CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 4, 2010

hukum itu~~

kat sini hujan. lebat sangat2. sama lebat dalam hati aku. tak taw kenapa. hanya hati yang mampu menangis. menangis tanpa ada air yang mengalir. aku tak taw kenapa jadi cam ni?

korang mungkin nampak aku okay. hari2 senyum bergelak bagai. tapi korang tak taw betapa sakit hati aku. korang tak nampak betapa tak okay nye aku. korang tak mampu melihat apa yang aku rasa. dan korang juga mungkin tak akan mampu merasa sakit yang aku tanggung. layak ke aku panggil diorang sahabat?? betulkan orang cakap kawan ketika senang banyak sangat tapi bila kita menangis kawan tu hilang. macam angin. cepat je berlalu. tak taw samada ke barat atau timur. mungkin juga ke selatan atau utara. hanya diorang yang tawu kat mana diorang hilang kan diri.

aku tak taw kenapa aku semakin rapuh. aku tak taw kenapa aku semakin sensetif. aku sendiri tak faham kenapa aku suka simpan sorang2. dan akhirnya aku sendiri yang akan sakit. kenapa aku tak boleh jadi macam dia?? berterus terang bila tak suka. meluahkan apa2 saja tanpa mengira perasaan orang disekeliling. kenapa ye??sebab..aku adalah aku. aku bukan dia atau sesiapa sahaja. aku tak mampu melukakan perasaan orang macam dia. aku tak reti buat orang benci dengan aku. dan aku tak suka bila ada orang benci aku.

kamu. kamu yang mengaku kawan, teman dan yang paling hebat mengaku kamu adalah sahabat. kenapa perlu layan aku macam ni?? kenapa hanya aku yang ingatkan korang?? kenapa hanya aku yang pentingkan perasaan korang? dan kenapa hanya aku yang perlu jaga hati korang? korang tawu tak...sekarang aku rasa macam aku je yang sayangkan hubungan kita. korang?? korang macam rileks je kan. yer, mungkin korang tak kesah kalau aku ada atau pun tidak. sebab korang ada insan lain yang korang sayang dan menyayangi korang. aku?? aku hanya ada korang yang aku gelar sahabat. kadang2 terasa macam melukut di tepi gantang pulak.

dan kamu. kamu yang sentiasa menyakitkan hati aku. hanya satu mampu aku peringatkan. sila jaga hati dan perasaan aku seperti mana aku jaga hati dan perasaan kamu. aku tak mungkin mampu bersabar dengan apa yang kamu lakukan. aku takut bila kesabaran aku hanya tinggal senipis kulit bawang kamu akan terasa sakitnya nanti. dan aku. aku tak mahu itu terjadi. aku tidak suka orang membenci aku. ingatlah, kita manusia. tak mungkin mampu lari dari apa yang kita pernah lakukan. what goes around comes around. hukum itu perlu kamu ingat.

kepada kamu. tolong lah cepat pulang. aku perlukan kamu. aku perlukan kamu untuk kuatkan semangat aku kembali. aku perlukan nasihat dari kamu. aku pelukan kamu untuk mendengar rasa sakit hatiku. aku perlukan kamu untuk tenangkan aku walaupun aku selalu menyakiti kamu. dan sejujurnya aku tidak malu untuk mengaku bahawa hukum itu kini mengejar aku...

0 comments:

Post a Comment