CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 25, 2011

::: Lagu Raya :::

bisamillahhirrahmanirrahim

salam semua....

hari ni aku nak kongsi cerita sikit pasal lagu raya. HaHaHa. tengah tengah mood nak beraya yang melampau ni kan nak buat kerja kat office pun dah takde semangat. nak pulak macam macam member post kat wall FB tu. ada yang siap dah balik kampung dah pun. huh, sedikit kedengkian disitu yer. siyes aku dengki. ni betul betul ni. bukan main main. agak kurus sedikit pahala puasa aku hari ini. HaishhHh. 

okay okay back to the point of story la. hari tu...erk, couple last week kot kalau tak silap *minggu kedua umat Islam berpuasa* aku berbuka puasa di KLCC. tempat wajib berbuka puasa tahun ni dengan cik Bella. after we had our meal jenjalan la sekejap tawaf semua floor yang ada kat sana. dari tengah ke hujung..pastu hujung ke hujung. agak agak dah membakar 50% lemak lemak di badan kiteorang pun nak baliklah tapi singgah kat Cold Storage kejap. cik Bella nak beli barang sikit. masa tengah buat seie kat dalam tu tetiba aku dengar lagu raya. sumpah aku tak taw apa tajuk lagu tu masa tu sekarang aku dah taw...HEhehHE. tu pun terdengar kat Hot.fm tadi. rupe rupenye tajuk lagu tu Seanandung Hari Raya Untukmu by Dayang Ku Intan. 

masa aku dengar lagu tu kat Cold Storage aku nyanyi la. sebenarnya tak pernah tahu and hafal pun lagu tu...tapi kalau dah hari hari aku dengar kat radio lagu tu confirm la boleh hafal kan. so, aku nyanyilah depan cik Bella time tu. tetiba aku dengar orang gelak. pandang aku semacam. WahahAha. Bella tengah kutuk aku ke hape. sengih sengih semacam je. lepastu dia boleh tanya aku...

-  lagu apa tu hoi?

+ lagu raya *penuh innocent je aku jawab*

-  apesal aku tak pernah dengar pun?

damn. apesal dia tak tahu?? time tu memang kelakar gila. apesal dia tak tahu weih? apekah aku nih terlebih layan lagu raya ke hape? menyampah betul bila orang tak tahu tapi aku tahu. tak boleh nak kongsi apa apa. okay okay meh layan lagu yang tu. aku tak sure la korang penah dengar ke tidak. tapi lagu ni membuatkan aku nak tujukan pada seseorang. HahahhHA. layan....




p/s:- hari ni boss bagi duit raya. huhuhu. terharu kau. best je. jom shopping.





Tuesday, August 16, 2011

::: melepaskan adalah cara terbaik :::

bismillahirrahmanirrahim

*credit to google. cute dowh*


kata orang melepaskan sesuatu yang kita sayang adalah cara yang terbaik buat diri kita. dan, mungkin juga insan insan disekeliling kita. mungkin. aku pun tak pasti. yang aku pasti perasaan untuk melepaskan sesuatu perkara itu sangat menyakitkan. terutamanya kalau perkara itu adalah sesuatu yang kita sayang. tapi walau sayang macam mana pun kalau dah ditakdirkan ia bukan milik kita tak perlulah kita nak simpan. melepaskan adalah perkara terbaik. dan, aku percaya bila kita melepaskan sesuatu yang kita sayang, walau bukan dengan kerelaan hati, tapi  suatu hari nanti pasti kita akan dapat memiliki sesuatu yang kita tak pernah impikan. insyAllah. 

macam pelik pulak bila aku merapu macam ni, kan? actually aku dah pun melepaskan sesuatu yang aku sayang sangat. sedih memanglah sedih tapi agar tak lebih menyakitkan hati dan perasaan sendiri ada baiknya aku lepaskan je. dan, demi mempertahankan maruah aku sebagai seorang wanita supaya darjat seorang wanita itu sentiasa berada di tangga yang teratas ada baiknya aku lepaskan je. bagi aku tak perlu merendah rendahkan maruah seorang wanita hanya kerana perkara macam ni. dan, melepaskan ia pergi adalah jalan terbaik buat aku. dan buat perkara tu la. dan buat insan tu jugak kot. kot la. aku pun tak pasti apa perasaan dia bila dia tau apa yang aku buat. suka kot. mungkin melonjak lonjak kegembiraan. who knows...

