CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 9, 2010

deeper conversation~~

tak tahu kenapa...lately aku agak down. lepas satu, satu perkara yang berlaku. tapi semuanya melibatkan insan2 yang aku panggil teman. mungkin sekarang ni fasa teman2 untuk membuat aku down agaknya. lepas fasa2 assignment, fasa mid exam take over. sekarang, fasa teman2 pulak yang bikin hidup aku tunggang terbalik. lepas ni mesti fasa kewangan pulak yang menyusul. cinta?? fasa tu masih belum mampu masuk dalam hidup aku. bak kata minda dan hati aku... sekarang bukan masa untuk cinta tapi masa untuk mencapai cita2 dan mencari duit. so, cinta tak kan aku masukkan dalam kamus hidup aku lagi. mungkin nanti aku akan post kan pasal fasa cinta pulak.

ok. dah terlalu banyak mengarut. back to the title.

hari ini. malam ini. lepas isyak aku duduk bertafakur sekejap. mengenang masalah2 yang tengah menghujani hati aku. but, then i cried. and keep crying until...

Tidur malam terbayang...Teringat kamu seorang...Membikin hati pemuda...Menjadi bimbang....Oh Azizah....

me: hello. ma...
abah: abah ni. ada ape?
me: nothing. abah, is mama there? i want to speak with her...
abah: ok. hold on.

after a few second....

me: ma....*with slow voice*
mama: kenape ni??? hey, whats going on??
me: ma...orang sedih ni...kenapa dia wat orang cam nie? ape salah orang ma???*crying*
mama: kakak, stop crying. cerita kat mama ape dah jadi?

bla...bla..bla..and still crying.

mama: brenti la menangis. mama tak faham kakak cakap ape.
me: ma...dia...dia wat cerita pasal orang...dia buruk2 kan orang kat member2 lain.
mama: who?
me: dia la. you know her.
mama: she??
me: yup.
mama: tell me.

2 DAYS BEFORE.

location: lab FPP2.
time: 1.55pm

lab still kosong. tak ramai yang dah sampai. hari ini aku masuk lab awal dari kebiasaan. azam baru. tak nak jadi student paling lambat masuk lab. padahal tu la last session masuk lab. he3.

si dia tak masuk lagi. lambat lagi. aku pergi port aku dengan teman2 selalu lepak. row pertama meja pertama. mengeluarkan segala nota2 dan juga data2 yang akan dia gunakan hari ini.

5 minit berlalu. busan mula melanda diri. lapar. perut mula melagukan rentak2 Aerosmith. mengeluh. aku tongkat kepala dengan lengan. berangan. aku kembali bersandar di kerusi. mata ternampak si dia di pintu lab. senyuman mula terukir di bibir.

me: you..ingat lambat lagi. busan dah ni.
dia: *senyum* awal sikit kan hari ni? you, dah makan?
me: belum. lapar la. *sambil menepuk2 perut*
dia: tak pe. i ada bawak roti untuk you.
me: you dah makan ke?? tak tunggu pon...
dia: belum la. i bawak roti untuk you dengan i la.*sambil mengeluarkan roti dari dalam beg*
me: hehe.. thanks dear.

makan dan makan. walaupun tahu dalam lab makanan dan minuman dilarang bawa masuk.

dia: you...i dengar rumours pasal you.
me: what??? rumours?? 'bout what? *teruja jer nak tau*
dia: i takut you marah. janji jangan tanya orang tu kalau i story kat you.
me: ok. janji. ape dia??
dia: semalam key-ra *bukan nama sebenar* datang bilik. dia cerita pasal prob dia dengan Eve. but then she told me that N******** cakap kat Eve yang you...
me: what she said 'bout me??
dia: you tak buat kerja. assignment sem ni semua dia yang buat sorang2.
me: HaHaHa. *gelak. lagi dan lagi. sampai classmate2 lain pandang pelik*
dia: sihat ke tak ni?? gelak pulak...

aku berenti ketawa. lucu seyh.

