CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 16, 2011

Tuesday, February 15, 2011

::: This Guy Made Me Stayed Up All Night :::

bismillahirrahmanirrahim

salam.
okay okay...seriously I'm in love with him. hahaha. love with all his video, to be exect!! hehehe.

he's name Luthfi a.k.a matluthfi90 in his YouTube account. a Malaysian citizen but still studying in Aussie. well, I think he's from northern Malaysia. *kalau dengar dari loghat dia tu la kan*  younger than me and just same age with my brother. and I don't think I fall in love with him just like what Nik told me last night when I post some of his videos in my Facebook wall. 

and yeah, he's cute. believe me. hah-ha.

actually, he's a YouTuber who are always made a very funny and creative videos. I stayed up all night long until morning just to watch his videos. yeah, believe me...'till morning. M.O.R.N.I.N.G !! oh, he's also has a lot of friends which I guess it must be his fans. 

oh yer, actually aku jumpe vids dia dalam Facebook member aku. dah agak lama la. masa mothers day last year. hahaha. lama kan? lepas tu adalah member aku post lagi dua video dia. aku try subscribed vids dia dari YouTube tapi tak jumpa...and then, kelmarin member aku post satu lagi vids dia. the latest one. hah, ape lagi aku terus subscribed la. finally, I found him. ho yeahhhh. he's too damn funny. plus, he's quite adorable. hahaha. *maaflah, penyakit gedik dah datang balik*

watching his video make me wanna laugh out so hard. seriously. tapi tak jadi la nak buat macam tu..kang gelak kuat kuat ada pulak yang datang teman gelak sekali. kan ke haru. hehehe. all his videos are worth watching...its make all your stress gone.  he's soooo funny. 

so, here are a few of my fav videos...but maybe all of you like to watch all of his videos here... do watch them.

okay, enjoy watching some of my fav videos that I selected... =]

:: Cuti Sekolah Bersama Adik ::

kalau korang rasa bosan tak taw nak buat ape demi mengisi masa lapang cuti sekolah adik korang, bolehlah ikot idea dia. at least takde la adik adik korang bosan je time cuti tu kan.


"tak mau mainlah..macam budak budaklah.."

"aku terror aku teror..hang tak terror..."

"mana ada...hang la terror..."

BAHAHAHA...

:: Jiran Baru ::

aku nak ingatkan korang janganlah jadi macam bapak si akmal nih. 


"mak bapak dia perangai teruk..."

"ayah dia dok balik lewat malam...jalan terhoyong hayang...minum arak ke hapa...?"

"mak dia pun isap rokok. dok sidai kain pon isap rokok..."

"bapak panas baran...saya tak..."

LOL =D


:: Selamat Hari Ibu 2010 ::

this is the first his video I watched. its so sweet. it was dedicated to his mother during the mothers day last year. just because of this video its made me fall in love to watch all of his vids. ala ala love at the first watch la. hahaha.


"tolong beli buah..kupas buah"

"tolong teman beli baju bundle..."

"tolong recommend krim jerawat walau satu pun tak guna..."

"tolong tanam pokok banyak banyak untuk kami adik beradik buat tiang gol..."

 LOL =D


:: Typical Film/Drama Scenes ::

he's sooo cute when he doing the actress part. damn cute. 


"kawenkan anak you dengan anak I..."

"you tak tahu tak tahu..."

"salah...dia anak Datuk...you anak Tan Sri..."

" sape lagi you sayang? you cakap dengan I..cakap dengan I..."

kahkahkah ;]


:: Nama Pun Sampah ::

okay, this vid so creative. love this one. nih sesuai untuk ditonton especially for those yang suka sangat buang sampah merata-rata. 



:: Top 5 Superheroes ::

well, watch this. it will tell you how to be the no. 1 superheroes.
actually, it just a public service announcement. the way he do it so creative.  



see, told you ha...so, are you ready to be no. 1 superheroes??

::  We Eat Nasi ::

this is tribute to all Malaysian. it was a little insight about our country, Malaysia. 



" now, after more than 50 years of independent, we realize that there's no dangerous sit side by side"

"...and eat together..."

" we learn how to share..."

:: Accept Differences (music) ::

vid ni buat aku teringat kes masa study dulu. tapi lecturer aku tanya pasal genre movie yang kiteorang minat la. hohoho. well, stop condemning just accept all the differences. 


indie?

mainstream?

old song?

...or rasa sayang?


:: Lampu Penyumpah ::

seriously, kalau ada lampu penyumpah macam ni...aku yang akan pergi beli dulu. 



" anda berhasrat untuk menyumpah seseorang? tetapi tiada kuasa yang secukupny untuk menyumpah?"

"... dengan jarak 20km sejam..."

