CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 28, 2010

::: Jodoh :::

bismillahirrahmanirrahim

salam.
post kali ni aku nak share dengan korang tentang jodoh. heh, aku tak taw sape yang wat artikel nih, tapi aku mohon repoost kat blog aku ni yer. terima kasih.
so, korang bace lah. ia sangat best. hmmm...hope you enjoy. =]


Renungkanlah sedalam-dalamnya. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas
sesuatu..

"Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di
bumi."



Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk


membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`



Wednesday, August 25, 2010

::: Tuhan Beri Aku Cinta :::


bismillahirrahmanirrahim

salam.
cube dengar lagu ini. dah lama dah lagu ni tapi aku baru sedar kehadiran lagu ni dalam lappy aku. hampeh kan. tapi lagu ni memang best. layan je. sebab ape best? sebab lirik dia kena dengan aku. ha2. sound desperate, huh? takder la desperate...cume hati aku terusik je dengan lirik lagu ni...ape2 pun layan kan je la...~~



Lirik lagu Ayu Shita – Tuhan Berikan Aku Cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta


p/s:- aku rindu dia...

::: busy teramat :::

bismillahirrahmanirrahim

salam.
  1. project paper IB Policy -Done-
  2. Individual Assigment TAPI -Done-
  3. Individual Assigment IM -Done-
  4. Journal Review IM -Done-
ape tu? itu la penyebab aku tak tido malam untuk minggu ini. ha3. sem ni aku terlebih rajin dan semangat sikit. so, aku siapkan semua sebelum cuti hari raya dan sebelum datelinenye. heh, finally siap juga. dan semua telah pun selamat dihantar pagi tadi walaupun datelinenye lepas cuti raya nanti. Alhamdulillah. lepas ni boleh la rehat sekejap. plus, buat biskut raya. hah-ha. tapi, masih ada yang perlu diselesaikan. tapi takpe. no hal la..sikit je. insyaALLAH, boleh siap before dateline. aku dah tak mau tangguh2 kerja lagi dah. penat weih. terkejar2 nak siapkan semua nanti. dengan mid sem exam lagi, presentation lagi...berbagai la.

p/s:- lepas ni pecah kepala untuk project paper seminar pula.habislah...nak arrange seminar lagi..adoi..

Saturday, August 21, 2010

Yuna - Gadis Semasa.wmv

bismillahirrahmanirrahim.

salam.
jom layan lagu..sangat best. =]



Oh begini rasanya cinta
Berani aku lagukan kuasanya
Dan aku begitu naif untuk dirimu
Kerna usia

Oh sekarang bukannya masa
Untuk kau ungkit lagi salah siapa
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Korus
Bukalah mata oh
Yang selama ini kau pejamkan
Dan lihatlah diriku

Buanglah buanglah
Buang curiga yang telah lama kau simpan
Yang mungkin memudaratkan mu

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu jujur untuk duniamu

Kau mahukan gadis semasa
Yang bisa memberikan kau segalanya
Dan engkau tak mampu melihat
Apa yang ada di depanmu

Kau mahukan perubahan dunia
Tetapi pada aku kau sama saja
Dan engkau terlalu ego untuk diriku
Kau memang begitu

Ulang Korus 2x

Aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi dirimu

Oh aku memang begitu
Tetap seperti dahulu
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi diri
Terlalu menyayangi dirimu


Friday, August 13, 2010

:::sedikit peringatan:::

bismillahirrahmanirrahim

IMAM Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya: “ Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Masing-masing muridnya, menjawab: guru; teman, kaum kerabat, isteri atau suami. Imam Ghazali, berkata: ‘Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah mati. Sebab itu janji Allah, bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? Masing-masing menjawab, bulan, bintang dan matahari. Imam Ghazali membenar semua jawapan itu lalu berkata: yang paling tepat ialah masa lalu. Dengan apapun kemudahan kita, manusia tidak boleh kembali kepada masa lalu. Sebab itu kita perlu menjaga dengan teliti hari ini, esok dan akan datang dengan perbuatan yang dituntut agama Islam.”

Menyoal lagi Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?” Pelbagai jawapan yang munasabah diterima daripada anak muridnya dan ia membenarkannya, namun berkata, jawapan paling tepat ialah hawa nafsu (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali bertanya lagi: “Apa yang paling berat di dunia ini?” Anak muridnya menjawab dan Imam Ghazali mengiyakan, namun berkata: “Perkara yang paling berat di dunia ialah memegang amanah (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali bertanya: “Apakah perkara yang paling ringan di dunia ini?” Beliau menerima jawapan dan berkata: “Semua jawapan kamu itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.”

Imam Ghazali bertanya, “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?” Murid-Murid dengan serentak menjawab: “Pedang”. Imam Ghazali membenarkan jawapan itu, namun berkata: “Paling tajam ialah lidah manusia kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukakan perasaan orang lain.”

with love,


:::signature:::

bismillahirrahmanirrahim.

got my new signature. heh-he. =]


p/s:- okay kot kan??

