CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 22, 2011

::: On Your Own Feet :::


Bismillahirrahmanirrahim

salam semua  =)

owh dah lama rupanya tak membebel, merapu entah apa apa kat blog. heeee...sungguh la sangat takde masa sekarang ni. gile busy. hari hari main nombor. tension owh. macam mana la ahli ahli matematik tu yer? hurmmm...

diam tak diam dh dekat tiga bulan aku mencari rezeki kat company ni. company apa?..ala...tak besar pon..biasa biasa je. biarlah rahsia kan. malas nak kecoh kecoh. kalau kecoh kecoh ada la makhluk Allah yang gila soalan nanti. so, rahsiakan je la. bila dah belajar mencari rezeki sendiri dan hidup dengan usaha sendiri baru aku sedar betapa susahnya nak cari walau sepuluh sen. dan betapa susahnya nak mencongak dalam kepala bila nak beli barang. kena berkira kira. kena pilih memilih bila nak membeli barang. kalau dulu aku pilih pilih jugak tapi takde la tahap extreme macam sekarang nih. sekarang dah sangat kritikal kot. beli satu barang je...tapi buat perbandingan harga, kualiti dan kuantiti gila lama. dan yang menjadi mangsa adalah cik bella. HahAHa. nasib kau la belle dapat kawan macam aku. btw, thanks la sebab sudi meneman aku. sudi membuang masa dengan aku. =].

kalau dulu masa study...time tak taw lagi nak cari duit sendiri...time masih lagi bergantung dengan parents memang takde la berjimat cermat sangat. sekarang? hahaha...sendiri mau taw la. sangat kritikal. serious cakap la kan...dah hampir tiga bulan ni aku memang kena manage sendiri. time hidup sendiri masa study dengan time dah kerja ni memang tak sama. banyak sangat perbezaan. terutamanya dari segi masa. tapi Alhamdulillah...aku masih boleh bertahan dan still could manage mylife without any big mess. yer..tahniah pada diri sendiri. 

tapi kadang kadang aku sedar juga dengan khilaf yang wujud dalam diri ni...tambah tambah masa nak balik kerja. memang time tu kena kuatlah. kena kuat iman. bukan fizikal. tapi minda semua ni. aku pernah *tanpa sedarlah* aku mempersoalkan tentang hidup aku. kenapa aku tak dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya? masa tu aku terpikir kan bagus kalau family aku kaya. confirm aku tak payah susah payah kan? balik kerja kalau tak berjemput mesti drive kereta sendiri. tak macam sekarang nak beli kereta sebijik pun penat dok kira sana sini. penat dok pikir kesan kesan kewangan kalau membeli kereta. macam macam. tapi nasib aku tersedar cepat cepat. macam tak redha je dengan hidup sendiri bila aku buat persoalan macam tu.

bagi aku kalau hidup penuh kesenangan pun tapi tak boleh nak merasa segala nikmat kesusahan pun tak best jugak. bersyukurlah sebab dapat merasa nikmat kesusahan mencari duit sendiri. nikmat hidup atas kaki sendiri. nikmat hidup tanpa mengharapkan ihsan insan lain. yer...nak bagi tau ni..sangat best tau nikmat tu. tak percaya cubalah hidup dan cari nafkah untuk diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. 

*adorable gile kan?*

tapi apa yang penting...redha la dengan hidup anda. mempersoalkan takdir dan perjalanan hidup bukanlah satu perkara yang baik untuk diamalkan. kita sendiri sebagai umat Islam digalakkan untuk mengubah takdir hidup kita dengan berusaha kearah yang baik. bukan kearah yang jahat. terutamanya kaum wanita ni...janganlah bila hidup susah mulalah nak terlibat dengan perkara perkara yang tak bermoral. masih ada banyak cara untuk meningkatkan taraf hidup kita. tak payah guna sembilan nafsu yang ada tu untuk mendapatkan kesenangan. tapi gunalah akal yang satu tu kearah kebaikan. 

=)


p/s:- rasa macam nak sambung belajar balik la. dan saya rindu dia yang saya buang. hurmmm...



0 comments:

Post a Comment