CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 14, 2010

::syawal ini:::

bismillahirrahmanirahim

salam.
sekejap je dah masuk syawal ke-5 kan. pantasnye masa berlalu. heh-he. syawal kali ni..ade banyak sangat kejutan. yang baik mahupun yang menyakitkan hati. every year benda yang menyakitkan hati ini akan terjadi kat aku.hampeh. macam2. busy teramat pon yer jugak. walaupun penat melayan tetamu, penat memandu, penat memampatkan perut, penat mencuci pinggan mangkuk, penat memasak, penat mengemas rumah, dan penat bergelak ketawa sampai keluar air mata...semua tu tak ade masalah. ha2. =]

oh ya, ramadhan kali ini aku penuh lagi. cukup 30hari. sama macam tahun2 lepas. syukur ALHAMDULILLAH.tak payah penat2 nak ganti. oh ye, teman2 saya, adik2 dan cousins ku...korang jangan jeles yer. ha3. korang kata la aku tak normal ke hape pun..janji aku puasa penuh. diulang yer...PENUH. HAH-HA. aku nak gelak jahat kat korang semua.

korang tahu tak ape aktiviti aku masa syawal kali ini..erk, aktiviti dari syawal pertama sampai hari ini, syawal ke-5. aktivitinye ialah...

1. syawal pertama
  • macam biasa. lepas settle semua perkara kat rumah di taiping nih kiteorang 1 family akan balik kampung. pergh...kali ini aku bawa keta sorang2. mama, abah, & adik aku naik kereta abah. aku bawak kereta lagi satu. sebab..entah. abah suruh. ha3. bajet nak ziarah pusara grandparents aku dulu sebelum masuk kampung...aleh2 tak jadi..sebab time tu solat jumaat. hanya abah dengan azam je yang ziarah. mama terpaksa naik dengan aku. sampai kat kampung semua auntie2 aku and family diorang dah sampai. ini perkara wajib dalam family mama aku. family gathering kat rumah arwah nenek dengan atok.so, bermulalah perkara2 yang diluar kawalan. gelak ketawa tak hingat dunia. makanan berbagai2. kenyang seyh. dan sesi fotografi yang gila2. malam aku balik taiping. waaa...scary. jalan sesak gila. nak2 pulak mata tak berapa nampak bila kena silau lampu kereta. haruslah menjadi pemandu yang cermat tak hengat. ha3.
2. syawal kedua
  • aku bangun tido kol 11.30. tu pon sebab dapat mesej dari erni yang jemput aku datang kerumah dia. ha3. bajet malas nak pergi lagi. sebab nak jalan2 rumah member bagi habis suma raya ketiga. sekali erni buat ayat sedih. hampeh. menikam kalbu betul terpaksa roger aan dengan wan.finally, aku, rehan dengan intan jer yang pergi. wan...cannot go lah. dia dah ada agenda tersendiri. ha2. nasib la.lepas pergi rumah erni, aku pergi rumah aan pulak. makan mee kari. oh-yeah. da lama tak makan. heh2. sedap. lepas tu aku terpaksa rushing balik rumah pulak. sebab kena pergi umah maksu aku. abah tak boleh join sebab ade prob kat site. so aku la yang kena jadi driver mama aku. cukup menyakitkan hati bila jalan yang selama ini tak pernah sesak tetiba jadi sesak dan perjalanan yang hanya ambil masa sejam jadi 2jam 23 minit disebabkan polis trafik. dey, dah ade traffic light pehal ko nak jaga lagi. show off la tu. mentang2 masuk tv. macam hampeh. balik malam tu nasib baik ok. takde hal. cuma ada pemandu bodoh yang boleh mengheret aku ke kancah kemalangan. dan free2 je mamat tu kena fire dengan kata2 pedas aku. hah. amik ko.
3.syawal ketiga
  • aku buat open house. yea2. aku jemput semua bf2 tak jadi aku. dengan my bff. menu=laksam+jus tembikai+my handmade biskut2 raya. hah-ha. petang pulak aku berkunjung kerumah mama ainon@mama puan baiti. menu=laksa goreng. sedap seyh. 1st time makan. aku tambah sampai dua kali. yayan juga. wan turut serta sampai tercekik ais batu. lepas tu kan dapat duit raya dari mama. banyak lak tu. dah besar pon dapat.ha2. lepas pergi rumah mama kiteorang serang rumah wan pulak. hah-ha. sampai rumah baru aku perasan handphone present dari abah sempena resul MUET aku hilang. aku sayang gila taw dengan hp tu. call punya call adalah sorang mamat tu jawab.dia cakap dia jumpe hp aku kat parking kereta. so, aku jumpe dia kat kamunting utk amik hp aku.nasib baik dia nak pulangkan. kalau tak..haish..menangis sebulan aku. dah la tu je harta yang aku ada. aku rasa mesti mamat tu dah godam hp aku. haish~~
4. syawal keempat
  • hari keempat ni...aku stay rumah jer sebab auntie2 aku nak datang. dan kakaka aku juga. dia baru balik dari kelantan. tahun ni dia beraya kat rumah father-in-law dia. nasib la. so, rumah kecik aku sangat la mampat bila berkumpul ramai2 macam ni...menu=rendang ayam+keropok lekor+soto+ribena bandung. huh, pengaruh iklan betul.
5. syawal kelima
  • aku mendapat mesej dari bf2 tak jadi aku zaman sekolah dulu. ajak beraya kerumah member2. tapi aku malas join. mau tak malas...bangun tido pon pukul 10.30am..baju tak gosok. nak pulak mama buat nasi lemak untuk breakfast. aku lebih rela tak kuar dari rumah demi nasi lemak sambal sotong dengan udang yang mama buat tu. aku tolak dan ajak keluar petang2 sikit. dan akhirnya..aku berjaya goda diorang keluar petang. ha2. hebat tak goadaan aku? ha3.
hah-ha. tak de la special sangat pon aktiviti syawal aku kan. phewww...tapi kan asal raya je..aku mesti dapat berbagai2 soalan yang menyakitkan hati. soalan2nye ialah...