me: ok je. sihat la.*still senyum2*
dia: orang buat fitnah pasal you la. gelak kenapa?
me: ok2. stop gelak.*tarik nafas dalam2* dia cakap ape lagi?
dia: key-ra bagitau tu je. dia cakap eve yang cerita. yang lain dia cerita sal prob dia dengan Eve.
me: key-ra percaya ke??
dia: tak la. dia kan tau you camne. dia kan ada masa you struggle sorang2 buat assignment SM dulu.
me: good. who else knows about this?
dia: don't know.*jungkit bahu* asl you gelak??
me: funny.
dia: its not funny la. tak kan tak marah kot? geram ke? kan orang mengata you??
me: no need to worry. people around me know who i am. terpulang orang nak percaya atau tak.
dia: ye ke? tak takut orang mengata you?
me: tak. lagi banyak diorang kata i...lagi banyak pahala yang i dapat dan lagi berat bahu kiri diorang.
dia: good. thats my girl.but...are you sure you ok? ish ...i pulak yang sakit hati dia kata you camtu. you asal rilex je?? buat la...

then the conversation end like that when Dr. Thi enter the lab.

geram?? memang la geram. sakit hati lagi la. tapi seriously aku tak terasa nak marah pon. kenapa? entah. aku sendiri pun tak taw. bila tak ada perasaan nak marah mula la hati pon tak senang. siapa cakap marah2 tak elok?? bagi aku dengan memarahi sesorang kita mampu manghilangkan beban di minda. kalau tak camni la. down berterusan. 2 hari aku fikir motif dia buat fitnah macam tu.minda aku tak fikir lain. hal yang tu je. dan hari2 terpaksa menjadi drama queen. berpura2 takde apa2 yang berlaku. senyum sentiasa terukir. padahal hati pedih nak mati. minda pulak tak mampu berkembang. asyik fikir motif cerita yang sedang disiarkan kat radio2 swasta. sampai satu tahap aku rasa kecewa sangat2 sebab aku berteman dengan dia. kenapa aku tak mampu melihat sifat dia dari sem 1 sepertimana aku melihat sifat eve dan sofy?? kenapa aku tak rasa tak nak berteman terlalu rapat seperti mana aku tak nak berteman dengan sofy?? kenapa ya?

susahnye nak percaya bila teman sendiri buat macam tu. mungkin anda semua akan kata jangan mudah percaya. berdosa kalau tuduh dia buat camtu padahal dia tak buat pun. ye. aku tau berdosa menuduh orang bukan2. tapi kepercayaan aku kat dia dah lama terhapus bila aku terima mesej itu. ya mesej yang termasuk dalam inbox hp aku. mesej yang tersalah hantar itu. mesej yang mengata aku. kerana mesej itu kepercayaan itu terhapus.

hmm...tak per la mungkin ada hikmah disebaliknya. aku terima segala ujian Allah dengan hati terbuka. DIA takkan menguji kita melain kan DIA yakin yang kita mampu menghadapi segala ujiannya.

bak kata mama. bertindak bagaimana matangnya minda kita. bertindak setinggi mana pendidikan kita. tak perlu marah. tak perlu cepat melatah. hadapi dengan tenang. biar saja dia menjadi penglipur lara di bumi ini. untuk membuatkan kita gembira dengan setiap butir bicaranya.

well, after a deep conversation with mama. i feels more rilex. dah takde lagi rasa sakit hati.dah takde lagi rasa nak sepak sampai mati. semoga diri ini kuat dan tabah untuk menghadapi segalanya. aku harap minda ini sentiasa bertindak rasional bukan bertindak seperti budak2.

kamu. ye kamu. kamu yang layak aku gelar pokerface. ingatlah hukum itu takkan pernah lari dari mengejar kamu. bersyukur saja andai waktu itu kamu manghadapi perkara yang sama seperti aku.


p/s:- thanx ma for always be by my side. for always listen to my problem. love you.

0 comments:

Post a Comment