:::hey, kamu sipenipu:::

bismillahirrahmanirahim

salam.
okay, mood aku tak berapa baik hari ini.
sungguh sakit hati. sangat sangat sakit hati.

eh, kamu...yer kamu. si hati batu.
boleh tak jangan menipu?
pusing sana, pusing sini?
straight je la.
buat apa pergi Netherland pusing Hawaii dulu??

aku malas nak marah2 nih.
sakit2 hati lagi aku malas layan.
tapi kau memang orang yang tak berperasaan.

apa motif nak berahsia?
ingat aku hadap sangat ke nak tau kau kat mana?
ingatlah, ALLAH itu maha adil.
lihat, sepandai2 kau pusing sampai Hawaii tu...
akhirnya aku dapat tahu jugak kebenarannya.

dah berapa kali kau kantoi menipu dengan aku?
banyak...tapi kau ingat aku tak tahu.
aku tahu. cuma malas nak bagi kau malu.
sebab itu bukan sifat aku...faham?
plus, kau tu lagi dewasa dan matang dari aku.

lepas ni tak payah menipu aku.
tak payah karang cerita itu ini.
kau bukan penulis skrip. novel atau cerpen apetah lagi.
kau adalah orang yang aku sangka mampu menjadi pemimpin.
tapi aku silap sebab seorang pemimpin takkan menipu.

apa kau dah lupa apa yang aku katakan dulu???
aku tahu bila orang menipu aku.
aku tak perlukan masa yang lama untuk tahu seseorang itu menipu atau tidak.
atau boleh aku katakan aku ada sixth sense.
so, tak payah susah2 menipu aku.
faham??



p/s:- kau memang pujaan aku tapi aku tak harap kau jadi orang yang paling aku benci.

Wednesday, August 11, 2010

::::aku dan juadah sahur pertama:::

Bismillahirrahmanirrahim
salam.hari ini merupakan hari pertama dalam bulan Ramadhan. masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam di dunia ini. semoga bulan Ramadhan ini memberi penuh rahmat dan barakah kepada kita. insyaLLAH. jom, sama2 kita tambah pahala kita. =]
untuk sahur hari ini aku masak daging blackpepper as a main course. tapi, ada pulak yang tak nak makan nasi time sahur tadi. so nak tak nak terpaksa la aku masakkan mee goreng. juadah untuk sahur kali ini aku yang masak...he2. bagi mama chance untuk rehat la. selalunya aku bangun untuk makan je. tapi malam tadi aku tak tido. buat assignment yang belambak2 tu...so, lepas siap je satu assignment aku terus masak untuk sahur. actually, sangat teruja untuk masak. dah lama tak masak daging blackpepper nih.ha2.


*nyum2*


*lalalalala~~*


ni lah daging blackpepper yang aku masak. hadei...lapar pulak tengok. hah-ha. kat bawah ni gambar mee goreng yang aku buat untuk budak kecik tu. pehh...tak mau makan nasi tapi nak makan mee..dah tu makan mee dengan daging blackpepper pulak tu. eh, aku pun join dia makan mee tu jugak. ha3. nasi makan jugak. tapi sikit je. i'm on diet yer. ha3. tapi sekarang aku lapar...padan muka aku.
mee goreng ni aku buat simple je. vegetarian mee. dan sangat la takde rasa hot & spicy pun. Tu fasal adik aku  makan mee ni dengan daging blackpepper tu. baru ade rase. Demand kan adik aku. Ha3.


*vege fried mee*


Lepas makan lepak2 pulak minum teh dan makan buah kurma. Ha3. Mama beli buah kurma ni untuk berbuka nanti sekali abah makan masa sahur. Buah kurma kan banyak khasiat dan boleh membekalkan tenaga. Itu kata abah kat mama. Kalau dah mengadap buah kurma tu..kompem la masa berbuka nanti tinggal sikit je. So, sebelum habis dimakan aku pon amik la camera and shoot la buah kurma tu jadi model buah-buahan.
Salah setting camera..so pic tak berape nak cantik. Ape2 pun diharap enjoy la dengan pics yng aku shoot tu yer.




Salam Ramadhan al-Mubarak. =]


p/s:- nanti kalau aku rajin aku upload pulak pics untuk berbuka puasa nanti yer. insya ALLAH.

