CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 30, 2010

tetiba terfikir....

Bismillahirrahmanirrahim.

kenapa ntah masa tengah study tadi tetiba je perkara2 ni terlintas dalam kotak fikiran aku. aku tetiba terfikir nak buat baju kurung kain satin warna putih. plain white. takde corak2 sgala bagai. macam cantik je.lagipun aku takde langsung baju kurung warna putih. tetiba jugak aku teringatkan mamat ensem yang aku slalu usha kat kampung dulu *dia dah meninggal. tahun lepas. excident.* dan tetiba jugak aku terfikir macam mana kalau aku dah tak de kat dunia ni...macam mana mama ngan abah? adik2? kawan2? impian aku?...dan macam mana dengan dia??

p/s: dua hari lepas aku teringat arwah nenek ngan aki. arwah nek long yang baru menghadap Ilahi seminggu yang lepas. dan arwah makngah sepupu yang baru meninggal bulan lepas. =(


kesedaran.~~

Bismillahirrahmanirrahim.

for the first time i start my post with Bismillahirrahmanirrahim.
sebelum ini tak pernah teringat pon nak mulakan dengan kalimah tu.
biasalah, manusia mudah lupa.
sama macam aku jugak... =(

but, it's still not too late, rite?
so, selepas ini aku akan mulakan setiap post aku dengan kalimah suci itu.

syukur Alhamdulillah...kesedaran itu datang tepat pada masanya.


=)

Sunday, April 25, 2010

hope.~~

okay. aku baru habis exam paper export.
camne nak story eh.
terrible. yeah, that what i can type at here. right now.
huwaaa...rase nak nanges tengok question paper tadi.
gila susah.
from 100 marks...aku dah sia2 kan 25 marks.
free2 je melayang.
haila...

apesal la question tu yang dia tanye??
cam tak boleh nak capai target je untuk paper ni.
hadush...kalau tak capai target habis la pointer aku.
hala....ni yang rasa nak nanges ni.
mama...i need u now!!~~

think positive. think positive.
insyaAllah. semua okay.
dah usaha sehabis boleh. dah study.
sekarang tawakal je.
insyaAllah. everything will be okay.
amin.
amin.
amin.

Thursday, April 22, 2010

next paper.~~

export management..export management...haila.
banyak nye nak kena cover.
diri ni pulak terlebih banyak main.
haila...

Sunday, April 18, 2010

bencinye....

benci sungguh bila perasaan ni mengetuk pintu hati aku.
teramat benci.
dan lagi benci kat dia yang menyebabkan perasaan ni wujud dalam hati.
taw tak aku rasa benci??

kenapa kau harus wujud saat2 camni?
boleh tak kau datang time aku dah rilex2 sikit.
boleh tak kau ganggu aku masa aku free??
boleh tak kau jangan datang masa aku tengah struggle untuk masa depan aku??
boleh tak???

aku ke yang salah bia kau datang dalam hidup aku??
aku ke?
mungkin...

Saturday, April 17, 2010

final exam~~

ok. kejap lagi aku exam. first paper for this semester final exam. huwaaa..
paper shipping lak tu.
haila...nak exam, fb masih tak tinggal.
masih menyinggah kat blog.
masih ber'ym'.
apa nak jadi ntah.
sungguh tak boleh kawal nafsu ber'internet' nih.
hope i could answer every question. hu2.
scary. nervous.
tak taw la ape question yang kuar nanti.
hope senang.
all the best cik vio.
tawakal je la dengan ape yang aku study selama ni.
insyaAllah. aku mampu menjawabnye.
harap2 dapat capai target la hendaknye.
amin.~~

Hijau Daun – Suara (Ku Berharap)

di sini aku masih sendiri

merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi

ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar

mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

reff:

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku

apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini

ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

reff2:

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku

apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

repeat reff

suara dengarkanlah aku

Friday, April 16, 2010

bagaikan layang2~~

bagaikan layang2. kenapa itu yang aku letak sebagai tajuk kali ini? sebab ia mengambarkan mood aku untuk study sekarang ini. macam layang2. kejap terbang ke atas. kejap menjunam ke bawah. kejap ke kiri. kejap ke kanan. ntah la. mana semangat aku untuk study for final kali nih entah. malas ya amat. rajin seciput je. okay. maybe its a warming up time kot. masih melayang2 lagi. ha2. tak pe ada lagik 24hours untuk 1st paper. gambate vio. gambate.

