CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 27, 2011

::: aku benci Tomatoman :::

bismillahorrahmanirrahim



salam.
ada sape sape ingat cerita anime ni? yer....Tomatoman. kihKiHkih. serius aku benci cerita ni. cerita ni telah mengajar aku untuk ponteng sekolah setiap hari khamis.aku sendiri tak taw kenapa aku tak mampu kawal nafsu aku tengok Tomatoman ni. aku ingat lagi rancangan ni ditayangkan setiap hari khamis. pukul 3.30 petang waktu Malaysia. masa tu aku baru berumur 9 tahun. dan, masih lagi berada di dalam darjah 3. dan, waktu persekolahan aku pada ketika itu pada waktu petang. berbagai bagai trick aku buat untuk mendapat kepercayaan parents aku supaya aku terlepas dari ke sekolah bila menjelang hari khamis. haHAHahaha. sangat sengal ketika itu. menyampah pun ada sebab aku terpaksa berfikir lebih bijak dari kebiasaan. sampai la suatu hari mama aku dapat kesan aktiviti kurang bermoral aku. dan, sangat mengejutkan sebab mama aku tak marah. *kau orang ingat mama aku baik ke? garang wooooo* sebab musababnya kenapa mama aku tak marah adalah kerana:-

1. aku dianggap kurang normal sebab aku tak suka ponteng sekolah. even aku demam aku still nak ke sekolah. jadi sedikit sebanyak parents aku agak risau dengan tabiat aku yang satu ini. jadi bila aku start ponteng sekolah diorang *especially my mom* tak kisah sangat pun.

2. bila dapat kad laporan peperiksaan bahagian kehadiran aku setiap penggal persekolahan mesti ditulis kehadiran 100%.

3. setiap kali majlis anugerah pencapaian akademik aku salah seorang yang akan naik pentas untuk terima sijil dan cenderamata. kahKAHkah. aku menyampah dan orang pun menyampah tengok muka aku setiap tahun. asyik asyik budak ni takde budak lain ke??

4. setiap tahun aku akan terima sijil kedatangan 100%. haKhaKHak. okay, nih sampai aku form 3 je taw. hurmppp =). except masa aku darjah 3.

5. mama aku sangat menyampah dengan aku yang tak suka ponteng sekolah ni sebab hari hari kena bagi aku duit belanja walaupun aku bawak bekal kesekolah. MiaHahaHa.

dan, sejak kemunculan Tomatoman dalam hidup aku aku dah pandai ponteng sekolah. parents aku dah mula anggap aku seorang budak yang normal sebab dah tak gila pergi sekolah tapi kelegaan diorang tak lama sebab aku start jadi seorang pelajar yang sangat rajin kesekolah selepas Tomatoman tak lagi ditayangkan dia TV2. haHAhaHA. its worry them a lot

dan aku benci Tomatoman yang telah merosakkan rekod kehadiran aku kesekolah pada darjah 3. cikgu cikgu juga mula mengumpat aku. semua mengata aku. baru tak datang sekolah 6 hari dah kecoh. HuHhH!!


0 comments:

Post a Comment