Tuesday, August 10, 2010

::: aku dan kisah balik kampung :::

bismillahirrahmanirrahim

salam.
hari ini aku balik Taiping. malangnya, berlaku kejadian yang aku paling nak elak sekali kalau aku balik kampung dengan menaiki kenderaan awam nih. hah-ha. memang la malang tu tak berbau. sekelip mata je aku dapat malu. huish...muka aku memang blushing gila time tu. malu weih...

alkisahnya begini. aku tunggu bus dengan member aku, aien. kejap je tunggu.bus dah sampai. aien naik dulu. aku stuck. lepas dua orang passengers lain naik aku follow dari belakang. sekali aku tengok aien jalan terus sampai seat paling belakang. aku okay je. tak kisah pon. dah situ je seat yang available.

dan, entah macam mana aku terkejut gila tengok pakci
k conductor tu. gila stylo weih. 1st time in mylife aku jumpa conductor yang ala2 uncle MIB. siap dengan rayban, jacket segala bagai...kejutan budaya aku tak hilang lagi..aku nampak pulak seat sebelah pakcik tu ada mamat handsome. ada satu tarikan kat wajah dia yang buat aku tak pandang depan. wajah penuh sinar.*lebih kurang camtu la. nak explain lebih detail taktaw camne nak explain* nak pulak aku kan tak boleh tengok mamat handsome...entah macam mana aku tak perasan ada satu anak tangga dan aku tak dapat nak balancekan badan aku...hah, korang mesti dah dapat jangka apa yang be
rlaku kan? kn? for sure la aku jatuh tertiarap. dengan satu beban yang berat kat belakang aku. *beg lappy aku. aku sumbat macam2 sampai jd berat.ha3.* tapi, tak sempat la jatuh sepenuhnya sebab aku sempat buat cam orang tengah pumping. ha3. bongok. aku malu gila time tu. nak pulak ada couple tu gelak kat aku. da la jatuh cam hape je lagi gaya aku...siap dengan latah lagi...*oh, melatah bukan kebiasaan aku yer. tak penah buat pun sebelum ni* seriously aku malu tahap dewata.

oh, bagi meredakan muka aku yang tengah merah macam kena sapu blusher satu muka tu..aku pon cakap la kat aien "takpe. setakat ini jer pertemuan kita. kita jumpa dalam bus nih je kn?"sebenarnya aku cakap macam tu lebih kepada nak perli couple yang tengah riang ria cornflakes gelak kat aku tu...dan dekat mamathandsome tu juga.*walaupun dia tak gelak. takde perasaan pon muka dia* dan paling tak best...masa kat AS mamat tu pun amik bus ke Penang. hadei...apesal la sama...malu weih..one way tu...dan, disebabkan maluterlampau...aku ajak ain pergi makan dulu...*walaupun sebelum ni kalau balik aku tak pernah makan sampai la aku dah ada kat rumah baru aku makan* dan masa kat kaunter tu...mamat tu elok je kat kaunter sebelah aku...dan, nasib baik diatake away. dan, dia keluar dan terus naik bus. hati aku time tu riang gumbira sebab tak naik 1 bus dengan dia...*walaupun ada sedikit kecewa sebab lepas nih memang tak jumpe dah la. =[*

lepas makan aku dengan aien terpaksa berpisah. aien naik bus lain. dan aku naik bus lain. sepanjang perjalanan tu memang aku tido. taw2 je dah sampai Penang. asal naik bus je mesti nak tido. dah jadi tabiat dah. nasib baik naik kereta tak jadi macam tu. sampai je kat bus station aku terus pergi kaunter tiket. cari tiket nak balik Taiping. dan aku dapat. tu pun dah seat kat belakang2 jugak. seat no 22. okay jugak la kan..dari kene tunggu bus pukul 6.30pm. masa tengah tunggu bus tu...aku ternampak mamat handsome tu. adalah dalam 3-4 meter gak jarak tempat dia duduk dengan aku...haish. jumpa lagi...adakah ia jodoh?? takkan kot...junior tu...ha2...*entah iye entah tak junior. memandai je aku*

lepas hampir sejam tunggu...bus aku sampai..aku pun memulakan lah aksi2 naikbus dengan penuh berhati2.*takmau pisang berbuah sembilan kali*. tak lama lepas tu aku nampak...mamat handsome tu dalam bus yang sama dengan aku..what the...adeh..jodoh kah? sama destinasi nih...part yang aku tak boleh lupa...masa dia lintas seat aku..dia senyum weih...time tu aku suka gila. hormon ape entah wujud time tu...sengih memanjang. gilo...

aku tertanya2 sekarang. adakah dia student master?*hopefully* degree?*mintak2 la iye* adakah dia senior? *semoga senior hendaknya* adakah dia junior? *oh-no, hopefully not* kenapa dia senyum kat aku? dia cam muka aku ke? adus malu...dan kata2 aku yang...

"takpe. setakat ini jer pertemuan kita. kita jumpa dalam bus nih je kn?"

kenapa harus aku jumpa dia sehingga ke bus untuk our final destination????



*tu la anak tangga yang aku cerita tadi. kat kaki unce cina tu*


*ni la mamat hensem tu.hah-ha*