Thursday, April 15, 2010

INSOMNIA~~

kali ini aku nak cerita tentang insomnia. mesti ada yang tertanya2kan penting ke apa yang aku post ni?? penting. penting untuk diri aku la. ha2. sebabnya aku merupakan insan yang mengalami insomnia. so, frens, amik perhatian ye. teman kamu ini mengalami insomnia. so, jangan lagi bertanya soalan yang sama yang seperti ini "wei, dah 4am. asl xtido lagik??" okay?? so diam saja dan jangan bertanya kenapa kalau aku masih ber'Ym' dan ber'FB'. kerana jawapannya...saya x boleh tido. dan saya mengalami insomnia. diulangi lagi sekali INSOMNIA.

Here are some facts 'bout insomnia. just read it as knowledge. Enjoy. : )

Insomnia (Kesukaran untuk tidur)

Apakah yang dimaksudkan dengan Insomnia?

Insomnia ialah merasa sukar untuk tidur dan tidur dengan nyenyak atau merasa seperti tidak cukup rehat walaupun telah tidur secukupnya. Maka pesakit yang menghidap insomnia ialah mereka yang merasakan tidak cukup tidur/tidak dapat tidur nyenyak di malam hari dan kurang aktif/bertenaga di siang hari *okay. fact ni kurang tepat untuk diri aku. sebab wlpn aku tido hanya untuk 3-4 jam sehari tapi aku xder la lembik je siang2 hari*. Tanda tidur yang mencukupi ialah apabila anda bangun di pagi hari dan merasa bertenaga dan telah berehat secukupnya.

Sebanyak mana tidur yang anda perlukan bergantung kepada individu dan mungkin hanya 4 jam semalam atau mungkin sehingga 10 jam. Fisiologi tidur berubah apabila umur seseorang semakin meningkat. Tempoh tidur di kalangan warga tua adalah lebih pendek berbanding mereka yang pertengahan umur. Tidur mereka menjadi kurang nyenyak dan lebih kerap terjaga di waktu malam. Warga tua mungkin akan lebih banyak tidur di waktu siang. Kanak-kanak biasanya memerlukan tidur yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa. Jadi bolehlah dikatakan bahawa insomnia bukanlah masalah berapa jam seseorang itu tidur, tetapi setakat mana tidur itu merehatkan diri.

Pengkelasan Insomnia

Insomnia boleh dikelaskan kepada insomnia sementara, jangka pendek atau kronik bergantung kepada berapa lama tidur itu terganggu.

→ Insomnia Sementara

Ianya bergantung kepada keadaan dan biasanya disebabkan oleh perubahan persekitaran atau tekanan hidup seperti mengembara, dimasukkan ke hospital atau menjangkakan bahawa sesuatu peristiwa yang penting atau yang menimbulkan tekanan kepada diri anda akan berlaku. Ia biasanya tidak melarat kepada gangguan yang lebih serius dan akan hilang dalam masa beberapa hari.

→ Insomnia Jangka Pendek

Jika lebih banyak tekanan yang dating (contohnya kematian seseorang yang disayangi, dibuang kerja atau berlaku penceraian), insomnia sementara mungkin melarat menjadi insomnia jangka pendek dan biasanya insomnia jenis ini akan berlarutan tidak lebih daripada 3 minggu. *kompem bukan kelas aku. aku da lebih dari 2tahun pun eh*

→ Insomnia Kronik

Jika insomnia jangka pendek tidak dikendalikan dengan baik, ia mungkin melarat menjadi insomnia kronik yang biasanya berlarutan dari beberapa bulan hingga beberapa tahun. Ia selalunya disebabkan oleh keresahan umum, pengambilan ubat-ubatan, masalah kesihatan, disfungsi fisiologi (gangguan fisiologi) atau penyalahgunaan bahan seperti alkohol atau dadah. Oleh yang demikian, adalah amat kritikal untuk mengenalpasti punca insomnia jangka panjang jika gangguan tidur ini hendak dikendalikan dengan baik.

