CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 10, 2010

:::minggu terakhir aku disini, cabaran masa hadapan:::


bismillahirrahmanirrahim

salam.
okay. tajuk entry ntah ape2 ntah. tapi serius...sekarang aii tengah melawan perasan dalam diri ini. serius aii tak taw sekarang ni nak rasa gembira atau sedih. gembira sebab lagi dua hari aii akan terus keluar dari hutan ini. sedih sebab akan meninggalkan semua kawan2, roomate2 dan memori2 yang ada disini. baik yang manis mahupun pahit. baik mahupun buruk. hampir empat tahun disini banyak kenangan yang tersimpan. berbagai manusia yang aii kenal dan lihat. berbagai ragam. sangat banyak kenangan manis disini. serius. sangat sedih.

lepas ini tiada lagi presentation. tiada lagi assignment. tiada lagi discussion. tiada lagi exam. tiada lagi PTPTN. tiada lagi ponteng class. tiada lagi turun naik library. tiada lagi tutorial. tiada lagi study sampai pagi. tiada lagi bangun lewat. tiada lagi berebut bilik mandi. tiada lagi sakit hati dengan group mate. oh, mesti aii akan merindui memori2 ini.

kalau dulu masa mula2 pengajian, sangat2 rasa nak blah dari sini cepat2. sekarang? rasa tak mahu tinggalkan tempat ni. rasa tak mahu tamatkan pengajian. walau sudah tiba masanya untuk aii melangkah ke alam baru. lepas ni dah takde title sebagai student. lepas ni lebih banyak rintangan. lebih banyak soalan2 yang akan diajukan. lebih banyak tanggungjawab yang perlu ditanggung. lebih perlu berfikiran matang. teman2 juga mungkin takde lagi yang sebaya dan yang sepemikiran. sungguh aku berharap agar aku terus bergelar student. tapi sampai hati ke nak membebankan parents demi kepuasan sendiri? sangat tak bertanggungjawab, kan?

lepas ni aii kena kuatkan mental dan harus menajamkan lidah demi menghadapi soalan2 maut dari ibu2 tetangga dan juga si sempit pemikiran. dah habis study kan mesti banyak yang akan ditanya. biasalah, soalan2 umum yang confirm akan membuat kesabaran aii senipis kulit bawang. hoh, sangat benci. serius.

oh, jangan tak tahu..aii sangat famous di kalangan ibu tetangga taman perumahan aii. susah jadi orang famous nih. terasa nak lempang aii laju2 tak sekarang? silakan. aii bukan riak tapi itu kenyataan. dan aii sangat tidak suka jadi orang famous. serius. bosan tahu. setiap kali balik cuti mesti ada berbagai2 soalan. setiap kali ada kenduri kahwin mesti tempias kat aii sekali. setiap kali anak orang tu anak orang ni tamat pengajian mesti ada kutukan. tak dengan kurang pujian. perbandingan? usah dipersoalkan. mesti wujud. anak orang itu kerja kat international company. anak orang ini dah beli kereta besar. anak orang ini masih belum kerja. oh, itu mesti sebab amik course ntah hape2. itulah kerja ibu2 yang terlalu banyak masa terluang. dan harap sangat aii tidak termasuk dalam topik dewan undangan perumahan tersebut. kesian mama kalau ibu2 tu jadi wartawan melodi. mesti berbagai2 soalan yang diajukan. hailah...mama, jom kita pergi holiday. setahun lagi baru kita balik kerumah.

aii harap sangat2 dalam masa terdekat ni aii dapat kerja. wah...wish me luck. =]

0 comments:

Post a Comment