CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 31, 2011

::: mencintai atau dicintai :::

bismillahirrahmanirrahim

salam semua. hari ini aku nak berbicara tentang cinta. hahaha. macam pelik je tetiba nak berdiskusi tentang cinta2 ni. tetiba hormon gedik agak meningkat hari ini. he3.okay2, back to the topic. mencintai atau dicintai? yang mana satu menjadi pilihan? setiap satunya ada baik dan buruk. tapi sudah semestinya sebagai manusia yang mempunyai sikap tamak, walau sedikit cuma sifat tu, kita mesti nak kedua2nya bukan? mencintai dan dicintai. 

okay, let say...kalau kita harus memilih diantara kedua2 option yang mana satu akan kita pilih? setiap orang ada pandangan dan pendapat sendiri, kan? kalau aku, aku memilih untuk dicintai. aku pasti mesti ramai yang pilih untuk dicintai juga. kenapa ya? sebabnya untuk kita mencintai seseorang amatlah senang tapi untuk seseorang mencintai kita sepertimana kita mencintai dia sangatlah sukar. kita tak tahu perasaan dan permainan jiwa seseorang itu terhadap kita. 

aku teringat kenangan masa zaman sekolah. aku mempunyai seorang teman yang agak playgirl. teman lelaki keliling pinggang. tapi dia pandai cover. tak pernah kantoi. sekarang dia dah bersara dari aktiviti tu sebab dia dah pon jumpa the other half dia. dulu dia pernah cakap kalau nak bercinta carilah orang yang mencintai kita sepenuh hati dia. terimalah dia walaupun cinta kita tidak sebesar cintanya. oh, aku memang nerd pasal cinta masa dulu2. tak pernah minat pun nak terlibat dengan permainan hati ni. then, aku tanya dia kenapa harus macam tu? dia cakap lagi orang yang mencintai kita takkan sanggup untuk melukakan kita. dia akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan insan yang dia sayang. insyaALLAH. betul ke? entahlah. mungkin juga betul. kalau tidak takkan la ada isteri atau suami yang sanggup jaga pasangannyan yang tengah sakit kan? maksud aku sakit yang dah tak boleh nak buat ape. sakit yang sentiasa perlu bantuan insan lain untuk menguruskan dia. atau sebagai contoh lain seseorang  itu sanggup untuk berhutang keliling pinggang demi memenuhi permintaan pasangan yang dicintainya. semata2 demi membahagia dan menggembirakan insan yang dia sayang. hebat bukan andai dicintai? 

tapi dicintai juga kadang2 buat kita menyampah sangat2. terutamanya kalau kita tak mencintai insan tu. bila tengok je dia depan kita mesti kita cuba nak lari. dan bencinya bila dia tak pernah berputus asa untuk terus mendapatkan cinta kita. walaupun tingkah laku dia tu agak menyampahkan tapi sedikit sebanyak dia buat kita ketawa tengok perangai dia. dia buat kita bahagia dengan tingkahlaku dia. tersenyum saat membuka hadiah dari dia. dan dia buat kita tersanjung dengan kata2 manis dia, kan?  

tapi jika semua memilih untuk dicintai...siapa pula yang akan memilih untuk mencintai? 

mencintai seseorang itu senang bukan? kadangkala ia hadir seketika cuma. bila kita mencintai seseorang berbagai2 perubahan berlaku pada diri kita. kadang2 kita akan tersenyum sendiri. macam orang gila. bila nampak je dia hati berbunga2. apatah lagi bila dia menegur mahupun senyum kat kita. lagilah gila. hati jadi berdebar2, kan?  tiap2 hari kalau boleh nak tatap wajah dia. tanpa kita sedar kita dah pun terlibat dalam zina. zina mata dan hati. kalau hari2 macam tu boleh rosak iman weh. bila tengok dia jalan atau bercakap dengan awek lain je mesti kita marah2. satu hari mood tunggang terbalik je, kan? pikiran pun entah kemana. itulah kesannya andai mencintai seseorang melebihi-Nya. 

dan, hidup terasa lebih 'berwarna' dan semakin bahagia dengan kehadirannya...yang membuatkan kita merasakan diri ini sangat berharga dalam kehidupannya. dan belajarlah untuk mencintai insan yang mencintai kita. terimalah dia apa adanya walaupun kita menginginkan lebih dari itu. dan, janganlah kita mencintai dia melebihi cinta kita pada-Nya. 


Thursday, January 27, 2011

::: rakyat Malaysia semakin romantis :::

bismillahirrahmanirrahim


salam.
a couple holding hands. sweet isn't it?
erm, aii nak cerita beberapa kes yang berlaku dekat aii tentang keromantisan rakyat2 di Malaysia ni.

