CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 16, 2011

::: melepaskan adalah cara terbaik :::

bismillahirrahmanirrahim

*credit to google. cute dowh*


kata orang melepaskan sesuatu yang kita sayang adalah cara yang terbaik buat diri kita. dan, mungkin juga insan insan disekeliling kita. mungkin. aku pun tak pasti. yang aku pasti perasaan untuk melepaskan sesuatu perkara itu sangat menyakitkan. terutamanya kalau perkara itu adalah sesuatu yang kita sayang. tapi walau sayang macam mana pun kalau dah ditakdirkan ia bukan milik kita tak perlulah kita nak simpan. melepaskan adalah perkara terbaik. dan, aku percaya bila kita melepaskan sesuatu yang kita sayang, walau bukan dengan kerelaan hati, tapi  suatu hari nanti pasti kita akan dapat memiliki sesuatu yang kita tak pernah impikan. insyAllah. 

macam pelik pulak bila aku merapu macam ni, kan? actually aku dah pun melepaskan sesuatu yang aku sayang sangat. sedih memanglah sedih tapi agar tak lebih menyakitkan hati dan perasaan sendiri ada baiknya aku lepaskan je. dan, demi mempertahankan maruah aku sebagai seorang wanita supaya darjat seorang wanita itu sentiasa berada di tangga yang teratas ada baiknya aku lepaskan je. bagi aku tak perlu merendah rendahkan maruah seorang wanita hanya kerana perkara macam ni. dan, melepaskan ia pergi adalah jalan terbaik buat aku. dan buat perkara tu la. dan buat insan tu jugak kot. kot la. aku pun tak pasti apa perasaan dia bila dia tau apa yang aku buat. suka kot. mungkin melonjak lonjak kegembiraan. who knows...

memandangkan perjalanan hidup aku masih panjang *insyaAllah semoga dipanjangkan umur aku* dan kerjaya aku pun baru je bermula ada baiknya aku tumpukan sepenuh perhatian keatas perkara perkara macam ni. ada baiknya aku mendekatkan lagi diri aku dengan-Nya. itu lebih baik dari aku membuang masa menyakitkan hati sendiri. tentang aku dan perkara yang aku cukup malas nak sebut tu...biarlah masa yang tentukan. insyaAllah kalau dah memang aku berjodohan dengan perkara tu pasti akan ada nikmatnya di masa hadapan. amin.

tapi kadang kadang bukan senang nak melupakan perkara yang banyak menyimpan kenangan. banyak sangat dugaan. dan aku amat berharap supaya aku tabah dan kuat untuk menepis semua dugaan dan ujian tu. semoga iman aku dikukuhkan agar tidak terlalu mengikut kata hati. semoga aku tidak mudah tersungkur dengan mainan ilusi dan fantasi sendiri. insyaAllah. dan sebagai seorang yang berpegang pada ajaran-Nya aku harus reda dengan apa yang berlaku. 



p/s:- "the worst way to love someone is to sit next to them and knowing they don't love you back" - I don't know where these  word come from...but i like it. a lot. 



0 comments:

Post a Comment