memandangkan perjalanan hidup aku masih panjang *insyaAllah semoga dipanjangkan umur aku* dan kerjaya aku pun baru je bermula ada baiknya aku tumpukan sepenuh perhatian keatas perkara perkara macam ni. ada baiknya aku mendekatkan lagi diri aku dengan-Nya. itu lebih baik dari aku membuang masa menyakitkan hati sendiri. tentang aku dan perkara yang aku cukup malas nak sebut tu...biarlah masa yang tentukan. insyaAllah kalau dah memang aku berjodohan dengan perkara tu pasti akan ada nikmatnya di masa hadapan. amin.

tapi kadang kadang bukan senang nak melupakan perkara yang banyak menyimpan kenangan. banyak sangat dugaan. dan aku amat berharap supaya aku tabah dan kuat untuk menepis semua dugaan dan ujian tu. semoga iman aku dikukuhkan agar tidak terlalu mengikut kata hati. semoga aku tidak mudah tersungkur dengan mainan ilusi dan fantasi sendiri. insyaAllah. dan sebagai seorang yang berpegang pada ajaran-Nya aku harus reda dengan apa yang berlaku. 



p/s:- "the worst way to love someone is to sit next to them and knowing they don't love you back" - I don't know where these  word come from...but i like it. a lot. 



::: makcik Rapid yang brutal :::

bismillahirrahmanirrahim

*credit to the star. act, bukanlah makcik ni yg dirve td. nih bile tahun punye gambar aku pun tak taw*

salam semua...eh, diam tak diam dah hari ke 16 kita berpuasa kan? alhamdulillah. owh, nak cerita sikit ni. tadi pagi masa nak pergi kerja aku naik bus rapid yang di pandu oleh seorang wanita. Walaweh...itu salah satu keinginan aku taw *since I read a newspaper article about female bus driver in Malaysia* NgEhNgeHnGeh. owh, bangga okay. sekarang perempuan pun dah boleh jadi pemandu bus setaraf dengan lelaki dah sekarang ni, kan? ape nak heran, kan? tapi serius la aku macam gerun sikit nak naik bus tu..WahAhaHa. makcik tu punye skill memandu sangatlah takde ketatasusilaan sopan santun diatas jalan raya. dah la bus tu besar...dia boleh pulak nak mencilok cilok. pantang nampak space sikit mulalah...Haish...taw la macam mana jalan kat KL ni pepagi, kan? semua busy nak laju nak cepat. makcik ni drive tak macam pakcik yang selalu tu. sopan santun je. WaHaHA. lemah gemalai je diatas jalan raya. HeHeHe. well, at least aku dah dapatlah kan merasa naik bus yang di 'drive' kan oleh seorang wanita. owh ye...selalu aku sampai office around 7.30 a.m. camtu but today I arrived at 7.10 a.m kau. laju tak laju la makcik tu drive. HaHaHa. so sementara office hour pukul 9 a.m. tu start aku pun meng'online' lah sekejap. membuang masa..plus, ini je lah time aku free untuk berfesbuking and read my e-novel. okay, sampai sini je lah nak merapu...nak buat benda lain pulak. daaaa.... ;-]


p/s:- diam tak diam dah hampir sebulan aku kerja sini. walawehhhh...


Tuesday, August 2, 2011

::: finally, hired!!! :::

bismillahirrahmanirrahim


salam,

finally, i've got hired.
Syukur Alhamdulillah.




p/s:- dulu masa2 kat uni sangat taknak main2 dengan nombor segala bagai...sekarang asyik main dengan nombor je. cakap lagi taknak...