1. soalan pertama :- kamu dah keja ke kakak?
  • mengong. tanye aku soklan camtu. sah2 la aku blaja lagi. belum habis pon lagi. empat tahun ma..empat tahun.
2. soalan kedua :- lepas habis nak buat ape? keja ke nak kawen?
  • lagi satu soalan hampeh. asal habis blaja je harus kawen on da spot ke? ceit. anak ko asal tak kawen2 lagi? da dua tahun kot habis blaja. umo same aku je. keja pon belum kan??? oh, lupa...anak kamu bijak. genius. kan? kan? minded...sempit betol cousin mama aku ni. sibuk je hal aku. aku nak keja dulu la. seploh tahun lagi baru aku kawen.
3. soalan ketiga :- kamu dah ada pakwe ke kakak?
  • ni soalan yang aku paling pantang. petala ke 11 aku bagi. haish...hampeh je. terang2 aku tak suka terikat dengan komitmen lagi mau tanya. dan aku buat tipu sunat...aku cakap dah ada. balaja lagi. kat obersi. hamek ko. tapi kan...tup2 dia bukak cite anak dia kena risik dengan lawyer hari tu. aik, pe kes eh? nak show off kat aku ke hape?? haish...dah tua perangai...
korang taw tak soalan2 tu dia soal oleh orang yang sama. anak beranak. sorang dah tua bangat. sorang same age with my mom. nenek sedara dengan cousin mama aku. ape la kan...

da la malas nak ngarut lebih2. nanti aku da habis edit gambar raya dan kalau aku rajin aku upload la. tu pun kalau rajin la...=]


p/s:- tak sangka dah masuk post yang ke 100. ha3. banyak jugak aku merapu yer.

0 comments:

Post a Comment