CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 25, 2011

::: IKEA meatball...halal ke?? :::

Bismillahirrahmanirrahim

salam semua....

o-hoh...sejak dua tiga hari ni kecoh pasal meatball kat IKEA yang dikatakan tak halal tu, kan? banyak jugak tengok komen komen kawan kawan kat FB tentang meatball tu. ada yang gila menyesal sebab dah banyak kali makan *pendek kata setiap kali dia pergi IKEA mesti makan meatball tu* sedap sangat ke? owh, serius cakap aku tak pernah makan. HuHuHu...jangan cakap makan...jejak kaki kat IKEA pun tak pernah. jalan depan IKEA aku pernah. ketinggalan gila, kan? aku cuma orang kampung...kehKehKeh..turun KL pun sekali sekala kalau ada apa apa urusan yang penting...kalau tak jangan harap la aku nak menambah semak kat sana. sakit kepala kot tengok KL yang sesak tu. bagi orang kampung macam aku...tempat metropolitan macam tu tak sesuai dengan aku...HuHuHu.

okay okay...back to the topic la...tadi saja saja jalan jalan kat blog ni, blog serius then ternampak la isu pasal IKEA meatball tu...well, meatball tu telah pun disahkan halal...so, lepas ni tak payah la ada yang rasa susah hati ke hape sebab tak dapat makan meatball tu lagi dah. dan, tak payah ragu ragu tentang halal atau tidak makanan tu tapi kalau still rasa was was tak payah la makan.  buat je sendiri...dijamin halal punye...



*ini rupenye meatball IKEA yang heboh diperkatakan tu...*

banyak je kes kes macam ni kat Malaysia. contohnya, kes Old Town White Coffee tu. ramai yang kata tak halal. sejak OTWC buka kat Taiping ni adalah 4-6 kali aku makan kat situ...last aku pergi Januari hari tu. tu pun sebab teman member yang beria ria nak makan kat situ. makan memang tak ingat la...*time tu still tak tau pasal isu halal diorang* a few days after that...member aku cakap makanan kat OTWC tak halal... terus aku tak pergi dah. keraguan sijil halal OTWC ni sebenarnya dah lama...dah 2 tahun kot isu tentang OTWC ni. aku je yang tak tau. 3 tahun stay kat dalam hutan yang sangat jauh dari pusat bandar menyebabkan aku kurang mendapat pendedahan tentang kes OTWC ni. tau asal balik Taiping je mesti nak makan kat OTWC. tak pernah terfikir pasal halal ke tidak makanan kat situ. owh, lagi info pasal OTWC ni silalah ke sini dan sini. well, ternyata OTWC ni tak pernah mendapat pengesahan sijil halal dari JAKIM mahupun JAIN. setakat ini hanya dua kopitiam yang diakui sah sijil halalnya iaitu Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd. dan Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd.


susah betul nak makan kat luar sekarang ni, kan? macam macam kes yang kita jumpa. weekend hari tu keluar dengan encik amir ingat nak makan kat Sushi King...tapi tak jadi...sebab ramai orang. dan, rasa was was bila encik amir bagitahu Sushi King diragui halalnya. so terpaksa cancel plan nak makan kat sana. bila balik rumah malam tu terus search pasal Sushi King...dan apa yang dapat aku simpulkan dari sumber yang aku cari adalah...Sushi King tidak mempunyai sijil halal yang diiktiraf dan tidak sesuai dikunjungi oleh kita orang Islam. lagipun kita sendiri tahukan ada arak iaitu sake yang disediakan kepada pelanggan kat premis tu. itu pun sudah cukup untuk membuktikan wujudnya percampuran halal dan haram kat premis Sushi King, kan?

lagipun dari sumber yang aku dapat ada sesetengah makanan yang dijual mengandungi mirin. ape kejadahnye pulak mirin ni? mirin adalah sejenis arak yang sama dengan sake iaitu 'rice wine' dan kedua duanya boleh memabukkan. bezanya cuma mirin hanya mengandungi alkohol sebanyak 14% berbanding sake, 20%. see...pelanggan yang tak tahu wujudnya penggunaan mirin ni akan terus order dan makan. walaupun hanya 14% tapi ia tetap haram, kan? lagi info pasal Sushi King ni boleh tengok kat sini




