CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 16, 2010

:::Mesti semua pernah buat macam meon & sop ni, kan? :::

bismillahirrahmanirahim

salam, juz wanna share this article. got it from iluvislam.com. i'm just repost it in here. semoga ia dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada semua. insyaALLAH. enjoy gys. =]

Mata oh Mata, Kenapa Engkau Liar?

Babak 1

Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.

Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..

Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?

Babak 2

Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB).

Sop: Eh, ada gadis mcam dalam KCB la...

Meon: Mana? Mana? Mana?

Sop: Tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..

Meon: Ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?

Babak 3

Sop dan Meon menyambung kembara cuti musim bunga mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.

Sop: Astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !

Meon: Eh ye ke? Yang mana satu? Yang skirt oren tu ke?

Sop: Tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..

Meon: Ha ah la..betul lah cakap kau...

Ada apa dengan mata?

Untuk jadi hebat, kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.

Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.

''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''

Allah berfirman :

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [Surah Al-Mulk :12]

Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gambar-gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya. Kita bila lagi?

Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.

Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram.


the original article -----> Mata oh Mata, Kenapa Engkau Liar? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Wednesday, October 13, 2010

::: my bad :::

bismillahirrahmanirrahim

salam.

oh, kenapa my bad? 'cause it really my bad la. ha2. pagi ni aii bangun lambat lagi. nasib baik handphone roomate aii memekak pagi2. tengah2 syok mimpi sekali sixth sense menyanyi lagu asmara, menyesal. memang aii menyesal sangat la sebab tidur balik lepas subuh. well, i deserved it. sangat2 padan muka kan. lupa nak set alarm la. bangun2 je dah pukul 8.46 am. memang padan muka kan? kali ini tak boleh nak salahkan alarm dah. nak baling alarm tu laju2 kat dinding pon tak boleh sebab bukan salah dia.

kesan dari keterlambatan bangun itu menyebabkan aii terpaksa mandi tak sampai 5 minit. capai je t-shirt, jeans and cardigan yang sememangnya tak payah gosok. yeah, hari ni otai. kalau jumpa UK kompem kena saman nih. gasak la. aii dah lambat okay. conteng2 muka sikit..tadaaaa...siap dah. naik bus semua pandang semacam je. sebab? aku pakai jeans. so, what? aku senior okay. haHAhahA. riakkan? meh picit hidung aku sampai merah meh.

oh, yer. hari ni aii sound mamat poyo yang aii menyampah tu. hakHaKhAk. peduli hape aii kalau dia marah. he deserve it okay. dah taw orang tengah presentation dia boleh tak silent handphone dia. tau la pakai blackberry. tak payah la nak show off kat satu class. halahai..kan free je aii sound. hoh, tapi kan masa keluar class tu aii tak join la member2 lain. aii ikut tangga lain sebab tak sama destinasi. alih2 kan dia ada kat tangga tu. dia pandang aii semacam je. okay, tipu la kalau aii cakap aii tak takut dengan dia. cuak sekejap la. tapi buat2 berani. mau tak cuak..buatnye dia buat ape2 ke kan..dia nak balas dendam ke...takut woooo...sekali masa jalan sebelah dia aii pon tengok je la dia. ala2 lawan mata gitu...pehHhHhh...dia senyum kat aii. pe jadah entah. nak goda aii ke hape. hoh-ho. perasan habis. sila2 la sepak aii supaya kembali ke alam realiti. MuAhAHHa. orang dah berbudi kita berbahasa je lah. aii tak senyum pon cuma aii buat kening double jerk kat dia. huaAHAHha. then, aii blah cepat2. lagi mau tunggu???

dah,la malas nak merapu panjang2. nak tido dulu la. see ya again. =]


p/s:- tadi dapat markah exam untuk IM. huwaaaa...rasa nak nanges. my result sangat2 best2. tak expect pon boleh dapat marks yang sangat best tu. he3.

