CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 30, 2011

::: bukan mudah menjadi seorang ibu :::

bismillahirrahmanirrahim

okay, entry kali ini aku buat hanyalah berdasarkan perspektif aku. pandangan aku. thats all. tak ada kena mengena dengan orang orang lain. especially kaum ibu. aku tergerak hati nak luahkan pandangan aku kat sini hari ini. hari ini aku terpaksa babysit cousin aku yang baru berusia 3 tahun plus plus. almost 4 years old la. her mom just delivered her lil brother. so still stay kat wad la. bukan senang nak babysit seorang budak perempuan yang terlalu aktif ni. plus, terlalu becok dan sangat sangat banyak kerenah. plus, she's quite bossy. nak nak pulak aku sorang je yang babysit dia. my mom macam biasalah banyak hal nak kena settle. lepastu pergi ziarah my aunt kat hospital with her lovely sisters.  

sebenarnya aku bukan suka sangat dengan budak budak ni. the truth. tapi disebabkan aku sorang je yang free so nak tak nak kenalah babysit budak ni. lunch demand gila. tak ade buah epal tak nak makan. nasib la papa dia dah sediakan siap siap masa hantar anak dia.dahtu, makan pulak kena bersuap. serius aku menyampah. time tu aku rasa gile funny la. aku imagine macam manalah aku layan anak aku nanti. BaHAhaHa. penuh kasih sayang ke? just wait and see when the time comes. ;) okay, settle bab makan aku bukak tv. suruh dia tengok tv sambil sambil tu aku tepuk la peha dia slow slow. bajet nak suruh tidur la. uish...dah dekat sejam tak tidur tidur lagi. lagi sekali aku menyampah. then aku bawak dia masuk bilik aku. aku bukakkan tv untuk dia. cerita kartun ape aku tak taw. aku pulak terus surf internet. dia rilex je atas katil aku. tetiba dia dah start mulut becok dia tu. 

dia: kakak, kenapa dalam rumah ni ada kucing je? *maksud dia kenapa aku bela kucing je*

aku: sebab kucing comel. *aku terus balas komen komen kat FB aku. malas layan*

dia: anjing pun comel. kenapa tak jaga?

aku: sebab orang Islam tak boleh bela anjing. 


duhhh. serius aku tak taw nak explain dekat budak yang belum pun berusia 4 tahun ni. speechless sekejap. boleh bayangkan tak budak yang baru nak masuk 4 tahun tanya kat aku soalan macam ni. aku nak explain memang tak tau la macam mana nak bagi dia paham. karang kalau aku explain macam biasa dia tak paham pulak. tahap pemahaman budak ni bukan sama macam orang dewasa. then dia...


dia: kenapa orang cina boleh jaga anjing? kenapa kita tak boleh? diorang boleh jaga kucing. tapi kita tak boleh jaga anjing? bla..bla..bla...


aku memang tak percaya seorang budak sekecil ni mampu mengeluarkan kata kata macam tu. so, nak tak nak aku terpaksa jugak explain dekat dia satu persatu sampailah dia paham. thank god. syukur alhamdulillah. akhirnya dia senyap dari bersoal jawab dengan aku. faham la kot ape yang aku terangkan.

see, ini baru seorang. aku dah berapa kali speechless. MiaHAhaHaaa. bukan mudahkan menjadi seorang ibu. bagi aku kalau belum bersedia sepenuhnya janganlah berangan nak ada anak. kalau boleh buatlah persiapan dari segi mental dan fizikal. kewangan juga. kalau dapat anak yang terlalu aktif. kita juga perlu menjadi aktif. kalau dapat anak yang terlalu becok. kita harus tahu mengawal mereka. kita harus tahu menegur mereka. persiapan mental pun penting. sebagai seorang ibu bagi aku kita harus lebih bijak dari mereka. bukan sahaja bijak dalam mendidik anak anak. tapi harus bijak mengawal emosi dengan setiap kerenah mereka. kita harus bijak menjawab setiap pertanyaan mereka. kita harus bijak menerangkan kepada mereka setiap persoalan yang diajukan. jangan jadi blur macam aku. teHeeHEee. =]

