pun. tapi aku control cute gitu...mana boleh nangis tak tentu pasal...tak pasal pasal kena bahan. tu pun belum tentu sebulan habis. KehKeHkeh. tapi apa boleh buat...rumah tu tak ditakdirkan untuk terus menjadi tempat aku berteduh. pEhHH~~ gaya macam kena halau keluar je. sebenarnya, abah aku dah jual rumah tu...sebab penghuninya semakin besar dan memerlukan space yang lebih besar. plus, dengan kucing kucing yang semakin bertambah ahli nya. HahAhaHa

rumah lama tu memang banyak kenangan...baik masin, pahit, masam, mahupun manis. dari kecik kot aku stay kat rumah tu. dah berapa ekor haiwan peliharaan aku punya kubur kat situ akibat di bunuh oleh sang anjing pendengki?? dah berapa banyak pokok bunga aku tanam tapi tak hidup hidup kat situ? dah berapa banyak aku buang cotton buds dari tingkap bilik sampai mak aku dah malas nak membebel sebab laman dia penuh dengan cotton buds yang aku buang? dah berapa ratus biji aku makan buah buahan yang abah aku tanam kat laman rumah? dah berapa kali aku buat khianat kat sarang semut api? dah berapa banyak lukisan tak diiktiraf aku lukis kat dinding bilik aku? dah berapa kali aku panjat pagar rumah bila mak aku kunci pagar sebab keluar main tak ingat nak pergi mengaji? aku sendiri pon tak mampu nak kira. terlalu banyak perkara yang aku buat kat rumah tu. so, tipulah kalau aku cakap aku tak sedih langsung bila abah buat keputusan nak jual rumah tu. 

sedih okay. sangat. rumah tu banyak simpan rahsia. memori. saat susah senang kami sekeluarga. apa yang aku boleh harapkan sekarang ni semoga rumah lama tu akan dijaga dengan baik oleh tuan rumah dia yang baru...


*quite blur, kan?. nih tahun lepas punya malam raya punya gambar*


 *again, last year punye malam raya punya gambar*


*okay, ini versi cerah di malam hari*

so, semalam aku meronda la jap kat area rumah lama. plus, nak tengok kot kot ada surat cinta yang admirer aku hantar. then snap this picca. see...rumah tu tak berpenghuni lagi. tak tahulah bila owner baru tu nak duduk. rumah sebelah pun jual juga... so, kosong la kedua dua rumah di hujung lorong ni. sedih la tengok rumah lama ni...rumput kat laman tepi dah cecah lutut. pokok pokok kat bahagian dapur dah banyak mati. kesian la...penat taw mak aku belai pokok pokok tanaman dia tu.



*see kan dah cakap...semak gila kat tepi rumah tu, kan?*

dah la...malas dah nak bercerita pasal rumah lama ni..buat aku sedih je. kang kena sedih terlampau kang naya je..esok pagi mata bengkak. okay la...pergi dulu. =]


p/s:- bila dah pindah ramai pulak yang bertanya dan nak membeli rumah tu..haishhhh~~~