CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 23, 2010

:::mungkin ke??:::

bismillahirrahmanirrahim

salam.
oh, hari ini aku terfikir lagi. tentang satu perkara ni. dah banyak kali dah aku fikir dan kaji. lepas tu aku akan lupakan je. dah malas nak serabut kepala otak aku nih. so, aku tinggalkan separuh jalan kajian tu. ada juga tanya teman2 rapat yang boleh dipercayai...tapi semua bagi jawapan yang sama. standard answer macam "pelan2 kayuh. belum sampai masa lagi tu" " ala, rilex la...nanti2 adalah tu" " mungkin nanti hang akan jumpe yang terbaik untuk diri hang" erm, mungkin... tapi hari ni masa otak tengah blank tadi...tetiba teringat balik kajian ni. kajian yang dah lama aku tangguh. sejak zaman2 sekolah dulu. okay, dulu boleh abaikan. aku kuatkan hati aku. aku cuba bersikap terlebih optimis. sampai semua perkara aku fikir positif je. kalau dulu aku boleh terima semua fikiran positif aku tu..sekarang ni...aku macam dah tak mampu. hermm...mungkin betul kot andaian aku tu..yang aku tak ada tuah dalam perkara ni. mungkin...

listening = with you i'm born again


p/s:- huh. optimis..optimis. jangan fikir bukan2. banyak masa lagi.

Wednesday, September 22, 2010

:::gathering lagi:::



Bismillahirrahmanirrahim

salam.
kali ni aku upload gambar2 masa kiteorang gathering+picnic kat lake 16 sept hari tu. it was fun. dah lama tak picnic sama2. so, bila semua balik taiping kiteorang pun buat la gathering. tapi, agak kurang keseronokan sebab tak cukup korum nak main mahjung. ha3. puan baiti tak balik maaa...dia kerja. so, we all terpaksa melukakan hati dia dengan membuat 3G. sorry sayang...lain kali kita picnik sama2 yer. ermm...dah malas nak menaip, so, hope enjoy with the pics. daaa....


*aksi sawan sahabat2 saya*

*hoila...cantik seyh view belakang tu*

*erni bajet macho*

*peace*

*kalau nak tau dia lah pencipta strawberry tarik*

*mereka dengki sebab saya bace doa makan. ha3.*

*ruang kosong disitu untuk baiti*

*K.A.M.I*

*gelak sakan mereka telah aku candid*

*siapakah yang tengah joint sukaneka sekolah rendah?? raihan jawapannya*

*love this pic because i'm the fotographer. ha3.=D*

*bila bersama terasa penat sebab banyak ketawa*

*sahabat selamanya*

*erni tengah wat tarian singa. well, practice make perfect, rite??*

*saya nak gath macam ni lagi. bila ye??*

*from taiping with love. ini kampung kami. kampung korang ada ke macam ni?*

*pengganas2 tegar taiping.*

*perkara wajib buat bila kami bersama*

*trying to pose like paris hilton. malangnya ia menjadi paris hiltong. ha4.*

Saturday, September 18, 2010

:::sawah padi:::

bismillahirrahmanirrahim

salam.
saje jer nak post gambar ni. gambar ni aku shoot masa petang raya. agak keributan di rumah arwah nenek aku dengan saudara mara mama. aku agak rimas kalau ramai2 sangat kat rumah tu..so aku blah shoot gambar. tapi budak dua orang nih mengacau. ha3. ape2 la kn...


*budak2 ni kena paksa jadi model aku.*

*my sis*

*pis*

*cubaan menjadi cover girl untuk majalah wanita. muahaha.*

*dia bajet dia comel*

*cousin*

*hoila...cam mak ngan anak*

*ape motif taktaw*

*hoh-ho. aku sungguh hensem disini*

*oh. kelapa nan sebatang*

Tuesday, September 14, 2010

::syawal ini:::