Tanda-tanda dan gejala insomnia:-

• Sukar untuk tidur, berbaring dalam keadaan jaga lebih daripada sejam atau lebih sebelum dapat melelapkan mata. *hah. sama sangat.*

• Tidur yang tidak nyenyak dan sering terganggu, contohnya terjaga beberapa kali di waktu malam. *agak sama macam aku*

• Terbangun di awal pagi kemudian sukar untuk menyambung tidur semula. *okay. nie tak sama langsung. aku sukar untuk bangun diwaktu pagi.ha3.*

• Terasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari. *malam pun susah nak tido apetah lagik siang hari*

okay. sekarang aku tak taw mana satu kelas insomnia aku. nak kata kronik bukan kot. aku tak amik ubat2an, aku tak amik alkohol.aku juga tak ada masalah kesihatan. *alhamdulillah*. tapi tanda2 dan gejala insomnia tu da ade. so, adakah aku mengalami insomnia atau tidak??

~~ Erti Sebuah Kesetiaan~~

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda…


p/s:- thanx dear for email me diz article. its cool. players should read diz. :D

Tuesday, April 13, 2010

~~Keistimewaan Wanita~~

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

Monday, April 12, 2010

~~L.I.B.R.A.R.Y.~~

HUWAAAA.....
cte bab library je mesti ngantok..tu la aku. haishh...ape nak jadik la. sekarang ni study week. tapi study week aku bukan digunakan untuk study tapi untuk menyiapkan assigment2 yang menimbum * ade lagik 1 tak siap buat masa ini* haila...penat taw. sebbek la agak hebat. 1 assignment amik masa 24 jam je untuk disiapkan. he2. riak2. semalam aien tanye nak lepak library tak?? aku pikir agak lame nak join dia lepak ke tak. *nampak sangat pemalas* after a few minutes *around 15 camtu la* aku pon menyatakan persetujuan untuk join aien. dari stay kat bilik tak buat ape. baik ikot. duduk kat bilik pon banyak je halangannye. katil+wifi+fb+ym= buang masa. so, sekarang aku nak out dulu. nak gi LIBRARY. he3. chow~~

Friday, April 9, 2010

deeper conversation~~

tak tahu kenapa...lately aku agak down. lepas satu, satu perkara yang berlaku. tapi semuanya melibatkan insan2 yang aku panggil teman. mungkin sekarang ni fasa teman2 untuk membuat aku down agaknya. lepas fasa2 assignment, fasa mid exam take over. sekarang, fasa teman2 pulak yang bikin hidup aku tunggang terbalik. lepas ni mesti fasa kewangan pulak yang menyusul. cinta?? fasa tu masih belum mampu masuk dalam hidup aku. bak kata minda dan hati aku... sekarang bukan masa untuk cinta tapi masa untuk mencapai cita2 dan mencari duit. so, cinta tak kan aku masukkan dalam kamus hidup aku lagi. mungkin nanti aku akan post kan pasal fasa cinta pulak.

ok. dah terlalu banyak mengarut. back to the title.

hari ini. malam ini. lepas isyak aku duduk bertafakur sekejap. mengenang masalah2 yang tengah menghujani hati aku. but, then i cried. and keep crying until...

Tidur malam terbayang...Teringat kamu seorang...Membikin hati pemuda...Menjadi bimbang....Oh Azizah....

me: hello. ma...
abah: abah ni. ada ape?
me: nothing. abah, is mama there? i want to speak with her...
abah: ok. hold on.

after a few second....

me: ma....*with slow voice*
mama: kenape ni??? hey, whats going on??
me: ma...orang sedih ni...kenapa dia wat orang cam nie? ape salah orang ma???*crying*
mama: kakak, stop crying. cerita kat mama ape dah jadi?

bla...bla..bla..and still crying.

mama: brenti la menangis. mama tak faham kakak cakap ape.
me: ma...dia...dia wat cerita pasal orang...dia buruk2 kan orang kat member2 lain.
mama: who?
me: dia la. you know her.
mama: she??
me: yup.
mama: tell me.

2 DAYS BEFORE.

location: lab FPP2.
time: 1.55pm

lab still kosong. tak ramai yang dah sampai. hari ini aku masuk lab awal dari kebiasaan. azam baru. tak nak jadi student paling lambat masuk lab. padahal tu la last session masuk lab. he3.

si dia tak masuk lagi. lambat lagi. aku pergi port aku dengan teman2 selalu lepak. row pertama meja pertama. mengeluarkan segala nota2 dan juga data2 yang akan dia gunakan hari ini.

