CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 4, 2011

::: Selepas Sebulan 5 Hari :::

Bismillahirahmanirrahim

Hari ni cukup sebulan 5 hari aku dan family aku keluar dari rumah yang aku dah stay almost 17 years. dari aku sekolah rendah sampailah aku dah habis belajar kat uni. sedih? memang la sedih. masa mula mula angkut barang keluar dari rumah tu agak sedih jugak. bukan setakat sedih lagi dah...hampir nak keluar air mata dah pun. tapi aku control cute gitu...mana boleh nangis tak tentu pasal...tak pasal pasal kena bahan. tu pun belum tentu sebulan habis. KehKeHkeh. tapi apa boleh buat...rumah tu tak ditakdirkan untuk terus menjadi tempat aku berteduh. pEhHH~~ gaya macam kena halau keluar je. sebenarnya, abah aku dah jual rumah tu...sebab penghuninya semakin besar dan memerlukan space yang lebih besar. plus, dengan kucing kucing yang semakin bertambah ahli nya. HahAhaHa

rumah lama tu memang banyak kenangan...baik masin, pahit, masam, mahupun manis. dari kecik kot aku stay kat rumah tu. dah berapa ekor haiwan peliharaan aku punya kubur kat situ akibat di bunuh oleh sang anjing pendengki?? dah berapa banyak pokok bunga aku tanam tapi tak hidup hidup kat situ? dah berapa banyak aku buang cotton buds dari tingkap bilik sampai mak aku dah malas nak membebel sebab laman dia penuh dengan cotton buds yang aku buang? dah berapa ratus biji aku makan buah buahan yang abah aku tanam kat laman rumah? dah berapa kali aku buat khianat kat sarang semut api? dah berapa banyak lukisan tak diiktiraf aku lukis kat dinding bilik aku? dah berapa kali aku panjat pagar rumah bila mak aku kunci pagar sebab keluar main tak ingat nak pergi mengaji? aku sendiri pon tak mampu nak kira. terlalu banyak perkara yang aku buat kat rumah tu. so, tipulah kalau aku cakap aku tak sedih langsung bila abah buat keputusan nak jual rumah tu. 

sedih okay. sangat. rumah tu banyak simpan rahsia. memori. saat susah senang kami sekeluarga. apa yang aku boleh harapkan sekarang ni semoga rumah lama tu akan dijaga dengan baik oleh tuan rumah dia yang baru...


*quite blur, kan?. nih tahun lepas punya malam raya punya gambar*


 *again, last year punye malam raya punya gambar*


*okay, ini versi cerah di malam hari*

so, semalam aku meronda la jap kat area rumah lama. plus, nak tengok kot kot ada surat cinta yang admirer aku hantar. then snap this picca. see...rumah tu tak berpenghuni lagi. tak tahulah bila owner baru tu nak duduk. rumah sebelah pun jual juga... so, kosong la kedua dua rumah di hujung lorong ni. sedih la tengok rumah lama ni...rumput kat laman tepi dah cecah lutut. pokok pokok kat bahagian dapur dah banyak mati. kesian la...penat taw mak aku belai pokok pokok tanaman dia tu.



*see kan dah cakap...semak gila kat tepi rumah tu, kan?*

dah la...malas dah nak bercerita pasal rumah lama ni..buat aku sedih je. kang kena sedih terlampau kang naya je..esok pagi mata bengkak. okay la...pergi dulu. =]


p/s:- bila dah pindah ramai pulak yang bertanya dan nak membeli rumah tu..haishhhh~~~




0 comments:

Post a Comment