bismillahirrahmanirahim

salam.
sekejap je dah masuk syawal ke-5 kan. pantasnye masa berlalu. heh-he. syawal kali ni..ade banyak sangat kejutan. yang baik mahupun yang menyakitkan hati. every year benda yang menyakitkan hati ini akan terjadi kat aku.hampeh. macam2. busy teramat pon yer jugak. walaupun penat melayan tetamu, penat memandu, penat memampatkan perut, penat mencuci pinggan mangkuk, penat memasak, penat mengemas rumah, dan penat bergelak ketawa sampai keluar air mata...semua tu tak ade masalah. ha2. =]

oh ya, ramadhan kali ini aku penuh lagi. cukup 30hari. sama macam tahun2 lepas. syukur ALHAMDULILLAH.tak payah penat2 nak ganti. oh ye, teman2 saya, adik2 dan cousins ku...korang jangan jeles yer. ha3. korang kata la aku tak normal ke hape pun..janji aku puasa penuh. diulang yer...PENUH. HAH-HA. aku nak gelak jahat kat korang semua.

korang tahu tak ape aktiviti aku masa syawal kali ini..erk, aktiviti dari syawal pertama sampai hari ini, syawal ke-5. aktivitinye ialah...

1. syawal pertama
  • macam biasa. lepas settle semua perkara kat rumah di taiping nih kiteorang 1 family akan balik kampung. pergh...kali ini aku bawa keta sorang2. mama, abah, & adik aku naik kereta abah. aku bawak kereta lagi satu. sebab..entah. abah suruh. ha3. bajet nak ziarah pusara grandparents aku dulu sebelum masuk kampung...aleh2 tak jadi..sebab time tu solat jumaat. hanya abah dengan azam je yang ziarah. mama terpaksa naik dengan aku. sampai kat kampung semua auntie2 aku and family diorang dah sampai. ini perkara wajib dalam family mama aku. family gathering kat rumah arwah nenek dengan atok.so, bermulalah perkara2 yang diluar kawalan. gelak ketawa tak hingat dunia. makanan berbagai2. kenyang seyh. dan sesi fotografi yang gila2. malam aku balik taiping. waaa...scary. jalan sesak gila. nak2 pulak mata tak berapa nampak bila kena silau lampu kereta. haruslah menjadi pemandu yang cermat tak hengat. ha3.
2. syawal kedua
  • aku bangun tido kol 11.30. tu pon sebab dapat mesej dari erni yang jemput aku datang kerumah dia. ha3. bajet malas nak pergi lagi. sebab nak jalan2 rumah member bagi habis suma raya ketiga. sekali erni buat ayat sedih. hampeh. menikam kalbu betul terpaksa roger aan dengan wan.finally, aku, rehan dengan intan jer yang pergi. wan...cannot go lah. dia dah ada agenda tersendiri. ha2. nasib la.lepas pergi rumah erni, aku pergi rumah aan pulak. makan mee kari. oh-yeah. da lama tak makan. heh2. sedap. lepas tu aku terpaksa rushing balik rumah pulak. sebab kena pergi umah maksu aku. abah tak boleh join sebab ade prob kat site. so aku la yang kena jadi driver mama aku. cukup menyakitkan hati bila jalan yang selama ini tak pernah sesak tetiba jadi sesak dan perjalanan yang hanya ambil masa sejam jadi 2jam 23 minit disebabkan polis trafik. dey, dah ade traffic light pehal ko nak jaga lagi. show off la tu. mentang2 masuk tv. macam hampeh. balik malam tu nasib baik ok. takde hal. cuma ada pemandu bodoh yang boleh mengheret aku ke kancah kemalangan. dan free2 je mamat tu kena fire dengan kata2 pedas aku. hah. amik ko.
3.syawal ketiga
  • aku buat open house. yea2. aku jemput semua bf2 tak jadi aku. dengan my bff. menu=laksam+jus tembikai+my handmade biskut2 raya. hah-ha. petang pulak aku berkunjung kerumah mama ainon@mama puan baiti. menu=laksa goreng. sedap seyh. 1st time makan. aku tambah sampai dua kali. yayan juga. wan turut serta sampai tercekik ais batu. lepas tu kan dapat duit raya dari mama. banyak lak tu. dah besar pon dapat.ha2. lepas pergi rumah mama kiteorang serang rumah wan pulak. hah-ha. sampai rumah baru aku perasan handphone present dari abah sempena resul MUET aku hilang. aku sayang gila taw dengan hp tu. call punya call adalah sorang mamat tu jawab.dia cakap dia jumpe hp aku kat parking kereta. so, aku jumpe dia kat kamunting utk amik hp aku.nasib baik dia nak pulangkan. kalau tak..haish..menangis sebulan aku. dah la tu je harta yang aku ada. aku rasa mesti mamat tu dah godam hp aku. haish~~
4. syawal keempat
  • hari keempat ni...aku stay rumah jer sebab auntie2 aku nak datang. dan kakaka aku juga. dia baru balik dari kelantan. tahun ni dia beraya kat rumah father-in-law dia. nasib la. so, rumah kecik aku sangat la mampat bila berkumpul ramai2 macam ni...menu=rendang ayam+keropok lekor+soto+ribena bandung. huh, pengaruh iklan betul.
5. syawal kelima
  • aku mendapat mesej dari bf2 tak jadi aku zaman sekolah dulu. ajak beraya kerumah member2. tapi aku malas join. mau tak malas...bangun tido pon pukul 10.30am..baju tak gosok. nak pulak mama buat nasi lemak untuk breakfast. aku lebih rela tak kuar dari rumah demi nasi lemak sambal sotong dengan udang yang mama buat tu. aku tolak dan ajak keluar petang2 sikit. dan akhirnya..aku berjaya goda diorang keluar petang. ha2. hebat tak goadaan aku? ha3.
hah-ha. tak de la special sangat pon aktiviti syawal aku kan. phewww...tapi kan asal raya je..aku mesti dapat berbagai2 soalan yang menyakitkan hati. soalan2nye ialah...