5 minit berlalu. busan mula melanda diri. lapar. perut mula melagukan rentak2 Aerosmith. mengeluh. aku tongkat kepala dengan lengan. berangan. aku kembali bersandar di kerusi. mata ternampak si dia di pintu lab. senyuman mula terukir di bibir.

me: you..ingat lambat lagi. busan dah ni.
dia: *senyum* awal sikit kan hari ni? you, dah makan?
me: belum. lapar la. *sambil menepuk2 perut*
dia: tak pe. i ada bawak roti untuk you.
me: you dah makan ke?? tak tunggu pon...
dia: belum la. i bawak roti untuk you dengan i la.*sambil mengeluarkan roti dari dalam beg*
me: hehe.. thanks dear.

makan dan makan. walaupun tahu dalam lab makanan dan minuman dilarang bawa masuk.

dia: you...i dengar rumours pasal you.
me: what??? rumours?? 'bout what? *teruja jer nak tau*
dia: i takut you marah. janji jangan tanya orang tu kalau i story kat you.
me: ok. janji. ape dia??
dia: semalam key-ra *bukan nama sebenar* datang bilik. dia cerita pasal prob dia dengan Eve. but then she told me that N******** cakap kat Eve yang you...
me: what she said 'bout me??
dia: you tak buat kerja. assignment sem ni semua dia yang buat sorang2.
me: HaHaHa. *gelak. lagi dan lagi. sampai classmate2 lain pandang pelik*
dia: sihat ke tak ni?? gelak pulak...

aku berenti ketawa. lucu seyh.

me: ok je. sihat la.*still senyum2*
dia: orang buat fitnah pasal you la. gelak kenapa?
me: ok2. stop gelak.*tarik nafas dalam2* dia cakap ape lagi?
dia: key-ra bagitau tu je. dia cakap eve yang cerita. yang lain dia cerita sal prob dia dengan Eve.
me: key-ra percaya ke??
dia: tak la. dia kan tau you camne. dia kan ada masa you struggle sorang2 buat assignment SM dulu.
me: good. who else knows about this?
dia: don't know.*jungkit bahu* asl you gelak??
me: funny.
dia: its not funny la. tak kan tak marah kot? geram ke? kan orang mengata you??
me: no need to worry. people around me know who i am. terpulang orang nak percaya atau tak.
dia: ye ke? tak takut orang mengata you?
me: tak. lagi banyak diorang kata i...lagi banyak pahala yang i dapat dan lagi berat bahu kiri diorang.
dia: good. thats my girl.but...are you sure you ok? ish ...i pulak yang sakit hati dia kata you camtu. you asal rilex je?? buat la...

then the conversation end like that when Dr. Thi enter the lab.

geram?? memang la geram. sakit hati lagi la. tapi seriously aku tak terasa nak marah pon. kenapa? entah. aku sendiri pun tak taw. bila tak ada perasaan nak marah mula la hati pon tak senang. siapa cakap marah2 tak elok?? bagi aku dengan memarahi sesorang kita mampu manghilangkan beban di minda. kalau tak camni la. down berterusan. 2 hari aku fikir motif dia buat fitnah macam tu.minda aku tak fikir lain. hal yang tu je. dan hari2 terpaksa menjadi drama queen. berpura2 takde apa2 yang berlaku. senyum sentiasa terukir. padahal hati pedih nak mati. minda pulak tak mampu berkembang. asyik fikir motif cerita yang sedang disiarkan kat radio2 swasta. sampai satu tahap aku rasa kecewa sangat2 sebab aku berteman dengan dia. kenapa aku tak mampu melihat sifat dia dari sem 1 sepertimana aku melihat sifat eve dan sofy?? kenapa aku tak rasa tak nak berteman terlalu rapat seperti mana aku tak nak berteman dengan sofy?? kenapa ya?