LOL ;-)



:: Mercun Bola Bukan Bola ::

the most funny i watched.


" ko pehal dowh baling kat aku...?tak puas hati jumpe kat luar ar.."

"haram..bapak hang tak ajaq ha dok baling baling barang kat orang?"

" jahat sangat mnatang nih.."

"di balingnya mercun kpada kamik..."

HUAHUAHUA


oh, you guys could watch the rest of his videos in his channel or just subscribed him.* I did already*  hehehe. can't wait for next video. haha.


Tuesday, February 8, 2011

::: say NO to abortion :::

bismillahirrahmanirrahim




salam. cubba korang tengok gambar kat atas tu. itu adalah proses melakukan pengguguran. huuuu..seram tak? seram kan? plus, sangat kejam tahu. aku yang tengok gambar ni masa mula mula tadi pun dah rasa semacam je. tak sanggupnak tengok lama lama kot. sakit satu hal. membunuh satu hal. kesian kot kat baby tu. serius aku tak faham kenapa ada yang sanggup buat macam ni. no wonder la mom-to-be say it so hurt. nauzubillah min zalik. 


::: korang sanggup kahwin kontrak??? :::

bismillahirrahmanirrahim




salam. 
hah, aku nak cerita sikit la pasal kahwin kontrak ni. korang perasan tak kalau kita baca novel novel melayu, terutamanya, atau cerpen cerpen la kan mesti banyak yang buat jalan cerita yang berkaitan dengan kahwin kontrak kan? pernahkan masa dulu dulu aku pernah terfikir kalau ada yang tawarkan aku duit untuk kahwin dengan dia secara kontrak aku akan terima. okay aku mengaku aku agak materialistik. serius weih. itu semua masa aku terpengaruh dengan novel novel yang aku baca masa muda remaja dulu. ececece..macam sekarang ni sangat tua je gayanye. heh, aku sedar diri okay. eh eh back to the topic okay. 

dulu dulu masa aku sekolah aku rajin sangat sangat baca novel. aku sanggup tak makan masa rehat kat sekolah semata mata nak simpan duit beli novel. elaun yang my dad bagi tiap tiap bulan pun aku sanggup simpan semata mata nak beli novel. sebulan aku beli 2 3 buah novel. sangat obses kan? aku pun tak sedar betapa gilanye aku time tu. first novel melayu yang aku beli adalah bicara hati. cerita tentang kahwin kontrak la. dari situ la aku taw kewujudan kahwin kontrak nih. tapi masa tu aku tak tahu lagi hukum kahwin kontrak ni samada di benarkan dalam Islam atau tidak. sebabkan tak tahu hukumlah sampai aku pernah pasang angan angan untuk kahwin kontrak kalau ada yang ajak aku buat macam tu. masa tu aku cuma fikir habuan yang aku akan dapat dari perkahwinan tu. hah, betapa ceteknya pemikiran aku time tu kan? mesti akan ada yang akan kata aku main main kan masa kelas agama kat sekolah. well, tak kisah korang nak kata apa apa pun. lagipun masa sekolah dulu aku tak minat tentang bab perkahwinan dalam subjek pendidikan islam tu sebab aku tak terpikir kearah perkahwinan lagi. plus, aku tak suka ustaz yang ajar kelas aku tu. hari hari dia akan cakap pasal politik. well, almost 70% dari time kelas dia akan cakap pasal politik. dan aku menyampah sangat sangat. sebab tu aku tak tumpu perhatian tentang ape yang dia ajar. aku akan belajar sendiri berpandukan buku rujukan yang aku beli. itu lebih masuk dalam kepala aku. dan, keputusan untuk subjek P.I. aku tetap bagus. still dapat A. riaknyeee aku. 

tapi mujurlah aku baca sebuah lagi novel yang aku pinjam dari member aku and still tentang kahwin kontrak. cuma dalam tu adalah bab yang menerangkan bahawa kahwin kontrak atau nikah mut'ah tu diharamkan dalam agama kita berdasarkan ijmak atau kesepakatan ummah melainkan dalam Syiah Imamiah. untuk lebih banyak lagi penerangan lebih lanjut tentang topic ni sila silalah ke forum ni

tapikan sekarang nih kalau di fikir fikir balik..rasanya aku tak mau la kahwin kontrak nih. kau gila??? bagilah aku juta juta dollar pun aku tak mau. dosa satu hal..kalau parents aku tau satu hal. habis kena pancung la kepala aku dengan pedang samurai abah. orang mengata satu hal. family mertua mengutuk aku pompuan mata duitan satu hal. dan satu hal lagi...macam mana kalau aku dah jatuh cinta tahap dewa kat laki kontrak aku tu? lepas tu kena cerai..waaaaa....kompem aku melalak kalah mariah carey lepas tu. tambah satu hal lagi kalau dah ada anak. aku tak nak la anak aku hidup dalam broken family. uish...nauzubillah min zalik. 