1. soalan pertama :- kamu dah keja ke kakak?
  • mengong. tanye aku soklan camtu. sah2 la aku blaja lagi. belum habis pon lagi. empat tahun ma..empat tahun.
2. soalan kedua :- lepas habis nak buat ape? keja ke nak kawen?
  • lagi satu soalan hampeh. asal habis blaja je harus kawen on da spot ke? ceit. anak ko asal tak kawen2 lagi? da dua tahun kot habis blaja. umo same aku je. keja pon belum kan??? oh, lupa...anak kamu bijak. genius. kan? kan? minded...sempit betol cousin mama aku ni. sibuk je hal aku. aku nak keja dulu la. seploh tahun lagi baru aku kawen.
3. soalan ketiga :- kamu dah ada pakwe ke kakak?
  • ni soalan yang aku paling pantang. petala ke 11 aku bagi. haish...hampeh je. terang2 aku tak suka terikat dengan komitmen lagi mau tanya. dan aku buat tipu sunat...aku cakap dah ada. balaja lagi. kat obersi. hamek ko. tapi kan...tup2 dia bukak cite anak dia kena risik dengan lawyer hari tu. aik, pe kes eh? nak show off kat aku ke hape?? haish...dah tua perangai...
korang taw tak soalan2 tu dia soal oleh orang yang sama. anak beranak. sorang dah tua bangat. sorang same age with my mom. nenek sedara dengan cousin mama aku. ape la kan...

da la malas nak ngarut lebih2. nanti aku da habis edit gambar raya dan kalau aku rajin aku upload la. tu pun kalau rajin la...=]


p/s:- tak sangka dah masuk post yang ke 100. ha3. banyak jugak aku merapu yer.

