CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 26, 2010

ok la..not bad.~~

bismillahirrahmanirrahim

erm. how to start this entry eh? actually juz wanna say about my 1st test marks. i got it today. not bad la....hmmm... at least more n more than half. ha3. tomorrow i have another test. hope i can get much better than the 1st. hopefully. InsyaALLAH. =)




p/s:- got full marks for my 3rd quiz. ha3.

Monday, May 24, 2010

apekehal???

bismillahirrahmanirrahim


aku dikatakan sombong??? ha3. apesal la banyak sangat orang kata aku sombong? please la guys... stop from saying bad about me. you don't even know me...

rasanye ini bukan kali pertama atau kedua atau ke10 kali nye...aku sendiri pon dah tak ingat ni kali keberapa orang kata aku sombong. walaweh... aku yang sikitnye mesra alam terlampau nih boleh dikata sombong. haila..pekehal???

alkisahnye bermula begini..tadi aku dapat mesej dari one of my friends masa sekolah dulu. friend ke? entah. sebab dia claz mana aku sendiri pon tak sure...aku pon ingat2 lupa la muka dia . oh ye. ayat2 mesej dia seperti berikut:-

*
*
*
*
*

Eee: vio,ko sape eh?? ko skolah tech ke dulu? ko amik course ape eh? asl tak penah nmpak ko pon mase skolah dulu?

woohoo..tak pernah nampak aku? aku cantik sangat ke kurang cantik sekarang nih sampai dia tak kenal aku?? oh ye. tanpa membuang masa aku pon reply la mesej dia.

Aku: oh. aku amik civil dulu. 1claz dengan fae. aku dok sebelah dia.

then beberapa saat pastu dia reply balik.

Eee: oh. ko yg duduk sebelah Fae ms skola dulu kan? aku da ingat ko...patut la aku xberapa nak kenal ko..ko sombong dulu.

DEM!! tetibe je aku rase betapa tak patutnye aku membalas mesej dia. tapi aku tak puas hati aku tetap reply mesej dia. nak taw gak sebab musabab dia kata aku sombong.

Aku: apsal ko kata aku sombong??

laju je dia balas pertanyaan aku. tak sampai seminit. huh, agak2 ujian trengkas dia dapat berapa la eh? full marks kot.

Eee: entah.aku tengok ko sombong gila masa skola. ramai gak budak2 asrama yang kata ko sombong. junior pon penah ngadu kat aku ko sombong.

DOWH!! putus urat nafas sekejap aku baca mesej dia.cam hampeh. aku tak reply dah. malas.

adakah kita boleh judge orang melalui penglihatan sahaja? sungguh tak patutnye alasan.

"aku tengok ko sombong gila...bla2..."

huh terngiang2 dalam mind aku sekarang nih dengan alasan dia. hampeh.

wahai teman2. aku tak sombong lah. part junior..memang aku ngaku la. aku takkenal sorang pon junior masa skolah dulu. ha2. kalo kenal pon sorang dua je. tu pon sebab dowang tinggal kat area umah aku. yang lain hampeh la. memang aku tak kenal kalau orang tanye. ha2. maaf la ye kalau aku tak kenal korang. =)

sekarang aku tertanya2. ape sebab orang kata aku sombong? nak kata aku tak pernah senyum kat orang..mustahil la. itu la yang aku selalu buat.kenal tak kenal aku senyum je.tapi senyum je la. takde lak nak gedik2 senyum gatal kat orang. takde pekdah ye nak senyum2 cover ayu camtu.

hua2. korang kata la ape pon tentang aku. yang pasti aku kenal siapa aku sebenarnye. satu je la aku mintak..jangan la korang kata aku sombong...pastu cerita kat member2 lain aku sombong.korang tak kenal aku pon. try to be friend with me..then baru korang taw aku camne.

okla. aku rasa cukup la kot sesi merapu aku hari ini. ha3. =)



boleh aku merapu sekejap??

bismillahirrahmanirrahim.

kenapa kita selalu memandang keindahan bintang dilangit tapi kita buat bodoh je dengan kelip2 yang cantik berterbangan di malam hari?? apakah ini yang kita labelkan sebagai fitrah manusia? tak pernah sedar dengan keindahan yang ada didepan mata tapi berangan-angan untuk mendapatkan keindahan yang jauh diangkasa. selalu bermimpi untuk mendapatkan bintang yang hanya kita sedar kewujudannya.sedangkan bintang tu tak pernah pon perasan dengan kehadiran kita. sedangkan sikelip2 cuba untuk mendampingi kita.cuba menghampiri kita sehampir yang boleh. tapi kita buat bodoh je sebab mata dan minda hanya nampak keindahan bintang yang kita dambakan...




p/s:- agak2 bintang tu sedar ke kewujudan aku? sikelip2...