*see, ramai gila yang q up nak makan kat SK ni, kan?*


*oh, rindulah nak makan cheese cake*

macam mana pula dengan cafe kat atas ni? ada juga yang kata Secret Recipe ni tak halal. actually sebenarnya pengiktirafan halal cafe ni dah pun disahkan. untuk lebih info bolehlah melawat blog ini, fasihah.com so, bagi  SR regular customer tak payah la risau tentang status halal cake dan semua makanan kat SR ye. tapi, kalau still was was tak payah la makan...buat je sendiri... kan lebih bagus hasil dari air tangan sendiri. plus, bagi yang dah berkeluarga tu boleh mengeratkan lagi hubungan dengan anak anak dan suami. TeHeEeEeee... =]

kesimpulannya, sebagai seorang muslim aku rasa wajib kita semak dan pastikan dulu kesahihan pengiktirafan halal sesebuah kedai makan yang kita nak pergi tu samada mendapat pengiktirafan halal dari JAKIM mahupun tidak walau kebanyakan pekerjanya adalah orang Islam. oh yer, bukan setakat kedai makan je produk produk lain pun sama gak. buatlah semakan dulu tentang ingredients dan status halalnya. janganlah ambil ringan je tentang perkara yang akan menjadi darah daging kita. well, renung renungkan dan selamat beramal semua... =D


p/s:- macam mana pula dengan restoran restoran yang mendapat pengiktirafan halal tapi tukang masaknya bukan orang Islam? ada yang sanggup makan tak walaupun tukang masaknya menggunakan gloves ketika menyediakannya? fikir fikir kan...

::: aku dan wedding dress :::

Bismillahirrahmanirrahim



salam.

alkisahnya begini...semalam masa aku tengah tidur aku mimpi...mimpi yang aku sendiri tak tau bila akan terjadi. we can't predict the futere, kan? mimpi ini sangat best. my mom and me went to wedding boutique. a huge one...and it own by a chinese old man. HaHaHa. scary kot. aku pergi untuk cuba my wedding dress. gila hape. pelik gila okay...aku tak der pun buat apa apa yang boleh menjadi faktor wujudnya mimpi yang gila ni. takde tonton apa apa cerita yang ada scene kahwin kahwin ni semua. tak ada bersembang dengan siapa siapa pun pasal perkahwinan. apa apa je yang pasal perkahwinan but, i still got the dream. phewwww!!! *eh, at least okay apa aku dapat mimpi macam ni, kan? nak tunggu realitinya tak tau bila*

punyalah excited aku jadi Alice in Wonderland dalam kedai tu. TeHeEee...habis seluruh kedai tu aku pusing. aku siap pilih kerusi untuk pelamin yang gila besar punya. siap buat dari kayu jati lagi.  lepas selesai pilih pelamin...aku try wedding dress aku pulak tapi that amoi gave me a sleeveless dress *lebih kurang macam gambar kat bawah ni la*  dia suruh aku try tapi aku tak nak. sexy kau nyah. MiaHaHa...juling mata tok kadi nanti. 

*simple, is it?*

memandangkan dress tu sleeveless so, aku mintak try baju lain. excited punya pasal aku siap mintak dress macam kate middleton punye lagi. MuaHaHaHa. yer, silalah sepak aku laju laju. =p

*camni la dress yang aku nak dalam mimpi tu*

tapikan,  amoi tu siap cakap ada lagi. aku pulak punyalah excited tak ingat siap tunggu lagi amoi tu carikan.  malangnya...sampai aku terjaga pun aku still tak nampak rupa dress aku tu. tambah malang lagi..sampai kesudah aku tak tau siapa future hubby aku tu...malang sungguh. nampak sangat mimpi ini takkan menjadi nyata. NgehNgehNgeh. =]


p/s:- reality nanti macam mana la rupa wedding dress aku, eh?



Saturday, May 21, 2011

::: take this smile as the answer :::

Bismillahirrahmanirrahim

*take this smile as my answer*


salam.


Setiap persoalan harus ada jawapan. Kesian tengok kawan kawan yang selalu memberi sejuta soalan. Tapi masih belum dapat sebarang jawapan. Setiap soalan yang dilontarkan mungkin kedengaran berbeza tapi kalau diamati, diteliti, dan difikir fikir kembali tetap kembali kepada titik yang sama. Walau secara halus mahupun nyata, tersirat mahupun tersurat…isinya tetap sama. Tak perlu pusing sampai Hawaii kalau destinasinya masih di Malaysia. Dan, aku tidak terlalu bodoh untuk memahami segala persoalan korang. 

Sedar mahupun tidak setiap persoalan yang ditujukan… aku hanya mampu tersenyum. Malas mahu memberi sebarang jawapan…in the end the conclusion still will be the same or a little bit different. But it still gave me heartache. Kalau dulu mungkin aku akan memberi alasan “I’m not ready yet” then i'll just say "coming soon" but now, i just smile for the answer…tapi akhirnya aku akan ditempelak kembali with this word, demand. Opss, should add ‘high’ before the ‘demand’. Now, when I’m just keep it silent without a word comes out from my lip the act still be the same. I’m a high demand person!!  Walau tidak dinyatakan dengan kata kata…reaksi dan air muka korang masih mampu ditafsir. Apa perlu aku terangkan seperti menonton telenovela Mexico? Panjang berjela sampai korang rasa nak dapatkan bantuan oksigen di wad kecemasan? Apa itu perlu?

Okay, then if that what you want, let me give the reason why I’m not interested to get involved in this matter. yet. Sila simpan dalam ruang memori korang baik baik dan tolong lepas ni jangan tanya aku soalan yang sama. Ia merimaskan. Plus, menyakitkan.