susahnye nak percaya bila teman sendiri buat macam tu. mungkin anda semua akan kata jangan mudah percaya. berdosa kalau tuduh dia buat camtu padahal dia tak buat pun. ye. aku tau berdosa menuduh orang bukan2. tapi kepercayaan aku kat dia dah lama terhapus bila aku terima mesej itu. ya mesej yang termasuk dalam inbox hp aku. mesej yang tersalah hantar itu. mesej yang mengata aku. kerana mesej itu kepercayaan itu terhapus.

hmm...tak per la mungkin ada hikmah disebaliknya. aku terima segala ujian Allah dengan hati terbuka. DIA takkan menguji kita melain kan DIA yakin yang kita mampu menghadapi segala ujiannya.

bak kata mama. bertindak bagaimana matangnya minda kita. bertindak setinggi mana pendidikan kita. tak perlu marah. tak perlu cepat melatah. hadapi dengan tenang. biar saja dia menjadi penglipur lara di bumi ini. untuk membuatkan kita gembira dengan setiap butir bicaranya.

well, after a deep conversation with mama. i feels more rilex. dah takde lagi rasa sakit hati.dah takde lagi rasa nak sepak sampai mati. semoga diri ini kuat dan tabah untuk menghadapi segalanya. aku harap minda ini sentiasa bertindak rasional bukan bertindak seperti budak2.

kamu. ye kamu. kamu yang layak aku gelar pokerface. ingatlah hukum itu takkan pernah lari dari mengejar kamu. bersyukur saja andai waktu itu kamu manghadapi perkara yang sama seperti aku.


p/s:- thanx ma for always be by my side. for always listen to my problem. love you.

Monday, April 5, 2010

......

semalam aku menangis. tapi dalam hati je. hari ni menangis lagi. lagi. dan lagi. tapi kali ni bukan lagi dalam hati. menangis macam mana budak2 menangis. menangis macam seseorang yang kita sayang sangat2 dah tinggalkan kita buat selamanya. menangis yang ada air mata. mesti korang faham kan?

kelakar? memang kelakar. sebabnya aku menangis untuk manusia2 yang aku sendiri tak pasti sama ada diorang akan menangis untuk aku atau pun tidak. agak2 korang, korang nangis tak kalau aku dah takde??

membuang masa kan menangis untuk manusia2 yang tak berapa menghargai kita. maaf kamu semua. selepas ini aku tak akan bazirkan air mata aku untuk kamu semua. tak kisah la korang nak kata aku hati batu atau apa saja. kata la apa saja. aku tak mungkin kan terasa lagi. hati ini dah kebal. hati ini sudah keras. hati ini tak mungkin lagi lembut. diri ini juga tak mungkin akan lemah. seperti dulu2. maaf.~~

Sunday, April 4, 2010

hukum itu~~

kat sini hujan. lebat sangat2. sama lebat dalam hati aku. tak taw kenapa. hanya hati yang mampu menangis. menangis tanpa ada air yang mengalir. aku tak taw kenapa jadi cam ni?

korang mungkin nampak aku okay. hari2 senyum bergelak bagai. tapi korang tak taw betapa sakit hati aku. korang tak nampak betapa tak okay nye aku. korang tak mampu melihat apa yang aku rasa. dan korang juga mungkin tak akan mampu merasa sakit yang aku tanggung. layak ke aku panggil diorang sahabat?? betulkan orang cakap kawan ketika senang banyak sangat tapi bila kita menangis kawan tu hilang. macam angin. cepat je berlalu. tak taw samada ke barat atau timur. mungkin juga ke selatan atau utara. hanya diorang yang tawu kat mana diorang hilang kan diri.

aku tak taw kenapa aku semakin rapuh. aku tak taw kenapa aku semakin sensetif. aku sendiri tak faham kenapa aku suka simpan sorang2. dan akhirnya aku sendiri yang akan sakit. kenapa aku tak boleh jadi macam dia?? berterus terang bila tak suka. meluahkan apa2 saja tanpa mengira perasaan orang disekeliling. kenapa ye??sebab..aku adalah aku. aku bukan dia atau sesiapa sahaja. aku tak mampu melukakan perasaan orang macam dia. aku tak reti buat orang benci dengan aku. dan aku tak suka bila ada orang benci aku.