kes pertama :
oh yer, semalam aii keluar shopping barang dapur with my aunt. lepas tu auntie aii ajak makan kat food court. ok la..orang nak belanja aii ikut je. tak payah keluarkan duit kan? jimat. masa aii tengah makan tu..aii nampak satu couple ni...around 20++ nad tengok gaya masih belum ada apa2 ikatan yang sah pun. gila romantik. bagi diorang la..bagi aii TAK!! hahaha. berpegangan tangan dari mula2 keluar dari lift sampai la diorang pergi beli makanan diorang. eh, tak lepas. hebat. yang bf dia pegang pinggan. gf dia amik nasi, lauk pauk. then, gf dia pulak pegang pinggan. bf dia sendukan nasi and segala lauk pauk yang gf dia nak. ermmm...hebat bukan?? kalau aii la...baik aii buat sorang2. bukan ke melambatkan buat macam tu? part paling best... time nak bayar. tangan still tak lepas. tetiba akak tu raba punggung bf dia. meraba sebab nak amik wallet dalam poket belakang. pergh....amik wallet sambil meraba tu...kah3. ini yang dinamakan sambil menyelam minum air. agak2 la kan...kemudian diorang pilih tempat duduk. aii ingat nak terus pergi beli air...aii tunggu jugak nak tengok kehebatan diorang yang seterusnya..kot2 la terpaksa lepas tangan sebab nak pegang air pulak...mesti merana je perasaan diorang kalau terpaksa lepaskan tangan pasangan diorang kan? then, abang tu bangun...pergi beli air. okay...masa untuk makan pulak. woishhh, sangat romantik yu...makan main suap2. suap pakai sudu takpe jugak nih pakai tangan taw..auwww..menyampah nyah!! 

kes kedua :
2 hari lepas aii keluar dengan bestie aii, Emil, teman dia cari hadiah untuk bonda tersayang. but then, we all masuk tesco kejap. kanda dia suruh beli barang nak buat kek. budak lelaki mana taw nak cari barang2 tu semua. tak pe aii tolong dia. masa we all kat area canned food ada la couple ni... macam saje je nak show off yang diorang tu couple. mula2 aii buat2 pandai je. tapi lama2 makin menyampah bila dia asyik buat ayat gedik dia...kejap2 'bie, nak makan lycee tak?' 'bie, peach ni sedap tak?' 'bie, bla..bla..bla..'...omg!! aii dah makin rimas dengan dia. amik je barang yang we all cari terus blah. oh menyampah!! bie sana bie sini. taw la dia husband kamu tak payah la nak terpekik2 kat orang. kalau dia bukan hubby kau pon..takdenye orang nak tackle. kalau handsome macam encik emil ni takpe jugak. *emil, kau jangan perasan. aku puji setengah rela je* haHAHa. eh, aku ingat setakat tu je perjumpaan we all dengan couple tu rupa2nya tak. at last we all decided blah je dari tesco tu. serius aii ingat aii je yang menyampah dengan couple tu..rupa2nya encik emil ni pon menyampah tengak aksi tergedik minah tu..nasib la weih, kau dapat pahala free hari tu.


see, rakyat Malaysia semakin romantis bukan? sweet kalau dah kawen..kalau belum? kalau aii...aii sangat menyampah tengok orang yang belum ada ikatan halal ni buat perkara2 macam tu. kalau korang aii tak taw la. pandangan orang berbezakan?? tapi agak2 la kalau nak beromantika sekalipun. tak perlu kot sampai suap menyuap dan ber'bie' sana sini. kalau korang dah kawen aii tak kisah la...tapi bagi yang belum kawen tu? sendiri fikir la. tapi kalau kita perasan la kan...kebanyakan yang dah bergelar suami isteri jarang sekali kita tengok beraksi sebegitu, bukan? kadang2 tu yang tengah bercinta pun mesti macam orang dah kawen. belum ape2 dah panggil sayang, honey, hubby, dan seumpana dengannya. mungkin ada yang akan fikir aii jealous dengan diorang. oh sorry. sikit pun takde perasaan tu dalam hati aii. cuma kadang2 menyampah ade la. hahaha. okay la, dah malas nak merepek lebih2. blah dulu. 

p/s:- well, it just my point of view. kalau silap maaf lah yer...


Saturday, January 15, 2011

::: Today I'm Getting a Year Older :::

bismillahirrahmanirrahim

salam. 
oh yeah... like everybody knows..today was my birthday. yay me...heHEHe 
and, yes...i'm getting a year older...but I'm still 17 at heart. HaHaHa. oh, sangat tak sedar diri, kan?? 
well it just doesn't feel different than any other day minus everyone saying HAPPY BIRTHDAY...
 I'm wonder if one day it will feel any different? 
dan... 
syukur Alhamdulillah. ALLAH masih memberi kesempatan untuk aii terus menghirup udara di muka bumi-Nya.
semoga dengan pertambahan umur ini akan membuat aii semakin tabah, semkin kuat, semakin matang dan semakin bertambah iman dan amalan dalam diri. insyaALLAH. amin. =]

well, this year no special celebration...tak macam tahun2 lepas. surprised party made by my roomies and my classmate. huhuhu. i miss that moment. really miss it. Hmmmm...
but nevermind...i already rewarded myself a self bought gif... KiHkIhKiH.
Plus, what's great is a number of my friends remembered and already and called and massaged me!!
Yay me again...hAHhahHAH.


Friday, January 7, 2011

::: Happy Birthday Mom :::



bismillahirrahmanirrahim

this entry specially dedicate to my lovely mother.
Puan Azizah.
with a biiiig hug to say...

Happy Birthday Mom

thanks for being a caring, loving, wonderful, supportive, and thoughtful mother
here's a wishing you a birthday
just as special as you're