Saturday, May 22, 2010

terima kasih sebab menabur janji kat aku.~~

bismillahirrahmanirrahim

oh ye. entry kali ini aku tujukan spesial untuk sorang kawan aku. aku tak mau panggil dia sahabat. sebab sahabat dengan kawan jauh bezanye. ko nak terasa? terasa la. ape aku kesah. ;p

oh yer..berbalik pada tajuk entry aku kali ini. aku nak ucapkan terima kasih banyak2 sebab ko sudi menaburkan janji kat aku. walaupun ko tak pernah tunaikan janji2 yang ko buat dan ko memberi harapan kat aku sampai aku sanggup jadi manusia bodoh tunggu ko tunaikan janji2 ko. memang sengal sangat2 la. dan tahniah sebab ko berjaya buat aku jadi orang bodoh. but in the same time, ko buat aku jadi seorang yang optimis. erm. tahniah la ye.

tapi kan. ha...nak bagi taw satu rahsia kat ko. bile ko tak tunai kan janji2 tu kan aku rase cam bangang taw. pastu disebab kan ko tak tunai kan janji2 ko aku rase cam xder maruah lak. cam aku ni bodoh sangat.cam aku ni pengemis je. yer la..asyik tanye ko bile nak tunaikan..bile nak buat. bile nak bagi..tetiba one day aku realized yang aku tak patut jatuhkan maruah aku meminta2 ilmu yang ko taknak share dengan orang pon. so hiduplah ko dengan ilmu ko. aku akan terus berusaha untuk belajar sendiri. tak perlu ko belagak nak jadi cikgu aku.

ermm..aku nak tanye ko la...agak2 ko ape perasaan ko kalau dulu aku buat macam tu kat ko? aku tabur janji kat ko. pastu aku tak tunai kan? macam mana kalau aku kedekut ilmu macam kau? ha3. kompem ko sakit hati kan? kompem ko ngutuk aku kan? mesti ko akan cakap aku kedekut kn? jap2. aku taw ayat yang ko selalu ko cakap bile orang taknak bagi ape yang ko nak..." alah. ingat aku kebulur sangat ke? sengal. mati la ko dengan bende2 tu. kedekut sangat kan? harap2 ko fail" betul tak itu ayat ko? halah. da lame aku kenal ko. kompem la aku boleh hafal ayat ko.

oh yer...lepas ni ko tak payah susah2kan diri ko untuk buat lirik lagu janji manismu versi 2010 pulak ye. ko buat pon bukan aku nak caye.btw, thanks la sebab ko buat aku menjadi seorang yang semakin optimis.

ape hal suka susahkan diri?

bismillahirrahmanirrahim


aku pelik la apesal orang selalu susah kan diri sendiri demi orang lain? ape bajet nak jaga hati orang tu la? WTF la kan. xder makne pon ko jaga hati orang kalau orang tu tak reti nak jaga hati ko balik. DEM. tak terasa bodoh ke kalau asyik jaga hati orang lain tapi hati sendiri yang sakit?

mungkin orang yang dalam situasi ni akan cakap kat aku camni.." ko cakap senang la..aku yang kena ..ko mana taw ape.." heleh. kamon la. sape cakap aku tak penah masuk and involved kan diri aku dengan perkara2 camni? bukan setakat sekali. berkali2. tapi aku takde la nak bodohkan diri aku untuk terus jaga hati dengan perasaan orang kalau dah taw hati sendiri sakit.busan jugak kan kalau kita je yang sakit hati. so, cube la tegas sikit. jangan la lembik sangat. cube gembira kan sikit hati tu. nih demi orang lain sanggup jaga hati dengan perasaan dia tapi in the end ko jugak yang sakit. ko jugak yang ngutuk kat belakang. bukan ke ko jugak yang dapat dosa? pahala tak tambah dosa yang banyak. so fikir2kan dan renung2kan la. aku malas dah nak cakap banyak kat ko. aku dengar je. tu pun sebagai bedtime story aku je.

Wednesday, May 19, 2010

ho yeah!!~~

Bismillahirrahmanirrahim

ha2. new thing yg aku try dari fb. cam hampeh. actually, takde la new sangat. selalu dah aku try mende2 camni. tambahan time2 tengah dilanda kebusanan yang melampau. mula la aku bermain dengan benda2 mangarut nih. tapi kan. aku tak pasti kebenarannye. kadang2 aku tengok sume cam same je. betul ke itu kajian yang diorang dapat from their observation? ke just sukahatimakcik dorang wat benda2 ni sume?? entah la. aku cume main untuk memenuhi ke'free'an masa yang aku ade je. bukan niat aku nak percaya semua benda nih. just for fun. tak lebih. tak kurang. jom kita tengok ape yang dia observe dari b.o.d aku. lawak dol. ade betol ngan tak betol nye observation dorang nih.