sebagai seorang ibu or mom to be, kita bertanggungjawab dalam mendidik dan membesarkan anak anak dalam suasana Islam. kita bertanggungjawab untuk menjaga amanah yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT ini.  menjadi seorang ibu bukanlah semudah yang disangka. mengandung, melahir, menjaga, tiba masa kesekolah hantar je then serahkan semuanya kepada guru guru untuk mendidik anak anak. ia tidak semudah itu. seorang ibu bukan hanya bertanggungjawab menjaga keselamatan mereka mahupun mendidik mereka. seorang ibu juga harus bijak mengawal pertuturan mereka. seorang ibu harus menyediakan sumber makanan yang halal kepada anak anaknya agar sihat tubuh badan mereka. seorang ibu harus pandai dalam memerhatikan kecenderungan dan minat anak anaknya. seorang ibu wajib mendidik anak anaknya mengenai adab adab seorang muslim bila mereka sudah mula berakal. seorang ibu harus mengajar mereka akan al Quran dan tanamkan rasa cinta kepadanya. seorang ibu juga harus bijak menanamkan rasa cinta terhadap keperibadian Rasullullah SAW serta sahabat sabahabatnya dalam diri anak anaknya. seorang ibu juga harus membiasakan anak anaknya cara hidup Islam tanpa menyerupai cara jahiliah atau kafir. seorang ibu juga harus tahu memberikan hiburan yang masih berlandaskan cara Islam. hiburan yang diberi jangan sampai melalai dan menyesatkan anak anak. seorang ibu juga harus bijak dalam menghukum dan memberi pengajaran sekiranya anak anak melakukan kesalahan. menghukum ridak perlu sampai menjadi kes penderaan. bukan dengan mencucuh puntung rokok. tidak perlu sampai anak anak patah riuk. cukup sekadar memberi pengajaran.

seorang ulama pernah berkata.

"Didiklah anak anak agar mereka kasih dan takut kepada ibu bapa. jangan kasih sahaja kelak dia akan melawan. dan jangan takut sahaja kelak dia akan benci"


pendek kata seorang ibu harus bijak dan pandai dalam mencorak dan mendidik anak anak nya. bukan mudah menjadi seorang ibu andai diri masih ada compang camping nya. 


p/s:- esok kena babysit budak kecik tu lagiiiii. =[



Tuesday, March 29, 2011

::: BFF gwa kawen :::

bismillahirrahmanirrahim

salam kali ni aku nak share some pics form my BFF wedding reception. beberape aksi tak boleh blah para jelitawan. BahAhahHA. hoh, main main je. tak de la jelitawan sangat pon. :-p


 *the pelamin. simple but nice*

*credit tu aril for this awesome pic*
*the world 'gojes' girl. teeHeeE*

 *kami perosak gambar*

*the bride and bride-to-be*

*para jelitawan*

 *flower girls? miahahaha*

*red devil vs the blues*

 *just married*

 *the most craziest girl in the world*

*the polkadots*

*hohohoyyyy*

*peace*

*the trap*

*its i love you sign not a black metal yow*

*the bride and groom*

*the crazies us*

*otw to her mother in law mansion*

*like u see*

 *yes, i'm the bridesmaid. yaHAhahHa.*

first and will never be the bridesmaid dah in the future. 
cukup la sekali je.
gwa xmau dah.



p/s:- gwa asyik pergi majlis orang je. majlis gwa bile??

::: their solemnization :::

bismillahirrahmanirrahim.

salam.
entry kali ini aku just nak share pics masa majlis pernikahan BFF aku, Pn. Raihan dan pasangan dia. majlis ni dah lama dah. baru sekarang aku teringat nak post. HuHUu.


; )



*the time to make a good pose*





 *T.H.E.Y.*


*see, how gediks she is*

*tak taw ape motif pompuan ni*

*the family*

*Malaysian next top bride, yow!!*



*sweet couple, ever. MiaHahaHA*









::: Selamat Tinggal Kawanku :::

