CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 8, 2010

:::bila besar saya nak jadi...:::

bismillahirrahmanirrahim


salam all...dulu masa kecik2kan..erk, maksud aii time kite sekolah2 dulu...*pehh...gaya sekarang macam aii dah besar sangat je,kan??* cita2 aii terlampau banyak. haHAhA. tiap2 tahun mesti berubah. bila cikgu tanya untuk isi dalam buku...erk, aii lupa la nama buku tu..tapi yu ols mesti taw kan buku tu...ala yang cikgu akan tanya kite punye hobi, cita2 tu semua la..taw kan? taw kan? heHEhE. buku tu la...mesti aii akan bagi taw cita2 yang berbeza. mostly cita2 aii tu semua influence dari movie2 and drama dalam tv tu. okay2, jom tengok cita2 yang aii angan2 kan masa kecik2 dulu sampai la aii masuk sekolah menengah...jom2.

doktor
- masa sekolah tadika bila cikgu tadika tanya apa cita2 aii..aii cakap nak jadi doctor...waaa..sangat sucikan cita2 aii masa tadika dulu? heHEhe. tujuan utama aii nak jadi doctor sebab coat putih tu..nampak sangat best dan hebat kalau pakai coat tu.HahAha.tapi serius cakap la..aii memang seorang yng tak sedar diri. cita2 untuk jadi doctor tak kesampaian sebab aii seorang yang takutkan darah. ini semua telah aii warisi daripada ayahanda aii. nak siang ikan pon aii dah geli kalau tengok darah ikan tu...lagi mau tengok darah dalam badan manusia???so, secara rasminya cita2 ini telah digugurkan dari senarai masa aii darjah 6.

ahli forensik
- masa tingkatan 1 aii suka sangat tengok csi. woh...sangat best. bermula dari situ aii bercita2 nak jadi salah seorang ahli forensik. he...bila cakap kat my parents yang aii nak jadi ahli forensik diorang akan tanya camni "kan kakak takut darah...berani ke nak jadi ahli forensik?" aii hanya mampu senyum je. ahli forensik bukannya nak bedah mayat je kan...banyak cabang nye. aii amik la bahagian kimia ke, bahagian senjata ke...kan?kan? so, every year aii akan pastikan subjek sains aii akan sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang. betapa tingginya semangat aii masa tu. tapi cita2 ni pon tetap tak mampu tercapai.tapikan, aii pernah malukan diri aii depan cikgu kelas aii masa sekolah dulu. masa nak isi buku tu cikgu tanya aii cita2 nak jadi apa. aii cakap nak jadi lawyer, engineer and csi. pastu cikgu tu cakap "csi?? awak nak jadi pelakon ke?" aku cakap la aku nak jadi kerja macam pelakon2 csi tu...last2 dia cakap "owh...nak jadi ahli forensik ke??" miHahaha. aku malu sendiri weih. sumpah time tu aku tak ingat ape nama kerja tu. jam terus otak aku. sampai sekarang kalau jumpe cikgu tu dia mesti tanya..."dah jadi csi ke?" malu mak nyahhh!!

lawyer
- hoh, cita2 ni bukan aii nak sangat. tapi orang2 disekeliling aii selalu cakap aii ni layak jadi lawyer bila dah besar. sebab apa diorang kata macam tu? sebab kan aii masa kecik2 dulu sampai la aii dah masuk sekolah menengah aii suka sangat melawan cakap orang. kalau orang marah2 aii akan lawan sampai diorang speechless. kalau berbahas dengan my auntie pon aii akan lawan sampai diorang dah takde idea nak balas kata2 aii. sebab tu diorang kata aii layak jadi lawyer. tapi aii bukan la pembahas masa kat sekolah dulu. tak minat. lepastu kan tengok pulak kan cita p.ramlee, ibu mertuaku tu membuatkan aii nak jadi lawyer..sebab lepas tengok movie tu aii rasa lawyer ni sangat hebat. bila mak mertua kasim selamat tu sebut dialog ni "siapa kassim selamat? lawyer? majistret?..blablabla" muHAhaHa. gila tak gila aii masa tu. aii bukanlah seorang yang berani berhujah depan orang ramai. nervous. so, sekali lagi cita2 untuk menjadi lawyer pon tak kesampaian.

engineer
- ha....ni cita2 masa aii dah masuk sekolah teknik. woh, masa apply tu abah aii beria2 suruh apply course civil engineering. sebab? konon boleh join dia la kalau dah keje nanti. wahahahaha. aii apply je sebab aii sendiri telah dipengaruhi oleh watak2 hero dalam novel yang aii baca. tup2 dapat yu...cita2 menjadi lawyer dan ahli forensik aii tinggalkan macamtu je. so, aii mulalah belajar tentang civil engineering. well, not bad la...i got new knowledge. sangat best rupanya civil engineering ni. aii belajar everything about building, road, traffic light calculation, beam, roof, road,etc. memang banyak pengetahuan yanga aii dapat. sampai kaedah2 buat jalan raya pon aii belajar dan barulah aii taw susahnye orang nak buat jalan raya tu. kalau tak dok merungut je kalau jalan raya tak elok la...owh, paling best bila buat kerja amali. sangat best. time2 nih kaum2 adam sangat berguna untuk bawak barang2 yang maha berat tu. hahaha. semua buku2 civil engineering abah, aii amik buat rujukan. gilakan? aii terlalu obses untuk menjadi engineer. sampai la habis spm aii dapat offer sambung study kat poly. still stuck with civil...tapi aii tolak offer tu..sebab..aii dah masuk ke tempat lain...sob2. sedih sangat. tapi takpe...cita2 untuk sambung dalam civil ini masih kuat. maybe aii akan amik 2nd degree dalam civil engineering. insyaALLAH. =]

architech
- hoh, cita2 nih pon tetap tak kesampaian. dulu2 aii berangan nak jadi architech sebab aii nak plan mansion aii sendiri. hahaha. plus,my fav actor time tu, azhar sulaiman tu seorang architech. heHEHhe. tapi disebabkan subject lukisan kejuruteraan aii sangatlah tidak memberangsangkan...so, terpaksalah aii buang dari senarai cita2 aii. time spm pon resul LK aii sangat2 la setakat lulus sahaja. so, aii tak layak pon untuk sambung course ni ke peringkat yang lebih tinggi. hampa hati mak time tu nyah....

photographer
- ini cita2 semasa aii. hahaha. aii nak menjadi seorang photograper. bukan full la...just freelance photographer je. sekarang aii tengah memantapkan lagi skill2 aii. he3..insyaALLAh akan berjaya. dulu2 tak pernah terpikir pon nak jadi photographer. sebab? entah. dulu2 amik gambar saja suka2. buat koleksi sendiri. tapi sekarang nih macam best pulak. dan yang selalu menjadi mangsa aii adalah kawan2, adik2, cousin2, kucing2 aii dan anak2 sedara aii.

tapi percaya tak apa yang kita cita2kan tak semestinya menjadi kenyataan. dan tak semestinya menjadi yang terbaik buat kita. kan? nak2 pulak sekarang ni tak boleh memilih kerja. ermmmm...lepas ni nak jadi ape eh??? nak kawen la...wah, gatal nye ko vio...meh sepak aii laju2 meh..

0 comments:

Post a Comment