Rahsia Sifat Tarikh Lahir Anda Ialah:

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

ha3. so, sape2 yang lahir mase bulan january ade tak yang sama dengan keputusan dorang nih? ha2.jangan la percaya benda2 ni sume. tak elok. sekadar menghilangkan kebosanan bile da mereng tu takpe la. he2. =)

Happy Birthday Abah.~~

Bismillahirrahmanirrahim

DEM!!~~ Tadi aku dapat mesej dari adinda aku. ceit. aku boleh lupa birthday abah aku. hampir lupa sebenarnye. tapi nasib baik adik aku bagitaw..ops!!~~ correction. mengingatkan bukan bagitaw. kalo tak...korang faham sendiri la. rase2 cam baru jer celebrate birthday abah...erk...tahun lepas.. .he2. lupa2. so, apelagi aku cepat2 mesej abah aku. wish happy birthday kat dia. then, abah reply say thank you. dan beberapa soalan tambahan seperti..." duit ade lagi tak? esok abah bank in kan duit lagi." wuhuuuu...~~ cam best je aku bace mesej tu...rase2 korang aci tak kalau aku wish happy birthday hari2 kat dia??? *wink2*

satu masalah besar sekarang ni...aku tak taw nak bagi present ape kat abah. nak bagi kasut..aku da bg tahun lepas2. elok lagi aku tengok kasut tu. nak bagi wallet. mama bagi anniversery dorang tahun lepas. elok je lagi. wat pe banyak2 wallet kan.tak kan nak bagi teddy bear lak kan??? nak bagi perfume...pon da bagi tahun lepas. banyak je lagi aku tengok. takkan nak bagi benda yang sama kan?? haish...nak bagi jersey team bola fevret dia...kompem Azam yang balun nanti. kenapa saya berkata begitu?? sebab jersey yang aku bagi 3tahun lepas elok tersergam indah kat body adik aku ,masa aku balik umah baru2 nih. padahal abah punye la sayang nak pakai. abah cakap dia mintak pinjam kat abah so takkan abah taknak bagi kan. alih2 wat harta sendiri lak. nak je aku rase nak kerat2 18 adik aku sorang tu. hampeh. duit banyak bukan nak beli sendiri. so, sekarang aku dalam dilema nak bagi hadiah ape kat abah. kompem hadiah2 yang best2 mama and adik2 aku da amik dulu. ape yang tinggal untuk aku?? bagi tayar keta spare boleh tak???

agak2 korang la..aci tak kalo aku wat fevret cake abah?? as my present to him la..plus caremel almond popcorn?? tapi rase cam biase dah. sebab setiap kali balik kompem dia suh aku buat salah satu makanan tu. huish..konpius2. ape2 hal aku kena consult dengan consultant aku la. mama. she know what the best. ha2. tadi, mama mesej tanye bile balik...sebab dorang nak celeb birthday abah. tapi disebabkan aku takde so terpakse postpone sampai aku balik. ha2. sorry la adinda2 ku semua. tunggu la kepulangan kekanda korang lagi 3 minggu. ha2. =) aku taw ia merupakan satu penyiksaan untuk korang. ha2. da lapar sgt cake SR gi la beli...nak suruh aku kuarkan duit gak ke baru nak makan??? sungguh la korang sanggup menahan keinginan dari keluarkan duit sendiri. ceit. da la malas nak bebel2. wat sakit lidah je. ~
*adik2 aku memang ngeng~*

well, untuk abah...

wish u HAPPY 49th BIRTHDAY.
may god bless you.
terima kasih kerana menjadi abah kepada kami semua.
we love you Capt. Rosli.
muah4.