bismillahirrahmanirrahim

salam. tadi gwa pergi tesco store yang dekat denga rumah gwa. nasib baik la dekat dengan rumah gwa.  seriously bored bile kena tinggal kat rumah sorang sorang. mama gua pagi pagi dah balik kampung. abah gwa macam biasalah kerja. adik adik gwa semua sekolah. serius gwa tak paham dengan diorang. apejadah pagi petang sekolah? gwa dulu pon sekolah jugak. tapi takde lah lepak kat sekolah sampai 12 jam sehari. paling lama gwa lepak 86 jam je kat sekolah. orang lain cuti baik punye gwa pulak kena stay kat sekolah. dah la makanan kat dewan makan tak sedap. basuh baju hari hari. gile menyampah gwa time tu. oit, apesal gwa cerita fasal sekolah nih??okay okay back to tesco store. masa gwa nak masuk tesco store tu pak guard tu pandang gwa semacam je. mesti dia bajet gwa selekeh gwa takde duit. takpun dia bajet gwa model profesional kot. BahaHahAHa.  ; ]

masa gwa gwa habiskan kat tesco dekat 2 jam gak la. semua line product kat tesco tu gwa jelajah. gwa sempat kira lagi berapa line rack yang ada dalam tesco tu. masa gwa tengah bajet jadi billionaire kat tesco tu... gwa ternampak mamat handsome yang dah dekat 10 tahun gwa tak jumpa. serius macam dalam filem je gwa rasa. dunia gwa rasa berenti buat seketika. mata gwa tak nampak lain. dia je yang gwa nampak. yang lain lain gwa nampak tak nampak je. gwa jadi patung kat situ. tak bergerak gwa. 
moveless. 
speechless.

huish..selalu gwa jalan jalan kat tesco tu tak penah jumpa pun. pehal hari ni gwa boleh jumpa dia??? gwa ingat dia tak perasan gwa rupenye dia still ingat gwa. dia senyum. dia jalan slow slow. dia datang kat gwa. dia tegur gwa.

dia: lama tak jumpa,kan?

gwa: aah.

dia: sorang?

gwa: yup.

dia:  jalan sekali?

gwa: awek kau?

dia: takde. kau?

senyum.

dan, dia ajak gwa lepak Starbucks.orang belanja gwa ikut je. hoh, tu la first time gwa step in dalam Starbucks Taiping ni. BaHahaHa.

siapa dia? dia adalah crush gwa seploh tahun dulu. masa gwa still muda belia. masa gwa zaman peralihan kanak kanak Scoots Emulsion ke zaman kanak kanak Ribena. masa tu dia pon baru je 15 tahun. MiaHahaHamasa tu bespren gwa yang sekarang gwa dah keluarkan dari senarai gwa pergi bagitaw dia gwa admire dia. masa tu memang gwa malu nak mampos. rahsia gwa bukan lagi rahsia. dan, satu malam dia call Nokia gwa tanya pasal tu. time tu gwa memang speechless gile. nak nak time dia kata dia anggap gwa adik je. hakluuuu...

gwa memang bengang gila khinzir dengan bespren gwa tu. start dari hari dia call tu gwa tak pernah keluar lepak lepak McD dengan dia dah. gwa tak pernah lagi jumpe dia. member gwa dengan member dia semua pelik bile gwa tak lagi lepak and join diorang pergi mana mana. sampai la petang tadi gwa jumpa dia balik. serius kekok nak mampos. rasa macam blind date dengan someone yang gwa tak pernah kenal. berpatah patah dia tanya gwa. sepatah je gwa cakap.

malu gwa sebab kena reject still tak hilang. sakit hati gwa sebab dia reject gwa still ada. luka hati gwa bila dia couple dengan tomboy sama umur gwa masih berdarah. penat gwa try lupa dia masih terasa. serius gwa tak pernah lupa.

masa nak balik dia hantar gwa sampai car park. dan, dia kata...

"you've changed. a lot"

gwa, senyum. gwa balas...

"SELAMAT TINGGAL, KAWANKU"

 gwa terus blah lepas cakap macam tu kat dia. dia buat muka blur lepas gwa kata macam tu. gwa pun tak taw kenapa gwa cakap macam tu. TeeHeeeEe.





