CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 30, 2011

::: bukan mudah menjadi seorang ibu :::

bismillahirrahmanirrahim

okay, entry kali ini aku buat hanyalah berdasarkan perspektif aku. pandangan aku. thats all. tak ada kena mengena dengan orang orang lain. especially kaum ibu. aku tergerak hati nak luahkan pandangan aku kat sini hari ini. hari ini aku terpaksa babysit cousin aku yang baru berusia 3 tahun plus plus. almost 4 years old la. her mom just delivered her lil brother. so still stay kat wad la. bukan senang nak babysit seorang budak perempuan yang terlalu aktif ni. plus, terlalu becok dan sangat sangat banyak kerenah. plus, she's quite bossy. nak nak pulak aku sorang je yang babysit dia. my mom macam biasalah banyak hal nak kena settle. lepastu pergi ziarah my aunt kat hospital with her lovely sisters.  

sebenarnya aku bukan suka sangat dengan budak budak ni. the truth. tapi disebabkan aku sorang je yang free so nak tak nak kenalah babysit budak ni. lunch demand gila. tak ade buah epal tak nak makan. nasib la papa dia dah sediakan siap siap masa hantar anak dia.dahtu, makan pulak kena bersuap. serius aku menyampah. time tu aku rasa gile funny la. aku imagine macam manalah aku layan anak aku nanti. BaHAhaHa. penuh kasih sayang ke? just wait and see when the time comes. ;) okay, settle bab makan aku bukak tv. suruh dia tengok tv sambil sambil tu aku tepuk la peha dia slow slow. bajet nak suruh tidur la. uish...dah dekat sejam tak tidur tidur lagi. lagi sekali aku menyampah. then aku bawak dia masuk bilik aku. aku bukakkan tv untuk dia. cerita kartun ape aku tak taw. aku pulak terus surf internet. dia rilex je atas katil aku. tetiba dia dah start mulut becok dia tu. 

dia: kakak, kenapa dalam rumah ni ada kucing je? *maksud dia kenapa aku bela kucing je*

aku: sebab kucing comel. *aku terus balas komen komen kat FB aku. malas layan*

dia: anjing pun comel. kenapa tak jaga?

aku: sebab orang Islam tak boleh bela anjing. 


duhhh. serius aku tak taw nak explain dekat budak yang belum pun berusia 4 tahun ni. speechless sekejap. boleh bayangkan tak budak yang baru nak masuk 4 tahun tanya kat aku soalan macam ni. aku nak explain memang tak tau la macam mana nak bagi dia paham. karang kalau aku explain macam biasa dia tak paham pulak. tahap pemahaman budak ni bukan sama macam orang dewasa. then dia...


dia: kenapa orang cina boleh jaga anjing? kenapa kita tak boleh? diorang boleh jaga kucing. tapi kita tak boleh jaga anjing? bla..bla..bla...


aku memang tak percaya seorang budak sekecil ni mampu mengeluarkan kata kata macam tu. so, nak tak nak aku terpaksa jugak explain dekat dia satu persatu sampailah dia paham. thank god. syukur alhamdulillah. akhirnya dia senyap dari bersoal jawab dengan aku. faham la kot ape yang aku terangkan.

see, ini baru seorang. aku dah berapa kali speechless. MiaHAhaHaaa. bukan mudahkan menjadi seorang ibu. bagi aku kalau belum bersedia sepenuhnya janganlah berangan nak ada anak. kalau boleh buatlah persiapan dari segi mental dan fizikal. kewangan juga. kalau dapat anak yang terlalu aktif. kita juga perlu menjadi aktif. kalau dapat anak yang terlalu becok. kita harus tahu mengawal mereka. kita harus tahu menegur mereka. persiapan mental pun penting. sebagai seorang ibu bagi aku kita harus lebih bijak dari mereka. bukan sahaja bijak dalam mendidik anak anak. tapi harus bijak mengawal emosi dengan setiap kerenah mereka. kita harus bijak menjawab setiap pertanyaan mereka. kita harus bijak menerangkan kepada mereka setiap persoalan yang diajukan. jangan jadi blur macam aku. teHeeHEee. =]

sebagai seorang ibu or mom to be, kita bertanggungjawab dalam mendidik dan membesarkan anak anak dalam suasana Islam. kita bertanggungjawab untuk menjaga amanah yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT ini.  menjadi seorang ibu bukanlah semudah yang disangka. mengandung, melahir, menjaga, tiba masa kesekolah hantar je then serahkan semuanya kepada guru guru untuk mendidik anak anak. ia tidak semudah itu. seorang ibu bukan hanya bertanggungjawab menjaga keselamatan mereka mahupun mendidik mereka. seorang ibu juga harus bijak mengawal pertuturan mereka. seorang ibu harus menyediakan sumber makanan yang halal kepada anak anaknya agar sihat tubuh badan mereka. seorang ibu harus pandai dalam memerhatikan kecenderungan dan minat anak anaknya. seorang ibu wajib mendidik anak anaknya mengenai adab adab seorang muslim bila mereka sudah mula berakal. seorang ibu harus mengajar mereka akan al Quran dan tanamkan rasa cinta kepadanya. seorang ibu juga harus bijak menanamkan rasa cinta terhadap keperibadian Rasullullah SAW serta sahabat sabahabatnya dalam diri anak anaknya. seorang ibu juga harus membiasakan anak anaknya cara hidup Islam tanpa menyerupai cara jahiliah atau kafir. seorang ibu juga harus tahu memberikan hiburan yang masih berlandaskan cara Islam. hiburan yang diberi jangan sampai melalai dan menyesatkan anak anak. seorang ibu juga harus bijak dalam menghukum dan memberi pengajaran sekiranya anak anak melakukan kesalahan. menghukum ridak perlu sampai menjadi kes penderaan. bukan dengan mencucuh puntung rokok. tidak perlu sampai anak anak patah riuk. cukup sekadar memberi pengajaran.

seorang ulama pernah berkata.

"Didiklah anak anak agar mereka kasih dan takut kepada ibu bapa. jangan kasih sahaja kelak dia akan melawan. dan jangan takut sahaja kelak dia akan benci"


pendek kata seorang ibu harus bijak dan pandai dalam mencorak dan mendidik anak anak nya. bukan mudah menjadi seorang ibu andai diri masih ada compang camping nya. 


p/s:- esok kena babysit budak kecik tu lagiiiii. =[



0 comments:

Post a Comment