CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 10, 2010

::: aku dan kisah balik kampung :::

bismillahirrahmanirrahim

salam.
hari ini aku balik Taiping. malangnya, berlaku kejadian yang aku paling nak elak sekali kalau aku balik kampung dengan menaiki kenderaan awam nih. hah-ha. memang la malang tu tak berbau. sekelip mata je aku dapat malu. huish...muka aku memang blushing gila time tu. malu weih...

alkisahnya begini. aku tunggu bus dengan member aku, aien. kejap je tunggu.bus dah sampai. aien naik dulu. aku stuck. lepas dua orang passengers lain naik aku follow dari belakang. sekali aku tengok aien jalan terus sampai seat paling belakang. aku okay je. tak kisah pon. dah situ je seat yang available.

dan, entah macam mana aku terkejut gila tengok pakci
k conductor tu. gila stylo weih. 1st time in mylife aku jumpa conductor yang ala2 uncle MIB. siap dengan rayban, jacket segala bagai...kejutan budaya aku tak hilang lagi..aku nampak pulak seat sebelah pakcik tu ada mamat handsome. ada satu tarikan kat wajah dia yang buat aku tak pandang depan. wajah penuh sinar.*lebih kurang camtu la. nak explain lebih detail taktaw camne nak explain* nak pulak aku kan tak boleh tengok mamat handsome...entah macam mana aku tak perasan ada satu anak tangga dan aku tak dapat nak balancekan badan aku...hah, korang mesti dah dapat jangka apa yang be
rlaku kan? kn? for sure la aku jatuh tertiarap. dengan satu beban yang berat kat belakang aku. *beg lappy aku. aku sumbat macam2 sampai jd berat.ha3.* tapi, tak sempat la jatuh sepenuhnya sebab aku sempat buat cam orang tengah pumping. ha3. bongok. aku malu gila time tu. nak pulak ada couple tu gelak kat aku. da la jatuh cam hape je lagi gaya aku...siap dengan latah lagi...*oh, melatah bukan kebiasaan aku yer. tak penah buat pun sebelum ni* seriously aku malu tahap dewata.

oh, bagi meredakan muka aku yang tengah merah macam kena sapu blusher satu muka tu..aku pon cakap la kat aien "takpe. setakat ini jer pertemuan kita. kita jumpa dalam bus nih je kn?"sebenarnya aku cakap macam tu lebih kepada nak perli couple yang tengah riang ria cornflakes gelak kat aku tu...dan dekat mamathandsome tu juga.*walaupun dia tak gelak. takde perasaan pon muka dia* dan paling tak best...masa kat AS mamat tu pun amik bus ke Penang. hadei...apesal la sama...malu weih..one way tu...dan, disebabkan maluterlampau...aku ajak ain pergi makan dulu...*walaupun sebelum ni kalau balik aku tak pernah makan sampai la aku dah ada kat rumah baru aku makan* dan masa kat kaunter tu...mamat tu elok je kat kaunter sebelah aku...dan, nasib baik diatake away. dan, dia keluar dan terus naik bus. hati aku time tu riang gumbira sebab tak naik 1 bus dengan dia...*walaupun ada sedikit kecewa sebab lepas nih memang tak jumpe dah la. =[*

lepas makan aku dengan aien terpaksa berpisah. aien naik bus lain. dan aku naik bus lain. sepanjang perjalanan tu memang aku tido. taw2 je dah sampai Penang. asal naik bus je mesti nak tido. dah jadi tabiat dah. nasib baik naik kereta tak jadi macam tu. sampai je kat bus station aku terus pergi kaunter tiket. cari tiket nak balik Taiping. dan aku dapat. tu pun dah seat kat belakang2 jugak. seat no 22. okay jugak la kan..dari kene tunggu bus pukul 6.30pm. masa tengah tunggu bus tu...aku ternampak mamat handsome tu. adalah dalam 3-4 meter gak jarak tempat dia duduk dengan aku...haish. jumpa lagi...adakah ia jodoh?? takkan kot...junior tu...ha2...*entah iye entah tak junior. memandai je aku*

lepas hampir sejam tunggu...bus aku sampai..aku pun memulakan lah aksi2 naikbus dengan penuh berhati2.*takmau pisang berbuah sembilan kali*. tak lama lepas tu aku nampak...mamat handsome tu dalam bus yang sama dengan aku..what the...adeh..jodoh kah? sama destinasi nih...part yang aku tak boleh lupa...masa dia lintas seat aku..dia senyum weih...time tu aku suka gila. hormon ape entah wujud time tu...sengih memanjang. gilo...

aku tertanya2 sekarang. adakah dia student master?*hopefully* degree?*mintak2 la iye* adakah dia senior? *semoga senior hendaknya* adakah dia junior? *oh-no, hopefully not* kenapa dia senyum kat aku? dia cam muka aku ke? adus malu...dan kata2 aku yang...

"takpe. setakat ini jer pertemuan kita. kita jumpa dalam bus nih je kn?"

kenapa harus aku jumpa dia sehingga ke bus untuk our final destination????



*tu la anak tangga yang aku cerita tadi. kat kaki unce cina tu*


*ni la mamat hensem tu.hah-ha*






0 comments:

Post a Comment