p/s:- sebab dia gwa lupe nak beli handbag yang gwa nak. hurmpp.  :-|



Sunday, March 27, 2011

::: aku benci Tomatoman :::

bismillahorrahmanirrahim



salam.
ada sape sape ingat cerita anime ni? yer....Tomatoman. kihKiHkih. serius aku benci cerita ni. cerita ni telah mengajar aku untuk ponteng sekolah setiap hari khamis.aku sendiri tak taw kenapa aku tak mampu kawal nafsu aku tengok Tomatoman ni. aku ingat lagi rancangan ni ditayangkan setiap hari khamis. pukul 3.30 petang waktu Malaysia. masa tu aku baru berumur 9 tahun. dan, masih lagi berada di dalam darjah 3. dan, waktu persekolahan aku pada ketika itu pada waktu petang. berbagai bagai trick aku buat untuk mendapat kepercayaan parents aku supaya aku terlepas dari ke sekolah bila menjelang hari khamis. haHAHahaha. sangat sengal ketika itu. menyampah pun ada sebab aku terpaksa berfikir lebih bijak dari kebiasaan. sampai la suatu hari mama aku dapat kesan aktiviti kurang bermoral aku. dan, sangat mengejutkan sebab mama aku tak marah. *kau orang ingat mama aku baik ke? garang wooooo* sebab musababnya kenapa mama aku tak marah adalah kerana:-

1. aku dianggap kurang normal sebab aku tak suka ponteng sekolah. even aku demam aku still nak ke sekolah. jadi sedikit sebanyak parents aku agak risau dengan tabiat aku yang satu ini. jadi bila aku start ponteng sekolah diorang *especially my mom* tak kisah sangat pun.

2. bila dapat kad laporan peperiksaan bahagian kehadiran aku setiap penggal persekolahan mesti ditulis kehadiran 100%.

3. setiap kali majlis anugerah pencapaian akademik aku salah seorang yang akan naik pentas untuk terima sijil dan cenderamata. kahKAHkah. aku menyampah dan orang pun menyampah tengok muka aku setiap tahun. asyik asyik budak ni takde budak lain ke??

4. setiap tahun aku akan terima sijil kedatangan 100%. haKhaKHak. okay, nih sampai aku form 3 je taw. hurmppp =). except masa aku darjah 3.

5. mama aku sangat menyampah dengan aku yang tak suka ponteng sekolah ni sebab hari hari kena bagi aku duit belanja walaupun aku bawak bekal kesekolah. MiaHahaHa.

dan, sejak kemunculan Tomatoman dalam hidup aku aku dah pandai ponteng sekolah. parents aku dah mula anggap aku seorang budak yang normal sebab dah tak gila pergi sekolah tapi kelegaan diorang tak lama sebab aku start jadi seorang pelajar yang sangat rajin kesekolah selepas Tomatoman tak lagi ditayangkan dia TV2. haHAhaHA. its worry them a lot

dan aku benci Tomatoman yang telah merosakkan rekod kehadiran aku kesekolah pada darjah 3. cikgu cikgu juga mula mengumpat aku. semua mengata aku. baru tak datang sekolah 6 hari dah kecoh. HuHhH!!


Thursday, March 24, 2011

::: 7 tahun yang lalu :::

bismillahirrahmanirrahim


ehsan Google

salam semua. hehehe. lama tak merapu kat blog ni. well, hari ni keputusan SPM 2010 keluarkan? tahniah aku ucapkan untuk adik adik yang dapat keputusan yang cemerlang. semoga terus maju di masa hadapan. yang keputusan ala ala baik tak baik tu berusaha lagi. yang penting ada keinginan untuk terus berjaya. hurmmm...yang tak bagus tu...takpe jangan patah semangat. itu bukan pengakhirannya. mungkin sekarang tak berjaya macam kawan kawan lain tapi ketentuan ALLAH tak siapa yang tahu kan? insyaALLAH akan ada rezeki korang kat bahagian lain. don't worry about that. chill la. =]