p/s:- saya sangat gedik sekarang ni untuk membina masjid dengan dia. lalalalala. tapi dia tak mungkin menginginkan perkara yang sama. =[


::: My BFF solemnization :::

bismillahirrahmanirrahim.

salam. hye olls. oh yer, hari ni aku nak cerita pasal majlis pernikahan sahabat aku, Cik eh, bukan Puan Raihan. pada 4 Febuari haritu dia dah selamat di ijab qabulkan dengan suami tercinta. well, congrats to them. majlis pernikahan diorang dijalankan dalam keadaan yang sederhana. ok la tu kan...bukan artis atau anak orang VVIP nak buat grand grand. lebih baik bersederhana. lagipun baru majlis pernikahan je. majlis resepsinye, insyaALLAH, dalam bulan Mac ni.  kita doakan semoga semuanya berjalan lancar. amin.

owh yer, pada majlis tersebut my bestie selamat bergelar isteri kepada Encik Hafizul dengan sekali lafaz sahaja. hahaha. eh, apesal aku gelak? biar la aku dah malas mau tekan backspace. tapi kan korang tau tak..masa majlis akad nikah tu dijalankan aku pulak yang nervous. apesal eh?? hahaha. serius. lepas Encik Hafizul berjaya menjawab dengan hanya sekali lafaz aku rasa lega. serius. macam aku pulak yang nikah kan?? gile lah. finally selamat juga sahabat aku yang sorang ni membina masjid dengan pilihan hati dia. rasanya macam semalam je aku temankan dia buat blind date dengan Encik Hafizul tu. kahkahkah. bila ingat balik kisah tu aku akan gelak sorang sorang. serius weih. masa tu kiteorang upper six. dah tu diorang buat blind date kat lake garden okay. sangat hindustan kan? eh. bukan bukan...macam zaman zaman filem P.Ramlee jumpa Cik Salmah kat taman bunga je. hahaha.

hermm...dua orang my BFF dah selamat membina masjid diorang. seorang on the way. maybe end of this year, insyaALLAH. seorang lagi dalam perancangan untuk majlis mengikat. bahasa standard nye bertunang la. seorang lagi tak tahu bila. calonnya dah ada. aku??? aku sendiri belum ketemu jawapan yang sesuai. hahaha. maybe in 5 years lagi. eh, dah la...malas mau mengarut lebih2. so, just enjoy the pics we got in the solemn ceremony. =]

*ni masa upaca pembatalan air sembahyang yo*
*ni masa pose standard yang akan disuruh oleh photograper. hahaha*
*here we are*







p/s:- aku benci bila orang tanya bila aku mau kawen. huh!!


Thursday, February 3, 2011

:::From Taiping Lake Graden with Love :::

bismillahirrahmanirrahim

salam.
tadi petang, eh, petang semalam keluar dengan cik aan dan cik bella.
saje2 keluar before cik aan tu tukar jadi puan aan. hahaha.
lepas melepak makan bakso kat kedai cik erni *kedai mak dia sebenarnye*
kiteorang takde hala tuju. so melepak sekejap kat lake.
memandangkan keadaan yang sekejap hujan sekejap tak tu...so sekejap je la kiteorang melepak.
lagipun tak cukup korum mahjung.
lagi tiga sahabat aku tak dapat cuti.
so, kurang happening la aktiviti melepak semalam.
oh, yer Taiping sekarang musin hujan * eh, aku rasa seluruh Malaysia tengah hujan kan?*
jadi sangat2 la best sebab matahari macam malu2 je nak keluar.
dan sangatlah best kalau nak jalan2 kat lake or zoo Taiping.
bunga tulip pon tengah musim berbunga sekarang ni.
eh, dah la malas nak merepek banyak2.
so, here it is. our photo. 
enjoy!!!


 *cik bella & cik aan*









 




p/s:- thanks to Malaysia gov sebab dah hantar bantuan untuk bawa keluar rakyat kita di Egypt. 

