CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 31, 2011

::: mencintai atau dicintai :::

bismillahirrahmanirrahim

salam semua. hari ini aku nak berbicara tentang cinta. hahaha. macam pelik je tetiba nak berdiskusi tentang cinta2 ni. tetiba hormon gedik agak meningkat hari ini. he3.okay2, back to the topic. mencintai atau dicintai? yang mana satu menjadi pilihan? setiap satunya ada baik dan buruk. tapi sudah semestinya sebagai manusia yang mempunyai sikap tamak, walau sedikit cuma sifat tu, kita mesti nak kedua2nya bukan? mencintai dan dicintai. 

okay, let say...kalau kita harus memilih diantara kedua2 option yang mana satu akan kita pilih? setiap orang ada pandangan dan pendapat sendiri, kan? kalau aku, aku memilih untuk dicintai. aku pasti mesti ramai yang pilih untuk dicintai juga. kenapa ya? sebabnya untuk kita mencintai seseorang amatlah senang tapi untuk seseorang mencintai kita sepertimana kita mencintai dia sangatlah sukar. kita tak tahu perasaan dan permainan jiwa seseorang itu terhadap kita. 

aku teringat kenangan masa zaman sekolah. aku mempunyai seorang teman yang agak playgirl. teman lelaki keliling pinggang. tapi dia pandai cover. tak pernah kantoi. sekarang dia dah bersara dari aktiviti tu sebab dia dah pon jumpa the other half dia. dulu dia pernah cakap kalau nak bercinta carilah orang yang mencintai kita sepenuh hati dia. terimalah dia walaupun cinta kita tidak sebesar cintanya. oh, aku memang nerd pasal cinta masa dulu2. tak pernah minat pun nak terlibat dengan permainan hati ni. then, aku tanya dia kenapa harus macam tu? dia cakap lagi orang yang mencintai kita takkan sanggup untuk melukakan kita. dia akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan insan yang dia sayang. insyaALLAH. betul ke? entahlah. mungkin juga betul. kalau tidak takkan la ada isteri atau suami yang sanggup jaga pasangannyan yang tengah sakit kan? maksud aku sakit yang dah tak boleh nak buat ape. sakit yang sentiasa perlu bantuan insan lain untuk menguruskan dia. atau sebagai contoh lain seseorang  itu sanggup untuk berhutang keliling pinggang demi memenuhi permintaan pasangan yang dicintainya. semata2 demi membahagia dan menggembirakan insan yang dia sayang. hebat bukan andai dicintai? 

tapi dicintai juga kadang2 buat kita menyampah sangat2. terutamanya kalau kita tak mencintai insan tu. bila tengok je dia depan kita mesti kita cuba nak lari. dan bencinya bila dia tak pernah berputus asa untuk terus mendapatkan cinta kita. walaupun tingkah laku dia tu agak menyampahkan tapi sedikit sebanyak dia buat kita ketawa tengok perangai dia. dia buat kita bahagia dengan tingkahlaku dia. tersenyum saat membuka hadiah dari dia. dan dia buat kita tersanjung dengan kata2 manis dia, kan?  

tapi jika semua memilih untuk dicintai...siapa pula yang akan memilih untuk mencintai? 

mencintai seseorang itu senang bukan? kadangkala ia hadir seketika cuma. bila kita mencintai seseorang berbagai2 perubahan berlaku pada diri kita. kadang2 kita akan tersenyum sendiri. macam orang gila. bila nampak je dia hati berbunga2. apatah lagi bila dia menegur mahupun senyum kat kita. lagilah gila. hati jadi berdebar2, kan?  tiap2 hari kalau boleh nak tatap wajah dia. tanpa kita sedar kita dah pun terlibat dalam zina. zina mata dan hati. kalau hari2 macam tu boleh rosak iman weh. bila tengok dia jalan atau bercakap dengan awek lain je mesti kita marah2. satu hari mood tunggang terbalik je, kan? pikiran pun entah kemana. itulah kesannya andai mencintai seseorang melebihi-Nya. 

dan, hidup terasa lebih 'berwarna' dan semakin bahagia dengan kehadirannya...yang membuatkan kita merasakan diri ini sangat berharga dalam kehidupannya. dan belajarlah untuk mencintai insan yang mencintai kita. terimalah dia apa adanya walaupun kita menginginkan lebih dari itu. dan, janganlah kita mencintai dia melebihi cinta kita pada-Nya. 


0 comments:

Post a Comment