=)




p/s: pasni every month makan cake. ha2. rabak la purse aku kene beli hadiah untuk adinda2 aku. haish...kene topup purse awal2 nih. bantuan2. =)

Monday, May 17, 2010

hari2 bermain nombor~~

Bismillahirrahmanirrahim

ha2. setelah hampir seploh hari amik class applied statistic nih..best plak aku rase..asal dulu masa blaja otak jammed eh? tak berfungsi langsung...mungkin sebab tak faham kot..tapi sekarang nih calculator tak lepas dari tangan la...hari bermain dengan calculator..dah tak de cellphone di tangan lagi dah..save kreadit..ha2. bila da faham ape yang perlu di kira and di cari rasa best sangat2. hope paper ni bleh dapat A. insyaAllah.

hari ni paling best blaja..sebab..fendi blanje keropok ngan air susu dutchlady..terbaek la. *thanx to mr. fendi. ha2. aku men2 je suh ko blanje teh ais bro...*

tapi adakah kami berlima student yang paling nakal?? da la hari2 pakcik driver bus tu bawa kiteorang je..*sebabnye selalu turun lambat...*bayangkan bus yang besar dan panjang tu..hanya memuatkan 5 orang student..ha3..masuk claz lak lambat seploh minit..pastu terpinga2 ape yang lecturer cakap pastu lynn dengan ain lak suke cakap kuat2 kat blakang..sampai 1 claz tu asyik tengok line blakang je..fendi sampai naik malu aku tengok..aku ngan fiza pon naik malu..femes sebentar la.....ha2. tapi kiteorang gak la yang slalu jawab soklan lecturer. bising tak pe janji taw ape yang kita blaja.kan2?..kalo tak...memang hampeh la..sorry puan haliza..sorry sebab lambat..sorry sebab suka berkelah time u mnajar..sorry sebab kawan2 saya suke buat bising kat blakang. soorryyy sangat2.

Saturday, May 1, 2010

nasib orang bujang~~

Bismillahirrahmannirrahim

ha2. bile bace benda ni..rase cam ade betul nye jugak. klakar2. benda2 camtu la yang selalu jadi kat orang2 bujang sekarang nih. tambah2 lagi kalau umur da semakin mningkat. haila...ksian wooo orang2 bujang ni..bukan tak de hati or impian nak kawen tapi belum sampai seru lagi...jom bace. aku dapat ni pon masa godek2 google tadi. saje2 je..alih2 cam best plak bace..so, enjoy la ye..


Bila nak kawin???

Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh…aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa…haa…haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyyy)

Bila nak kawin???
Aaahhh….sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.

MORAL OF THE STORY : DONT ASK! *stuju sangat2*

**secebis KASIH membuat kita SAYANG ….seucap JANJI membuat kita PERCAYA…..sekecil LUKA membuat kita KECEWA…..tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA…**

apakah kebenarannya. jom tengok.

bismillahhirrahmanirrahim

he2. tadi tengah bosan2 tak tau nak buat apa aku pon saja je la google benda2 kajian personaliti ni..macam2 la yang aku dapat. ni salah satu daripadanya. kajian nia aku da pernah baca dah dulu2. tak silap masa aku umur 12tahun dulu. *gila dah lama* jom2 explore. =)


Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. * yg 1st tu btl.tapi yg part serius tu...slh la..aku nmpk je serius..tp tak pun. suka dididik tp tak suka mendidik. adik aku kata aku garang time ngajar org.*
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.*ermmm..sangat suke observe orang sebenarnye.*
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. *bile kena part rajin la...he3*
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. *hah. absolutely. xmau la comot2.*
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. *so watch out k. saya ni sensetif tau. ha3.*
* Pandai mengambil hati orang lain. *camne nak amik hati orang? nak kena belah dada dia ke?*
* Pendiam kecuali telah dirangsang. *hua2. =D yer la sgt pendiam.*
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. *pemalu tu wajib ada la...*
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri. *sangat sukar sebenarnya.*
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. *ha3. dah terlebih 'sehat'. selsema. so ubat kene bawa ke mana saja.*
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. *ha...ni tak pernah explore lagi la so tak tau.*
* Cukup sayang pada kanak-kanak. *anak sedara aku selalu cakap..."ibu, acik ni garang la". hampeh kan??*
* Suka duduk di rumah. *rumahku syurgaku kan??*
* Setia pada segala-galanya. *saya pernah lepak setiawangsa. =)*
* Perlu belajar kemahiran bersosial. *erk...kemahiran yang macam mana lagi ni?? takpe la saya tak suka bersosial. =D *
* Sifat cemburu yang sangat tinggi *hua2. yer ker? silap kot...*grin* *

Bismillahirrahmannirrahim

huwaa..hari ni dah masuk bulan baru.
kejap je dah bulan May eh...
well, kalau dah hari ni 1st may...so mean hari ni labour day la kn??
so, Happy Labour Day.

actually, that not what i'm gonna say today.
he3.
actually, aku tertarik dengan google nye pic about labour day kat atas tu.
huh, gile terkejut la masa surf google td.
ingat aku da silap bkak web ke hape td.
skali google dedicated it sempena labour day da...
hamende la aku ni kan.. *grin*
siyes dah lupe tarikh. ha3.

btw, HAPPY LABOUR DAY for all.

=)