The reason is…yes, I’m still not ready yet. Aku memang belum bersedia. Hati aku juga masih belum terbuka kearah itu. Masih banyak perkara dan tanggungjawab yang aku perlu laksanakan. walaupun tak semua aku mampu laksanakan sekaligus. Setiap tanggungjawab yang aku pikul masih perlu aku laksanakan walaupun aku melangkah kealam baru. Dan setiap tanggungjawab yang aku miliki sekarang tak akan pernah berkurangkan. Aku tak pernah rasa terbeban dengan semua ini bahkan ia merupakan rahmat-Nya pada aku. Ia menguatkan iman aku. Memberi ketabahan dalam diri aku. Hidup aku tak semudah yang korang sangka. Tidak seindah yang diharapkan. Hidup aku bukan kisah dongeng walau korang hanya melihat senyuman dan mendengar gelak ketawa dari aku tapi apa yang aku hadapi cukup memberi aku kekuatan untuk menghadapi masa hadapan.

Siapa yang tak pernah menyimpan impian sebegitu? Gay mahupun lesbian still mengimpikan perkara yang sama. Apatah lagi manusia normal macam aku. Please, jangan lagi kata aku demand. Korang hanya mampu mentafsir tapi tak akan pernah merasa setiap yang aku lalui. Jalan hidup kita berbeda. Ujian yang diberikan-Nya juga berbeda. Jauh disudut hati aku masih mengimpikan perkara yang sama walau mulut aku menidakkannya.

Mungkin salah aku juga sampai semua insan sekeliling aku memberi perspective yang sama. Tapi korang tahu tak…itu hanya alasan. Alasan demi mengelak ditanya perkara yang sama. okay, I’m sick of that. when the time coming you'll will get the answer. just wait...ini semua urusan-Nya...siapa kita nak melawan segala apa yang Dia dah rencanakan? hidup ini biar bersederhana...tak perlu melebihi-Nya. Allah itu Maha Kaya, Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani...jadi, tak perlu risau dengan apa yang telah Dia tentukan kepada kita. so, selagi masih diberikan peluang laksanakanlah segala tanggungjawab diamanahkan dengan sebaik mungkin. InsyaAllah, pasti akan dipermudahkan oleh-Nya.  

for now, please take the smile as the answer...=]



p/s:- Thinking about the past it has gave me a very great lesson to face the future.  I’m not strong enough, still a weaker but I’ll fight to be strong to face all the problems. 
 

Tuesday, May 10, 2011

::: Tentang Aku, Kau & Dia :::





selayaknya engkau tahu
betapa ku mencintaimu
kau tenangkanku dari mimpi burukku

selayaknya kau mengerti
betapa engkau ku kagumi
kau telah tinggal di dalam palung hati

betapa hancur hatiku
melihat engkau bersamanya
namun ku mencoba tuk tegar menghadapinya
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/k/kangen_band/tentang_aku_kau_dan_dia_usai_sudah.html ]
jangan kau menangis lagi
tak sanggup aku melihatnya
sekarang kau pilih diriku atau dirinya

[reff:]
kau tuliskan cerita tentang engkau dan dia
yg membuat hatiku semakin terluka
sudah usai sudah cerita engkau dan aku
ku anggap sebagai bingkisan kalbu

ku tulis cerita tentang aku dan dia
sehingga membuatmu terluka
sudah usai sudah, jangan menangis lagi
kurasa sampailah di sini

[repeat reff]


mungkin aku perlu tamatkan cerita antara aku dan incik bintang. seriously i'm really really down rite now. maybe we just fated to be friend...even though he never told me but i could feel it. i know he admirer someone. i know he love that girl...i know he want to live rest of his life with her...and i know that i should leave him no matter how hard to make it...the first thing, i need to stop this feeling inside me from blooming likes a flower in spring...ya ALLAH...kau bantulah aku...


p/s:- life must go on, kan?...tak kira berapa banyak kesakitan yang kita hadapi...

::: Girls Day Out :::

Bismlillahirrahmanirrahim

salam,

okay okay..dah lama sangat tak buat girls day out ni...since semua orang busy dengan kerjaya masing masing...so, semalam je la hari yang free bagi kami...itu pun still tak cukup korum...hanya kami berempat je yang free...well, what we've planned usually will not be as what we planned. walau cuma kami berempat masih lagi rasa seronok..dunia cuma terbalik 270 degrees je...kalau berenam..kompem terbalik 360 degrees la...bila semua dah berkerjaya dan berhijrah demi mencari rezeki ni susah sikit la nak gath semua orang. okaylah..malas nak cerita panjang panjang..have fun with da picca..bye bye...

 *at rest n go station setelah penat buat tawaf TS ni. tengok muka keghairahan mereka*

 *mama bet lepas gian berkaroake setelah puas berpantang selama setahun. hikhikhik*

*okay say PEACE!!!*


p/s:- next day out will be held couple days after eidul fitri. hope everybody will be free.=]