Wednesday, February 2, 2011

::: Kisah rusuhan di Egypt & nasib rakyat Malaysia :::

bismillahirrahmanirrahim


salam. hurmm...rasanye semua dah taw ape yang jadi kat Egypt kan. rusuhan yang semakin menjadi2. aku yang dengar kat sini pun risau semacam. eh, serius aku risau. seorang teman aku yang masih menuntut masih disana. tak tahu khabar berita. sabtu lalu, segala bentuk komunikasi telah diputuskan. jangan harap lah diorang boleh bersms, call out, ber'facebook' dan ber'twitter' lagi dah. semua telah diputuskan sepenuhnya  hanya receive call dan radio je yang still available. itu dua hari yang lalu. sekarang tak tahulah masih boleh terima panggilan atau tidak. bila tengok laporan berita risau gila kot. sekarang nih pun polis tak lagi mengawal keadaan disana dan telah di take over oleh pihat tentera. dan kelmarin seramai 6000 banduan telah terlepas dari penjara. harga barang makanan semakin mahal sedangkan bank2 disana juga telah dirompak dan mesin2 ATM telah dimusnakan. bagaimanalah nasib rakyat2 Malaysia disana agaknya ye? semoga mereka selamat. *semoga dia juga selamat* 

tadi tengok berita kat TV3 ramai parents yang meluahkan rasa tak puas hati dan rasa bimbang diorang. sedangkan aku yang tak ada ape2 hubungan nih pun risau apetah lagi ibu bapa yang sememangnya mempunyai hubungan yang rapat tu kan. negara lain dah sibuk bawa rakyat diorang keluar dari sana yang kerajaan kita ni sibuk dengan hal banjir. eh, maksud aku bukan banjir tu tak penting. penting jugak. mangsa2 banjir tu still rakyat Malaysia...tapi mereka2 yang di Egypt tu bukan rakyat Malaysia juga kah? mengapa harus dilewatkan usaha membawa mereka keluar dari sana? sedangkan keadaan disana lebih mengancam nyawa. atau adakah itu adalah cara mereka untuk memancing undi bagi election yang akan datang? apakah benar yang membawa keuntungan itulah yang akan didahulukan? agak2 la... okay aku malas nak ulas lebih2 hal politik nih. 

semalam aku ada baca dan dengar laporan berita tentang usaha kerajaan nak bawa keluar rakyat Malaysia dari Egypt dan pindahkan mereka ke negara2 jiran Egypt seperti Arab Saudi, Jordan, Libya, etc. okay, persoalan aku sekarang wajarkah tindakan untuk meletak dan memindahkan mereka ke negara2 tersebut? mengapa tidak dibawa pulang ke Malaysia terus? bagi aku, mereka seharusnya dibawa pulang ke Malaysia je. memang tak salah kalau kerajaan nak teruskan dengan plan asal tu..tapi yakin ke negara2 tersebut selamat? kita sendiri pun tak tahu kadar keselamatan kat negara2 tu sekarang ni macam mana. so, ada baiknya kalau diorang dibawa pulang terus ke Malaysia. Family diorang pun tak risau, kan? dan kerajaan pun takkan dituduh dengan pelbagai kata2. malah mungkin akan mendapat pujian. who knows...

oh, yer mungkin ada yang tak tahu punca2 terjadinya rusuhan dan keadaan sebenar pelajar2 Malaysia di Egypt tu... ni aku dapat dari mimpisibunga dan ariffshah yang aku baca semalam. sebagai pertambahan maklumat korang tentang keadaan disana sila2lah melawat mereka berdua.

Punca sebenar rusuhan di Egypt 


Selasa, 25 Jan 2011 - Rakyat Mesir mulai bangun untuk memprotes kerajaan. Bermulanya "Hari Kebangkitan Kemarahan" (Day of rage).


Rabu, 26 Jan 2011 - Protes berterusan masuk hari kedua.



Khamis, 27 Jan 2011 - Mesir menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi. Semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak boleh digunakan.



Jumaat, 28 Jan 2011 - Ketua Menteri Mesir, Mubarak mengumumkan akan menubuhkan kerajaan yang baru. Berlakulah "power of void". Negara yang tiada pemimpin.



Sabtu, 29 Jan 2011 - Penggunaan radio (morse code) membantu Mesir berhubung dengan dunia luar



Ahad, 30 Jan 2011 - Stesen TV, Al Jazeera ditutup.
                              - Kedutaan US di Cairo meminta warga amerika untuk tinggalkan Mesir
                               - Hillary Clinton meminta Mesir menghala ke arah demokrasi.


jadi sebagai rakyat yang prihatin marilah kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat kita di Egypt. semoga mereka sentiasa dibawah lindungan-Nya. dan sama2 la kita doakan keselamatan mereka agar bantuan untuk membawa mereka keluar dari Egypt dipermudahkan-Nya. insyaALLAH. 

dan doakan jugalah keselamatan mangsa2 banjir di negara kita nih. semoga mereka juga sentiasa dilindungi oleh-Nya. InsyaALLAH.

amin ya rab al-amin.


p/s:- oh, yer jangan lupe doakan keselamatan sebahagian rakyat kita di Queensland, Australia yang tengah dilanda banjir sekarang ni.