CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 8, 2011

::: korang sanggup kahwin kontrak??? :::

bismillahirrahmanirrahim




salam. 
hah, aku nak cerita sikit la pasal kahwin kontrak ni. korang perasan tak kalau kita baca novel novel melayu, terutamanya, atau cerpen cerpen la kan mesti banyak yang buat jalan cerita yang berkaitan dengan kahwin kontrak kan? pernahkan masa dulu dulu aku pernah terfikir kalau ada yang tawarkan aku duit untuk kahwin dengan dia secara kontrak aku akan terima. okay aku mengaku aku agak materialistik. serius weih. itu semua masa aku terpengaruh dengan novel novel yang aku baca masa muda remaja dulu. ececece..macam sekarang ni sangat tua je gayanye. heh, aku sedar diri okay. eh eh back to the topic okay. 

dulu dulu masa aku sekolah aku rajin sangat sangat baca novel. aku sanggup tak makan masa rehat kat sekolah semata mata nak simpan duit beli novel. elaun yang my dad bagi tiap tiap bulan pun aku sanggup simpan semata mata nak beli novel. sebulan aku beli 2 3 buah novel. sangat obses kan? aku pun tak sedar betapa gilanye aku time tu. first novel melayu yang aku beli adalah bicara hati. cerita tentang kahwin kontrak la. dari situ la aku taw kewujudan kahwin kontrak nih. tapi masa tu aku tak tahu lagi hukum kahwin kontrak ni samada di benarkan dalam Islam atau tidak. sebabkan tak tahu hukumlah sampai aku pernah pasang angan angan untuk kahwin kontrak kalau ada yang ajak aku buat macam tu. masa tu aku cuma fikir habuan yang aku akan dapat dari perkahwinan tu. hah, betapa ceteknya pemikiran aku time tu kan? mesti akan ada yang akan kata aku main main kan masa kelas agama kat sekolah. well, tak kisah korang nak kata apa apa pun. lagipun masa sekolah dulu aku tak minat tentang bab perkahwinan dalam subjek pendidikan islam tu sebab aku tak terpikir kearah perkahwinan lagi. plus, aku tak suka ustaz yang ajar kelas aku tu. hari hari dia akan cakap pasal politik. well, almost 70% dari time kelas dia akan cakap pasal politik. dan aku menyampah sangat sangat. sebab tu aku tak tumpu perhatian tentang ape yang dia ajar. aku akan belajar sendiri berpandukan buku rujukan yang aku beli. itu lebih masuk dalam kepala aku. dan, keputusan untuk subjek P.I. aku tetap bagus. still dapat A. riaknyeee aku. 

tapi mujurlah aku baca sebuah lagi novel yang aku pinjam dari member aku and still tentang kahwin kontrak. cuma dalam tu adalah bab yang menerangkan bahawa kahwin kontrak atau nikah mut'ah tu diharamkan dalam agama kita berdasarkan ijmak atau kesepakatan ummah melainkan dalam Syiah Imamiah. untuk lebih banyak lagi penerangan lebih lanjut tentang topic ni sila silalah ke forum ni

tapikan sekarang nih kalau di fikir fikir balik..rasanya aku tak mau la kahwin kontrak nih. kau gila??? bagilah aku juta juta dollar pun aku tak mau. dosa satu hal..kalau parents aku tau satu hal. habis kena pancung la kepala aku dengan pedang samurai abah. orang mengata satu hal. family mertua mengutuk aku pompuan mata duitan satu hal. dan satu hal lagi...macam mana kalau aku dah jatuh cinta tahap dewa kat laki kontrak aku tu? lepas tu kena cerai..waaaaa....kompem aku melalak kalah mariah carey lepas tu. tambah satu hal lagi kalau dah ada anak. aku tak nak la anak aku hidup dalam broken family. uish...nauzubillah min zalik. 


p/s:- saya sangat gedik sekarang ni untuk membina masjid dengan dia. lalalalala. tapi dia tak mungkin menginginkan perkara yang sama. =[


0 comments:

Post a Comment