Wednesday, September 8, 2010

::: Selamat Hari Raya, teman :::


bismillahirrahmanirrahim

salam..
di bulan yang baik dan mulia ni...aku nak buat special dedication untuk korang2. he2.=] tak sempat nak send kad raya la...malas pon ade gak..so, aku rasa ini adalah cara yang paling aku rajin dan senang dilakukan. tak payah nak menulis. tak payah fikir my handwriting tu lawa ke tak. tak payah buang masa..cepat dan pantas je. tak payah guna stem. tak payah nak pilih2 kad raya ape yang sesuai..he2. aku agak malas sikit tahun ni yer. so, bacelah ucapan raya di perantauan aku. ha3.=D

1. Betty
  • bet, slamat hari raya. aku mintak ampon dan maaf kat hang kalau selama ni aku banyak buat salah kat hang. segala kata2 atau perbuatan aku yang menyakitkan hati tu silalah di maafkan ye. hang adalah sahabat yang terbaik. hang juga adalah sahabat yang paling advanced antara diorang berempat. hah-ha. walaupun raya ni hang takde..*dan ia amat membosankan sebab tak cukup korum main mahjung* dan tak dapat makan laksam kat rumah aku.takpe..aku akan makan bagi pihak hang...don't worry okay. woh, tahun ni aku dengar hang punya baju raya jubah yer?? ha2. teringin nak tengok hang pakai jubah. dah la malas ngarut banyak2. nanti hang bosan. ibu mengandung tak boleh bosan banyak2.he3. SELAMAT HARI RAYA, PN.BETTY =]
2. A'an
  • An, slamat hari raya jugak kat hang. walaupun hang adalah sahabat aku yang paling sengal...tapi hang adalah driver aku yang paling baik. sukar untuk aku mengungakapkan "you're fired" macam Donald Trump tu..sebab nanti sapa la yang nak amik aku pergi beli blog. amik aku kat kamunting. amik aku pergi jalan2 cari pasal. sukar sangat2 an. ha2. okay2. serius2. Raihan Nadzirah Mohd Nadzri, aku nak mintak maaf atas segala kesalahan yang aku buat kat hang. segala kata2 dan perbuatan aku yang buat hang rasa nak bagi penampar *wlpn hang tak bagi* silalah maafkan. sama ada yng ter or tak ter tu...ampon kan lah aku. raya ni jangan lupa mai rumah aku. menu adalah..laksam + bihun sup + handmade kueh raya. he3. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI AN. =)
3. Wan
  • Wan, maafkan aku atas segala kesilapan aku kat hang. hang adalah sahabat yang selalu menjana kekreativitian aku. ha3. thaks a lot babe. sempena bulan mulia ni..aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI =]. raya ni jemput2 la datang rumah aku. heh-he. aku sayang hang...aku nak puji hang nih..harap2 dapat la duit raya. hang baik..hang pemurah...hang kreatif..ape lagi eh..ha3. dah la..ngarut je lebih. maafkan aku yer. kita zero-zero. tau. =D
4. Gee
  • jijah, walaupun hang macam Chipsmore...sekejap ada sekejap takde...aku tetap nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN. aku juga ingin memohon maaf dari hujung tudung sampai hujung heel kasut aku. maafkan lah aku insan yang mulia ini. ha3. walaupun raya kelima baru hang balik taiping..akukan tetap setia menantimu..perghhh, tunggu macam hang dok kat medan peperangan je kan..ha2. ape2 lah. janji hang maafkan aku yer. he3. dah2. pi tengok patience hang tu. kang ada yang tak cukup oksigen lak. selamat hari raya. =]
5. Erni
  • aku tak tau hang baca ke tak...tapi aku tetap nak wish SELAMAT HARI RAYA gak. maaf zahir batin taw. dari luar sampai dalam. ampun kan segala kesalahan aku kat hang. raya nih hang di jemput memeriahkan majlis makan2 kat rumah aku. ah2. aku akan serbu rumah hang dengan yayan untuk makan bakso. ha3. buat sedap2. weih, selamat hari raya taw...wiiii..=]

erm...harap2 korang terharulah dengan ape yang aku taip tu. ha3. walaupun tak..korang buat2 la terharu. i'm really appreciate it. hah-ha. lagi..aku nak bagitau..thanks for being my bestie. tanpa aku sedar kita dah bersahabat hampir sepuloh tahun kan...korang adalah sahabat yang paling terbaik. korang juga adalah insan2 kedua yang paling penting dalam hidup aku. korang adalah sahabat yang paling terbaik. sahabat selamanya. =]