::: derita merindu :::


bismillahirrahmanirrahim.


salam.
erm, tak banyak nak cerita.
cuma nak menyatakan rasa rindu yang sangat berat dalam jiwa.
parah sangat dah.
susahnya.

Sunday, October 3, 2010

:::hampeh punye alarm!!:::

bismillahirrahmanirrahim

salam.

tengok tajuk post tu tentu yu olls pahamkan ape yang jadi kat aii pagi tadi. memang hampeh punye alarm. ada ke patut dia tak kejutkan tuan dia yang sweet ni dari tido untuk pergi kelas. hampeh. baling alarm tu laju2 kat dinding. huH!!. pagi tadi kan aii bangun lambat. yu olls taw aii bangun pukul 8.59 a.m. weih, aii bukan saje2 nak bangun lambat taw...aii ngantuk gila gila lah. semua sebab xment. *perghhh. konon2 aii ni baik plus rajin la.panggGggG sekali disitu* nampak je alarm tu pukul 8.59 a.m... aii lompat katil terus. waa..rase nak nangis. amik towel terus lari masuk bathroom. mandi pun entah hape2 entah. gila koboi la. nasib blouse dah gosok bagi licin...kalau tak kompem la aii pakai t-shirt dengan sweater je. tu pun atas je formal...bawah aii blasah seluar jeans jugak. nasib la kan...siap2 je terus turun tunggu bus nak pergi class. nasib baik tak ramai orang. jimat masa aii. sampai je class ayahanda tersayang dah start lecture dah. haish..lemah sekejap aii..mau tak lemah...malu la nak masuk lecture hall bila dah lambat nih..malu taw..aii kan gadis yang pemalu. plus, sopan santun lagi. jalan pun mata tengok bawah. MiaHaHAhaHa. meh sepak aku meh. melampau2 je. aii tak macam tu la. aii masuk buat derk je. class ayahanda tersayang kan...haruslah buat berani..heHEhe. tapi yang aii tak suka adalah..bila semua orang akan pandang orang yang masuk lambat tu..tetibe je aii rasa populariti ayahanda tersayang berada di tangga yang paling bawah. haHAhA. sorry yer ayahanda. nasib baik ayahanda tak cakap ape2. kalau tak malu aii.

dah la. malas nak menaip banyak2. nanti lagi banyak aii merapu. haHAha. nak tido dulu.nite olls. bye bye. salam semua. =]


p/s:- aii rindu la kat bintang aii. dah lama hilang. mana encik bintang pergi?

:::lelaki vs. payung:::


bismillahirrahmanirrahim

salam.

tajuk post macam hape je kan? eh, suka hati aii la yu...inikan blog aii. MuaHaHaHa. tadikan masa dalam class policy aii tanya la kat classmate i kenapa boys slalu tak suka guna payung? even time hujan. korang perasan tak *tu pon kalo korang perasan la* kenapa lelaki jarang bawak payung. dalam hujan pon lebih rela berlari berkejaran meredah hujan. kan? kan? lepas tu kan coursemate aii jawab macam nih...

"ala, tak macho la kalau boys guna payung. lelaki auw auw je guna payung nih. boys macam i redah je hujan tu. biar basah. sexy taw..."

erk...apakah? pangggg di situ. waklu sexy. menyakitkan mata masyarakat adalah. body kalau macam body fahrin ahmad aii rela gak nak tengok. kalau body cam papan lapis mau muntah kelabu aii. hampeh je member aii tu.

*geli seyh...tengok uncle nih punye body. banyak bulu. yekkksss!!~~*


korang nak tau tak nape aii tetibe je tanye member aii soalan tu? sebab kan...sebab aii nampak mamat poyo yang aii benci tu bawak payung dalam beg dia...very de auw auw yu...MuaHaHAha. siap corak abstrak lagi. wana purple yu. ha3. aii pon takde kaler maler nih semua. kompem la aii pakat gelak tak henti dengan gang2 aii. haila..mamat tu kalau tak menyakitkan hati...mest buat aku nak gelak tak berenti2.