CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 2, 2011

::: Kisah rusuhan di Egypt & nasib rakyat Malaysia :::

bismillahirrahmanirrahim


salam. hurmm...rasanye semua dah taw ape yang jadi kat Egypt kan. rusuhan yang semakin menjadi2. aku yang dengar kat sini pun risau semacam. eh, serius aku risau. seorang teman aku yang masih menuntut masih disana. tak tahu khabar berita. sabtu lalu, segala bentuk komunikasi telah diputuskan. jangan harap lah diorang boleh bersms, call out, ber'facebook' dan ber'twitter' lagi dah. semua telah diputuskan sepenuhnya  hanya receive call dan radio je yang still available. itu dua hari yang lalu. sekarang tak tahulah masih boleh terima panggilan atau tidak. bila tengok laporan berita risau gila kot. sekarang nih pun polis tak lagi mengawal keadaan disana dan telah di take over oleh pihat tentera. dan kelmarin seramai 6000 banduan telah terlepas dari penjara. harga barang makanan semakin mahal sedangkan bank2 disana juga telah dirompak dan mesin2 ATM telah dimusnakan. bagaimanalah nasib rakyat2 Malaysia disana agaknya ye? semoga mereka selamat. *semoga dia juga selamat* 

tadi tengok berita kat TV3 ramai parents yang meluahkan rasa tak puas hati dan rasa bimbang diorang. sedangkan aku yang tak ada ape2 hubungan nih pun risau apetah lagi ibu bapa yang sememangnya mempunyai hubungan yang rapat tu kan. negara lain dah sibuk bawa rakyat diorang keluar dari sana yang kerajaan kita ni sibuk dengan hal banjir. eh, maksud aku bukan banjir tu tak penting. penting jugak. mangsa2 banjir tu still rakyat Malaysia...tapi mereka2 yang di Egypt tu bukan rakyat Malaysia juga kah? mengapa harus dilewatkan usaha membawa mereka keluar dari sana? sedangkan keadaan disana lebih mengancam nyawa. atau adakah itu adalah cara mereka untuk memancing undi bagi election yang akan datang? apakah benar yang membawa keuntungan itulah yang akan didahulukan? agak2 la... okay aku malas nak ulas lebih2 hal politik nih. 

semalam aku ada baca dan dengar laporan berita tentang usaha kerajaan nak bawa keluar rakyat Malaysia dari Egypt dan pindahkan mereka ke negara2 jiran Egypt seperti Arab Saudi, Jordan, Libya, etc. okay, persoalan aku sekarang wajarkah tindakan untuk meletak dan memindahkan mereka ke negara2 tersebut? mengapa tidak dibawa pulang ke Malaysia terus? bagi aku, mereka seharusnya dibawa pulang ke Malaysia je. memang tak salah kalau kerajaan nak teruskan dengan plan asal tu..tapi yakin ke negara2 tersebut selamat? kita sendiri pun tak tahu kadar keselamatan kat negara2 tu sekarang ni macam mana. so, ada baiknya kalau diorang dibawa pulang terus ke Malaysia. Family diorang pun tak risau, kan? dan kerajaan pun takkan dituduh dengan pelbagai kata2. malah mungkin akan mendapat pujian. who knows...

oh, yer mungkin ada yang tak tahu punca2 terjadinya rusuhan dan keadaan sebenar pelajar2 Malaysia di Egypt tu... ni aku dapat dari mimpisibunga dan ariffshah yang aku baca semalam. sebagai pertambahan maklumat korang tentang keadaan disana sila2lah melawat mereka berdua.

Punca sebenar rusuhan di Egypt 


Selasa, 25 Jan 2011 - Rakyat Mesir mulai bangun untuk memprotes kerajaan. Bermulanya "Hari Kebangkitan Kemarahan" (Day of rage).


Rabu, 26 Jan 2011 - Protes berterusan masuk hari kedua.



Khamis, 27 Jan 2011 - Mesir menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi. Semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak boleh digunakan.



Jumaat, 28 Jan 2011 - Ketua Menteri Mesir, Mubarak mengumumkan akan menubuhkan kerajaan yang baru. Berlakulah "power of void". Negara yang tiada pemimpin.



Sabtu, 29 Jan 2011 - Penggunaan radio (morse code) membantu Mesir berhubung dengan dunia luar



Ahad, 30 Jan 2011 - Stesen TV, Al Jazeera ditutup.
                              - Kedutaan US di Cairo meminta warga amerika untuk tinggalkan Mesir
                               - Hillary Clinton meminta Mesir menghala ke arah demokrasi.


jadi sebagai rakyat yang prihatin marilah kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat kita di Egypt. semoga mereka sentiasa dibawah lindungan-Nya. dan sama2 la kita doakan keselamatan mereka agar bantuan untuk membawa mereka keluar dari Egypt dipermudahkan-Nya. insyaALLAH. 

dan doakan jugalah keselamatan mangsa2 banjir di negara kita nih. semoga mereka juga sentiasa dilindungi oleh-Nya. InsyaALLAH.

amin ya rab al-amin.


p/s:- oh, yer jangan lupe doakan keselamatan sebahagian rakyat kita di Queensland, Australia yang tengah dilanda banjir sekarang ni.

0 comments:

Post a Comment