CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 15, 2010

INSOMNIA~~

kali ini aku nak cerita tentang insomnia. mesti ada yang tertanya2kan penting ke apa yang aku post ni?? penting. penting untuk diri aku la. ha2. sebabnya aku merupakan insan yang mengalami insomnia. so, frens, amik perhatian ye. teman kamu ini mengalami insomnia. so, jangan lagi bertanya soalan yang sama yang seperti ini "wei, dah 4am. asl xtido lagik??" okay?? so diam saja dan jangan bertanya kenapa kalau aku masih ber'Ym' dan ber'FB'. kerana jawapannya...saya x boleh tido. dan saya mengalami insomnia. diulangi lagi sekali INSOMNIA.

Here are some facts 'bout insomnia. just read it as knowledge. Enjoy. : )

Insomnia (Kesukaran untuk tidur)

Apakah yang dimaksudkan dengan Insomnia?

Insomnia ialah merasa sukar untuk tidur dan tidur dengan nyenyak atau merasa seperti tidak cukup rehat walaupun telah tidur secukupnya. Maka pesakit yang menghidap insomnia ialah mereka yang merasakan tidak cukup tidur/tidak dapat tidur nyenyak di malam hari dan kurang aktif/bertenaga di siang hari *okay. fact ni kurang tepat untuk diri aku. sebab wlpn aku tido hanya untuk 3-4 jam sehari tapi aku xder la lembik je siang2 hari*. Tanda tidur yang mencukupi ialah apabila anda bangun di pagi hari dan merasa bertenaga dan telah berehat secukupnya.

Sebanyak mana tidur yang anda perlukan bergantung kepada individu dan mungkin hanya 4 jam semalam atau mungkin sehingga 10 jam. Fisiologi tidur berubah apabila umur seseorang semakin meningkat. Tempoh tidur di kalangan warga tua adalah lebih pendek berbanding mereka yang pertengahan umur. Tidur mereka menjadi kurang nyenyak dan lebih kerap terjaga di waktu malam. Warga tua mungkin akan lebih banyak tidur di waktu siang. Kanak-kanak biasanya memerlukan tidur yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa. Jadi bolehlah dikatakan bahawa insomnia bukanlah masalah berapa jam seseorang itu tidur, tetapi setakat mana tidur itu merehatkan diri.

Pengkelasan Insomnia

Insomnia boleh dikelaskan kepada insomnia sementara, jangka pendek atau kronik bergantung kepada berapa lama tidur itu terganggu.

→ Insomnia Sementara

Ianya bergantung kepada keadaan dan biasanya disebabkan oleh perubahan persekitaran atau tekanan hidup seperti mengembara, dimasukkan ke hospital atau menjangkakan bahawa sesuatu peristiwa yang penting atau yang menimbulkan tekanan kepada diri anda akan berlaku. Ia biasanya tidak melarat kepada gangguan yang lebih serius dan akan hilang dalam masa beberapa hari.

→ Insomnia Jangka Pendek

Jika lebih banyak tekanan yang dating (contohnya kematian seseorang yang disayangi, dibuang kerja atau berlaku penceraian), insomnia sementara mungkin melarat menjadi insomnia jangka pendek dan biasanya insomnia jenis ini akan berlarutan tidak lebih daripada 3 minggu. *kompem bukan kelas aku. aku da lebih dari 2tahun pun eh*

→ Insomnia Kronik

Jika insomnia jangka pendek tidak dikendalikan dengan baik, ia mungkin melarat menjadi insomnia kronik yang biasanya berlarutan dari beberapa bulan hingga beberapa tahun. Ia selalunya disebabkan oleh keresahan umum, pengambilan ubat-ubatan, masalah kesihatan, disfungsi fisiologi (gangguan fisiologi) atau penyalahgunaan bahan seperti alkohol atau dadah. Oleh yang demikian, adalah amat kritikal untuk mengenalpasti punca insomnia jangka panjang jika gangguan tidur ini hendak dikendalikan dengan baik.

Tanda-tanda dan gejala insomnia:-

• Sukar untuk tidur, berbaring dalam keadaan jaga lebih daripada sejam atau lebih sebelum dapat melelapkan mata. *hah. sama sangat.*

• Tidur yang tidak nyenyak dan sering terganggu, contohnya terjaga beberapa kali di waktu malam. *agak sama macam aku*

• Terbangun di awal pagi kemudian sukar untuk menyambung tidur semula. *okay. nie tak sama langsung. aku sukar untuk bangun diwaktu pagi.ha3.*

• Terasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari. *malam pun susah nak tido apetah lagik siang hari*

okay. sekarang aku tak taw mana satu kelas insomnia aku. nak kata kronik bukan kot. aku tak amik ubat2an, aku tak amik alkohol.aku juga tak ada masalah kesihatan. *alhamdulillah*. tapi tanda2 dan gejala insomnia tu da ade. so, adakah aku mengalami insomnia atau tidak??

0 comments:

Post a Comment