bila tengok berita tentang keputusan SPM yang keluar hari ni siang tadi aku teringat kenangan masa ambil keputusan dekat sekolah dulu. hahaha. time ambil keputusan tu aku berkonvoi je dengan dua orang bestfriend aku, erni & betty. my parents aku tak bagi ikut. hehehe. masa pergi hall nak ambil keputusan tu sangat nervous. tapi bila berjumpa kawan kawan dalam hall macam orang gila. especially girls la kan. time tu lah nak laga laga pipi semua. hehehe. sangat best bila mengingati kenangan lama. yelah time tulah nak lepas rindu dekat classmates yang dah lama tak jumpa. semua turun Taiping tak kira la dari KL, Kedah, Penang, dll semua ada. yang dekat Sabah pun sanggup ambil flight semata mata keputusan SPM tu. nasib baik aku budak Taiping je. then, jumpa cikgu cikgu yang penah mengajar kita. *wah, rindunya nak jumpa mama Yati, and  madam Chan, my Bm & english teacher* time tu cikgu yang dulu garang garang pun dah jadi sangat sporting. tambah pulak dengan perasaan kagum bila nampak kawan kawan yang semakin vogue. yelah, selalu nampak biasa je. takde make up segala bagai time prep or kelas tambahan tu. dok pakai baju kurung sekolah, baju kurung yang setahun sekali je tempah, dan baju sukan. tu jelah yang selalu kita tengok. dengan budak budak lelaki yang semakin handsome dengan hair style yang macam macam gaya. yang dulu tak handsome pon jadi handsome. dulu dulu aku tak sedar kewujudan diorang pun kat sekolah. hahaha. seriusly, i miss that moment. owh yer...time tu jugak la masa untuk diorang nak tayang bf & gf diorang. hahaha. yang takde someone special diorang akan tayang adik atau abang yang handsome dan lawa lawa belaka. hahaha. gila sungguh.

keputusan aku tak adalah hebat sangat. biasa biasa je. bff aku pon sama. tapi Alhamdulillah semua ok. takde fail. syukur sangat. lepas ambil result and lepak lepak buat kali terakhir kat sekolah we all pergi bandar pulak. sebab dah janji dengan aan and gee nak lepak kat McD. time tu bila dah berjumpa memang macam orang gilalah semuanye. kalau orang tengok bajet keputusan bagus sangatlah. kononnye. sibuk bincang and tengok syarat syarat kemasukan uni. hahaha. bajet hebat gila. 

dulu kat rumah takde line internet lagi. *eh, ada..tapi abah aku terminate line sebab aku dok online MIRC je. gila geram time tu.* so terpaksalah bertapa dekat cyber cafe atau bahasa mudahnya cc untuk apply UPU. owh time tu boarding school students je yang kena apply online. sekolah harian still guna form. nasib baik pembelian no pin kat BSN tu unit kaunseling sekolah dah tolong belikan. so, tak payah queue up kat bank lama lama semata nak beli no pin or UPU  and polytechic form tu. teheeee...syukur sekali lagi. time tu punyalah seksa nak tunggu web UPU tak jam. kepala tak habis dok buat kira kira nak bayar nanti. sejam dua ringgit. kalau stay sampai 5 6 jam tak ke habis 10% elaun bulanan aku. hahaha. sekarang bila ingat balik..teruknya aku dulu. miahahaha. after 3 months i got an offer to further study in civil engineering. owh, time tu sangat tak sangka taw sebab still boleh continue in civil engineering. yelah. masa SPM, subject lukisan kejuruteraan and civil engineering aku bukan bagus mana pun. tapi syukur Alhamdulillah mungkin itu sebahagian rezeki yang telah DIA tentukan untuk aku. =]

sekarang, semua dah berubah. semua dah habis belajar. semua dah ada life sendiri. dah ada pendapatan sendiri. dan ada juga yang dah ada keluarga sendiri. dan, kawan kawan yang dulu kurang bernasib baik dalam pelajaran dah ada kerjaya yang tak kurang hebatnya juga. itu semua cerita tujuh tahun yang lalu. ketika aku masih bergelar pelajar sekolah. ketika masih memakai uniform sekolah. zaman persekolahan adalah zaman yang paling indah dalam hidup aku. serious aku nak masuk sekolah balik. kalaulah masa tu boleh diputar semula...


p/s:- well, congrats again for those who get excellent result. yang kurang baik tu takpe jangan risau mungkin bahagian korang kat tempat lain. 


Saturday, March 5, 2011

::: Sometimes I'm too much, rite?? :::

just as what the title told you...this time i'm too much.
 i realized it. 
but i still don't want to stop until i realized i'm too much hurting people around me.
 i'm sorry...but i just couldn't stop it when i feels its too much fun to prank them. 
OMG, i really don't know what should i do now...
hah, you deserve it Iffah. 

PADAN MUKA KAU!!