CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 25, 2011

::: IKEA meatball...halal ke?? :::

Bismillahirrahmanirrahim

salam semua....

o-hoh...sejak dua tiga hari ni kecoh pasal meatball kat IKEA yang dikatakan tak halal tu, kan? banyak jugak tengok komen komen kawan kawan kat FB tentang meatball tu. ada yang gila menyesal sebab dah banyak kali makan *pendek kata setiap kali dia pergi IKEA mesti makan meatball tu* sedap sangat ke? owh, serius cakap aku tak pernah makan. HuHuHu...jangan cakap makan...jejak kaki kat IKEA pun tak pernah. jalan depan IKEA aku pernah. ketinggalan gila, kan? aku cuma orang kampung...kehKehKeh..turun KL pun sekali sekala kalau ada apa apa urusan yang penting...kalau tak jangan harap la aku nak menambah semak kat sana. sakit kepala kot tengok KL yang sesak tu. bagi orang kampung macam aku...tempat metropolitan macam tu tak sesuai dengan aku...HuHuHu.

okay okay...back to the topic la...tadi saja saja jalan jalan kat blog ni, blog serius then ternampak la isu pasal IKEA meatball tu...well, meatball tu telah pun disahkan halal...so, lepas ni tak payah la ada yang rasa susah hati ke hape sebab tak dapat makan meatball tu lagi dah. dan, tak payah ragu ragu tentang halal atau tidak makanan tu tapi kalau still rasa was was tak payah la makan.  buat je sendiri...dijamin halal punye...



*ini rupenye meatball IKEA yang heboh diperkatakan tu...*

banyak je kes kes macam ni kat Malaysia. contohnya, kes Old Town White Coffee tu. ramai yang kata tak halal. sejak OTWC buka kat Taiping ni adalah 4-6 kali aku makan kat situ...last aku pergi Januari hari tu. tu pun sebab teman member yang beria ria nak makan kat situ. makan memang tak ingat la...*time tu still tak tau pasal isu halal diorang* a few days after that...member aku cakap makanan kat OTWC tak halal... terus aku tak pergi dah. keraguan sijil halal OTWC ni sebenarnya dah lama...dah 2 tahun kot isu tentang OTWC ni. aku je yang tak tau. 3 tahun stay kat dalam hutan yang sangat jauh dari pusat bandar menyebabkan aku kurang mendapat pendedahan tentang kes OTWC ni. tau asal balik Taiping je mesti nak makan kat OTWC. tak pernah terfikir pasal halal ke tidak makanan kat situ. owh, lagi info pasal OTWC ni silalah ke sini dan sini. well, ternyata OTWC ni tak pernah mendapat pengesahan sijil halal dari JAKIM mahupun JAIN. setakat ini hanya dua kopitiam yang diakui sah sijil halalnya iaitu Jonker Walk Kopitiam Sdn. Bhd. dan Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd.


susah betul nak makan kat luar sekarang ni, kan? macam macam kes yang kita jumpa. weekend hari tu keluar dengan encik amir ingat nak makan kat Sushi King...tapi tak jadi...sebab ramai orang. dan, rasa was was bila encik amir bagitahu Sushi King diragui halalnya. so terpaksa cancel plan nak makan kat sana. bila balik rumah malam tu terus search pasal Sushi King...dan apa yang dapat aku simpulkan dari sumber yang aku cari adalah...Sushi King tidak mempunyai sijil halal yang diiktiraf dan tidak sesuai dikunjungi oleh kita orang Islam. lagipun kita sendiri tahukan ada arak iaitu sake yang disediakan kepada pelanggan kat premis tu. itu pun sudah cukup untuk membuktikan wujudnya percampuran halal dan haram kat premis Sushi King, kan?

lagipun dari sumber yang aku dapat ada sesetengah makanan yang dijual mengandungi mirin. ape kejadahnye pulak mirin ni? mirin adalah sejenis arak yang sama dengan sake iaitu 'rice wine' dan kedua duanya boleh memabukkan. bezanya cuma mirin hanya mengandungi alkohol sebanyak 14% berbanding sake, 20%. see...pelanggan yang tak tahu wujudnya penggunaan mirin ni akan terus order dan makan. walaupun hanya 14% tapi ia tetap haram, kan? lagi info pasal Sushi King ni boleh tengok kat sini




*see, ramai gila yang q up nak makan kat SK ni, kan?*


*oh, rindulah nak makan cheese cake*

macam mana pula dengan cafe kat atas ni? ada juga yang kata Secret Recipe ni tak halal. actually sebenarnya pengiktirafan halal cafe ni dah pun disahkan. untuk lebih info bolehlah melawat blog ini, fasihah.com so, bagi  SR regular customer tak payah la risau tentang status halal cake dan semua makanan kat SR ye. tapi, kalau still was was tak payah la makan...buat je sendiri... kan lebih bagus hasil dari air tangan sendiri. plus, bagi yang dah berkeluarga tu boleh mengeratkan lagi hubungan dengan anak anak dan suami. TeHeEeEeee... =]

kesimpulannya, sebagai seorang muslim aku rasa wajib kita semak dan pastikan dulu kesahihan pengiktirafan halal sesebuah kedai makan yang kita nak pergi tu samada mendapat pengiktirafan halal dari JAKIM mahupun tidak walau kebanyakan pekerjanya adalah orang Islam. oh yer, bukan setakat kedai makan je produk produk lain pun sama gak. buatlah semakan dulu tentang ingredients dan status halalnya. janganlah ambil ringan je tentang perkara yang akan menjadi darah daging kita. well, renung renungkan dan selamat beramal semua... =D


p/s:- macam mana pula dengan restoran restoran yang mendapat pengiktirafan halal tapi tukang masaknya bukan orang Islam? ada yang sanggup makan tak walaupun tukang masaknya menggunakan gloves ketika menyediakannya? fikir fikir kan...

0 comments:

Post a Comment