kamu. kamu yang mengaku kawan, teman dan yang paling hebat mengaku kamu adalah sahabat. kenapa perlu layan aku macam ni?? kenapa hanya aku yang ingatkan korang?? kenapa hanya aku yang pentingkan perasaan korang? dan kenapa hanya aku yang perlu jaga hati korang? korang tawu tak...sekarang aku rasa macam aku je yang sayangkan hubungan kita. korang?? korang macam rileks je kan. yer, mungkin korang tak kesah kalau aku ada atau pun tidak. sebab korang ada insan lain yang korang sayang dan menyayangi korang. aku?? aku hanya ada korang yang aku gelar sahabat. kadang2 terasa macam melukut di tepi gantang pulak.

dan kamu. kamu yang sentiasa menyakitkan hati aku. hanya satu mampu aku peringatkan. sila jaga hati dan perasaan aku seperti mana aku jaga hati dan perasaan kamu. aku tak mungkin mampu bersabar dengan apa yang kamu lakukan. aku takut bila kesabaran aku hanya tinggal senipis kulit bawang kamu akan terasa sakitnya nanti. dan aku. aku tak mahu itu terjadi. aku tidak suka orang membenci aku. ingatlah, kita manusia. tak mungkin mampu lari dari apa yang kita pernah lakukan. what goes around comes around. hukum itu perlu kamu ingat.

kepada kamu. tolong lah cepat pulang. aku perlukan kamu. aku perlukan kamu untuk kuatkan semangat aku kembali. aku perlukan nasihat dari kamu. aku pelukan kamu untuk mendengar rasa sakit hatiku. aku perlukan kamu untuk tenangkan aku walaupun aku selalu menyakiti kamu. dan sejujurnya aku tidak malu untuk mengaku bahawa hukum itu kini mengejar aku...

kenapa harus begini??~~

haishhh~~
kali nih dah kali ke 8 aku rasa untuk sem ni aku pegi class yang terang2 lagik dah di cancel kan oleh lecturer2 kesayangan aku.
kenapa la slalu je jadi cam ni??
sampai bila nak jadi pelupa cam ni?
huh~~
penat tau tak..pergi class dengan penuh semangat...sampai kat class..gelap gelita je.
telinga letak kat tapak kaki ke hape?? hadoi...
balik lak terpaksa mengharung hujan.
naseb baik la bawak payung. kalau tak free2 je mandi hujan.

wei..sampai bila harus jadi seorang yang pelupa????
buat reminder pon x guna sebab nye aku tak akan ingat reminder yang aku tulis tu..
tapi yang paling teruk bile aku tengok reminder tu elok jer aku stick kan kat board aku.
depan mata je. hari2 lak tu dok ngadap. haila...
ape sudah jadik dengan otak saya??
huwaaa...~~

Saturday, April 3, 2010

Grand Dinner IBMS~~

Dengan tema dinner "A Night of Glorious and Appreciation with Malaysian Corporate" berserta tema warna biru, semua tetamu harus mengenakan pakaian berwarna biru. tak kisah la even neck tie yang warna biru. as long as ada something berwarna biru kat badan.

So, malam tu aku pakai semua biru. except beg and wedges aku jer. tak kan semua nak warna biru kan? pelik pulak kang. karang orang kata aku over excited lak. my attire just simple. baju kurung yang aku sendiri tak ingat tahun bila aku beli. tak silap la dua tahun lepas. masa raya aidilfitri. ha3. lantak la kan. janji ikut tema. baru atau lama bukan masalah. lagipun kan tak baik membazir. asal selesa sudah. tak nak cite banyak2. just enjoy the pics. have fun.~~

*
*
*
*
*
*
*

* V for Vio*

* HoHo. cam nak celeb chrismast je.*

* ira. aku. aien*

*kami memang begini*

*dan mereka memang begitu*

*love this pic*

*maziah. hawa. aien. aku*

*aku. aien. hani*

* ntah siape yang snap pic ni.*

* the place for the dinner. EDC.*

*mama saya kata jangan main mata*

*mendengar dia menyanyi lagu yuna. dan sebenarnya.*

*biru. biru lagi. dan lagi.*

*meja paling hebat ketika makan. paling banyak pinggan. dan paling havoc.*

*candid lagik.*

*jom minummmm.*

* masih lagi di candid kan.*

*with Dr. Sabariah & family.*

*aku. dan. hani.*

*meja no.6*

* tetamu yang sememangnye hottt.*

*sebahagian daripada tetamu yang hadir.*